Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all 965 articles
Browse latest View live

Aktiviti Hari Sabtu

$
0
0
08.12.2012, Sabtu - Minggu nie Syah tak kerja pada Sabtu dan Ahad kerana semuanya under control. Shukur Alhamdulillah dapat berehat dirumah. Bila tak kerja aktiviti dirumah Syah macam biasa cuci baju dan jemur, basuh kereta dan cuci  depan rumah dan yang paling afdal sekali sapu sampah dan habuk serta mop lantai yang dah lama tak buat sebab Syah kerja on weekend. Sambil berkemas sambil cari passport Syah yang misplaced tu.  Tension dah berminggu cari tak jumpa samada di Rawang Residence mahupun di kL Residence Syah.  Syah tak ingat letak kat mana tetapi yang Syah ingat Syah letakkan dalam satu kotak/folder dan simpan sambil kata dalam hati kalau letak kat sini sure tak hilang.  Malangnya Syah tak ingat kat mana tempatnya Syah letak. Syah memang cepat pelupa. Tadi sempat beberapa kali Syah berdoa agar Allah bantu Syah jumpa passport tu.

Akhirnya Syah ke MBS Mini Royal Library Syah ditingkat atas Rawang Residence dan Syah ambil sebuah beg kertas dan mula selongkar satu persatu. Nampak macam ada file kotak dan Syah buka.  Macam ada passport kat dalamnya dan bila Syah tengok passport tu sudah dipotong sedikit means itu passport lama yang sudah expired. Selak lagi ada jumpa passport  lagi dan kali nie adalah passport yang Syah cari tu.  Terus ala-ala sujud shukur dan ucap terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana makbulkan doa Syah.  Terus Syah sms by brother, Muss informed dia passport dah jupa supaya dia tak mencari di KL Residence lagi.

Lepas Asar tadi jam 16:50hrs Syah tunggu bas yang sepatutnya tiba jam 17:00hrs untuk ke Pekan  Rawang. Malangnya bas tak muncul-muncul dan tiba satu jam kemudian.  Adoiiii ........ sejam menunggu bersama penumpang-penumpang lain tetapi kebanyakan mereka tunggu bawah pokok  sebab kat bas stop panas.  Cuaca panas hari nie tetapi malam nie hujan sedikit. Sampai pekan Rawang Syah terus ke Giant Hypermarket dan beli tahu, carrot, broccoli, cereal dan susu omega.  Sebelum tu Syah ketingkat atas Giant beli tempat alas kaki untuk bilik air bawah Rawang Residence Syah.  Malam nie inilah juadah Syah Mee Sup Sayur yang Syah guna mee kering tanpa goreng dan sedikit fruit.  Syah masak sebelum solat Insyak dan makan lepas solat. Masa nak habis makan tadi Syah tergigit macam benda keras dan bila Syah tengok macam dawai lembut dan tak tahu dari mana datangnya dan syah buang, mungkin melekat kat sayur kot? Minta-minta tak ada yang tertelan dan rasanya tak. Oklah semua Syah hendak berehat sekejap dan sehingga berjumpa lagi dilain entry ........... 

Tunku Jalil Tidak Setuju Pakaian Baju Istiadat Polis atau Tentera Disalahgunakan

$
0
0
09.12.2012, Ahad - Selepas Solat subuh tadi Syah buka Facebook dan terbaca post Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim dilaman sesawang itu yang menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju penggunaan Baju Istiadat Polis atau Tentera disalahgunakan untuk majlis perkahwinan yang melibatkan bukan anggota Polis atau Tentera.    Tunku Jalil yang juga merupakan salah seorang Pegawai Pasukan Polis Diraja Malaysia   menyatakan penderian beliau seperti berikut :-

  • Baju Istiadat Polis atau Tentera tidak patut dipakai oleh mana-mana artis untuk majlis perkahwinan.  Sword bearer PDRM juga tidak patut digunakan untuk acara terebut kecuali perkahwinan Pegawai PDRM sendiri! Pegawai dan Anggota Tentera bersusah payah melalui latihan berat untuk kejar cita-cita mereka supaya digelar sebagai seorang Tentera, kini baju Istiadat dipermainkan untuk publicity! You've got to earn it .....



Mendiang Jacinta Saldana Mangsa Panggilan Palsu Sebagai Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Charles

$
0
0
09.12.2012, Ahad - Inilah dia wajah mendiang Jacintha Saldanha, Jururawat berusia 46 tahun dari Hospital King Edward VII yang bertanggungjawab menyambungkan panggilan palsu 2 DJ dari Sydney's 2Day FM Station yang menyamar sebagai Baginda Queen Elzabeth II dan Prince Charles kepada jururawat di Wad yang merawat Duchess of Cambridge sehingga membawa kepada kebocoran maklumat mengenai tahap kesihatan Duchess of Cambridge atau lebih dikenali sebagai Kate yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Jacintha berketuruna India dan suaminya Benedict Barbonza atau dikenali sebagai Ben yang juga berketurunan India berusia 49 tahun dan bertugas dihospital yang sama sebagai Akauntant. Mendiang meninggalkan sepasang cahayamata,  Junal berusia 16 tahun dan Lisha 14 tahun. Mendiang merupakan seorang pekerja yang berdedikasi dan telah membahagikan masa diantara keluarga dan tugas.  Untuk memudahkan tugasnya, mendiang menginap dikauters hospital yang terletak berhampiran tempat kerjanya manakala keluarganya tinggal di rumah teres dua tingkat yang dibeli oleh pasangan ini pada 2004 dengan harga 130,000.00 pound di Bristol.  Mendiang mendaftar sebagai jururawat pada 2003 dan berhijrah dari Mangalore, India 10 tahun yang lepas dan sebelum ini pernah bekhidmat di Timur Tengah. Mendiang berkhidmat di Hospital King Edward VII hampir empat tahun lebih. 

Suami Mendiang, Ben menyuarakan luahan hatinya dalam laman sosial facebooknya memaklumkan, 'I am devastated with the tragic loss of my beloved wife Jacintha in tragic circumstances, She will be laid to rest in Shirva, India. Manakala anak perempuan Mendiang, Lisha dalam laman sosial facebooknya memaklumkan ‘I miss you, I loveeee you.’   

Sebab-sebab kematian masih dalam siasatan tetapi kes ini disyaki sebagai membunuh diri.  Mayatnya masih lagi dalam siasatan polis dan hospital King Edward VII, manakala suami serta anak-anaknya masih belum lagi  dibenarkan melihat mayat Jacintha   dan mungkin akan diserahkan kepada keluarganya sebelum Isnin ini. Mayat Mendiang akan dibawa balik ke India untuk disemadikan. Jiran-jiran Mendiang menyifatkan beliau sebagai seorang wanita yang baik dan berbudi bahasa serta dikenali dengan panggilan sebagai "Nurse to The Queen" Jururawat kepada Baginda Queen kerana bertugas di hospital yang berprestij dan menjadi pilihan utama kerabat Diraja Britain semenjak dari dahulu lagi. 

Kaum keluarga Mendiang di India merasa terkejut dan tidak menyangka perkara seperti ini terjadi kepada Mendiang. Ibu mertua Mendiang memaklumkan bahawa telah menjadi satu rutin kepada Mendiang untuk menghubungi beliau melalui telefon pada setiap hari Ahad tanpa gagal melakukannya. Walaupun sebab-sebab kematian Mendiang masih belum diketahui tetapi banyak pihak mengaitkan kematian Mendiang sebagai mangsa daripada panggilan palsu berkenaan. Rentetan peristiwa yang membawa kepada kematian Mendiang seperti berikut :-


  • Duchess of Cambridge atau dikenali sebagai Kate yang sedang hamil anak sulung dimasukkan  ke hospital berkenaan pada Isnin (03.12.2012) kerana menghadapi Hyperemesis Gravidarun iaitu alahan / pembawakaan budak yang serious dimana Kate mengalami muntah-muntah yang berterusan dan tidak boleh dikawal.  Anak yang bakal lahir ini tak kira lelaki mahupun perempuan telah menarik perhatian bukan sahaja pada rakyat Britain malahan diseluruh dunia sebagai pewaris ketiga tahta Britain.
  • Pada awal pagi Selasa (04.12.2012) Dua orang DJ, Mel Greig dan Michael Christian dari Sydney's 2Day FM Station telah membuat panggilan palsu ke hospital dengan menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Charles untuk mencungkil rahsia mengenai tahap kesihatan Kate.  Jacintha adalah jururawat yang bertanggungawab menerima panggilan tersebut dan menyambungkannya kepada jururawat yang bertugas di wad Kate ditempatkan. Status tahap kesihatan Kate telah dimaklumkan kepada dua DJ yang menyamar sebagai Baginda Queen Elizabeth II  dan Prince Charles.
  • Sydney's 2Day FM Station telah memuat naik klip perbualan telefon berkenaan dalam laman web mereka dan dua DJ berkenaan begitu bangga dengan hasil kerja mereka yang dianggap berjaya sebelum orang lain mengatahui perkembangan kesihatan Kate.
  • Panggilan palsu ini telah memalukan pihak Hospital King George VII dan juga Kerabat Diraja Britain.  Pihak hospital telah dapat diperbodohkan sehingga status kesihatan pesakitnya yang dianggap sulit itu boleh dimaklumkan kepada orang yang tidak berkenaan. Hospital ini merupakan sebuah hospital yang berprestij dan menjadi pilihan utama kerabat Diraja Britain untuk mendapatkan rawatan perubatan semenjak dari dahulu lagi. Baginda Queen Elizabeth II sendiri merupakan penaung kepada hospital ini.
  • Pada 06.12.2012 (Khamis) Kate telah dibenarkan keluar dari Hospital King Edward IIV dan kembali kekediaman beliau bersama suaminya Duke of Cambridge, Prince William ke Istana Kensington.
  • Pada 07.12.2012 (Jumaat) Kota London digemparkan dengan berita kematian Jacintha Saldanha.  Mendiang dijumpai tidak sedarkan diri di kuarters Hospital King Edward VII dan kemudiannya disahkan telah meninggal dunia.
Sumber :- Mailonline / The Guardian / 

King Bhumibol Melawat Wat Anongkharam dan Taman Peringatan Princess Mother Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-85 Tahun

$
0
0
09.12.2012, Ahad - Pada hari Jumaat lepas His Royal Highness King Bhumibol  Adulyadej telah melawat kuil Wat Anongkharam dan Taman Peringatan Princess Mother yang terletak di daerah Klong San, Bangkok.  Lawatan ini sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda yang ke-85 tahun pada 05 Disember lepas.  Baginda dan rombongan diraja kelihatan meninggalkan tempat persemayaman baginda di Bangunan Chalermphrakiat, Hospital Siriraj sekitar jam 15:00hrs untuk kelokasi berkenaan. Beribu-ribu warga Bangkok berbaris disepanjang jalan dengan berpakaian kuning bagi menyaksikan keberangkatan baginda. Setelah melawat Wat Anongkharam,  baginda dan rombongan melawat Taman Peringatan Princess Mother yang terletak Somdet Phraya Road yang terletak bersebelahan dengan Wat berkenaan.  Taman Peringatan ini dibuka oleh baginda sendiri pada 1997 dan merupakan tempat bonda baginda, Mendiang  HRH Princess Srinagarindra, the Princess Mother dilahir dan dibesarkan.     Asalnya kawasan ini dipunyai oleh pasangan Daeng dan Lek Nana dan telah disumbangkan kepada baginda dan kemudiannya baginda menyerahkannya kepada Chaipattana Foundation untuk diuruskan sebagai Taman Peringatan Princess Mother. Bangunan-banguna ditempat ini masih dikekalkan sebagai memento kepada Princess Mother.  Kelihatan baginda menikmati keindahan Taman Peringatan Princess Mother bersama anjing kesayangan baginda, Khun Thong Daeng.

Sumber :- The Bangkok Post / Wikipedia

Cucunda Saudara Syah, Ainul Mardiah Bertandang Ke Rawang Residence

$
0
0
09.12.2012, Ahad - Tengahari tadi my sister Kak Long Zainab call Syah informed dia hendak bawa cucunda dia Ainul Mardiah, anakanda dia Hafis dan menantunya Intan yang masih dalam maternity leave datang ke Rawang Residence Syah. Mereka sampai selepas solat Zohor.  Gambar nie diambil didalam bilik tidur utama Syah. Sebelum nie jarang Syah keluarkan gambar bilik tidur Syah dalam blog, boleh tunjuk sket sahaja tau..... Insyallah next time kalau keadaan mengizinkan untuk bilik tu disiarkan dalam blog mengikut cerita yang sesuai, Syah akan tunjukkan but for the time being belum lagi.  Heheheheh...........  Kak Long, Hafis dan Intan Solat zohor kat sini.

Lepas Solat Kak Long ajak kami semua ke AEON Rawang untuk lunch dan dia minta Syah beli stock mineral water since mereka dah datang dan tak perlulah Syah bawa botol besar tu naik bas.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, memang stock air mineral 10 liter Syah hanya tinggal satu botol sahaja.  Sampai AEON Rawang Kak Long belanja kami makan Piza dan selepas makan kami window shopping sebelum masuk Jaya Jusco beli keperluan dapur Syah. Kami sampai Rawang Residence hampir Maghrib dan hari sudah hujan since di AEON Rawang lagi tadi.  Selepas tolong punggah barang Kak Long, Hafis, Intan  dan Ainul pun balik dan selepas Solat Insyak tadi Kak Long call informed dia sudah sampai rumah.

Inilah dia Cucunda Saudara Syah Ainul Mardiah.  Tomei tak ? Mestilah tomei macam Atuk Syah dia kan? Heheheh ........... Lebih baik masuk bakul angkat sendiri daripada suruh orang angkatkan ? Ahaks........

Sultan Pahang Hadiri Majlis Memperkenal dan Melancarkan Buku Biografi Rosmah Mansor

$
0
0
10.12.2012, Isnin - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Memperkenal dan Melancarkan  Buku Biografi Rosmah Mansor.  Buku biografi isteri Perdana Menteri ini didatangkan dalam 164 muka surat dan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia. Buku ini menceritakan pengalaman dan liku-liku kehidupan Datin Seri Rosmah Mansor semenjak dari zaman kanak-kanak hingga kini. Majlis diadakan di Hotel Grand Hyatt di No. 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Kelihatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberikan cenderahati kepada Tuanku Ahmad Shah dalam majlis ini sambil diperhatikan oleh Sultanah Hajjah Kalsom, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Yayasan Amanah Perdana Malaysia,   Shamsulbaharin Ludin.

Sumber :- Bernama/Utusan Online

Tak Sihat Malam Nie

$
0
0
10.12.2012, Isnin - Salam dan apa khabar semua.  Malam nie Syah rasa macam penat sangat dan sakit-sakit badan exspecially bahagian belakang Syah serta sakit kepala.  Pipi kanan Syah pula selalu tergigit bila makan dan sekarang nie sakit sebab luka tergitit.  Hehehe.. ada-ada jer kan?   Tak tahulah mengapa, selalu juga rasa macam nie.  Dalam train masa balik tadi Syah rasa letih dan tertidur. Malam nie Syah dinner dengan cereal+ susu sahaja sebab malas nak masak, tak larat.  Gambar nie Syah ambil pagi tadi on the way ke office dalam komuter. Esok Selangor cuti sempena Birthday Tuanku Sultan dan masalahnya kalau public holiday/Ahad bas biasanya lambat masuk, kadang-kala jam 08:00hrs baru sampai. Syah pula duduk Selangor kerja KL........... nasiblah esok macam mana.  Ok lah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry ........ Byeeeeeeeeee.......

Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-67 Tahun

$
0
0
11.12.2012, Selasa  - Patik merafak sembah dan menjunjung kasih sembah tahniah kehadapan  Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan dan jajahan takluknya sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku yang ke-67 tahun pada hari ini Selasa, 11 Disember 2012 bersamaan 27 Muharram 1434 Hijrah.


Sembah Takzim Daripada :-
Maharum Bugis Syah


Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Santapan Malam Amal "The Royal Patron's Night" Yayasan Sultanah Bahiyah

$
0
0
11.12.2012, Selasa - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan menghadiri Majlis Santapan Malam Amal "The Royal Patron's Night" Yayasan Sultanah Bahiyah.  Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby ini adalah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-85 tahun pada 28 November lepas.  Majlis ini juga bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Yayasan meneruskan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan untuk tahun 2013.

Tuanku Abdul Halim yang juga merupakan penaung bagi Yayasan ini telah berkenaan memotong kek hari keputeraan dan melancarkan bas unit derma darah bergerak yayasan yang diusahakan bersama Hospital Sultanah Bahiyah. Turut serta dalam majlis ini adalah Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr  Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Dalam majlis ini juga Tunku Puteri Intan Shafinaz  telah menerima sumbangan sebanyak RM1.9 Juta hasil kutipan jualan meja untuk majlis ini yang telah diadakan semenjak pertengahan Oktober.  Tunku Puteri Intan Shafinaz dalam kenyataannya memaklumkan bahawa setiap tahun Yayasan membelanjakan sebanyak RM2 juta untuk menjayakan pelbagai program dan aktiviti kebajikan bagi rakyat Kedah termasuk program pendidikan dan kesihatan. Diantara projek yang berjaya dihasilkan adalah Titian Bistari iaitu program kelas tuisyen secara percuma yang telah dinikmati oleh 2,880 orang murid tahun 4,5 dan 6 di 24 buah pusat pembelajaran seluruh negeri Kedah.  Tambah beliau lagi, pusat hemodialisis kedua Yayasan Sultanah Bahiyah  telah ditubuhkan di Daerah Kulim dan akan beroperasi pada tahun hadapan. Pusat hemodialisis ini adalah hasil kerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

Sumber :- Bernama

Sultan Selangor Mencemar Duli Turun Dari Singahsana Untuk Sampaikan Pingat Kebesaran Kepada Seorang Atlet Paralempik

$
0
0
11.12.2012, Selasa - Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Yang Ke-67 tahun berlangsung hari ini di Balairong Seri Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Dua atlet paralempik negara yang masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa dalam temasya Sukan Paralimpik London 2012 baru-baru ini telah diberi penghargaan oleh Tuanku Sultan Selangor. Pemenang Pingat Perak, Hasihin Senawi dan Pemenang pingat Gangsa Muhammad Ziyad Zolkefli menerima Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).  Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan telah berkenan mencemar duli turun dari Singahsana untuk menyampaikan pingat kepada Hasihin Senawi yang berkerusi roda. Hasihin yang berusia 29 tahun dalam kenyataannya hari ini berkata penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan Tuanku Sultan Selangor kepada Orang Kurang Upaya  atau OKU. Beliau amat terharu atas keperihatinan Tuanku Sultan Selangor yang sanggup turun dari singahsana untuk menganugerahkan pingat berkenaan kepada beliau.  Tambah beliau lagi pingat tersebut amat bernilai bagi dirinya kerana ini adalah pingat pertama yang diterimanya daripada seorang Raja Melayu.

Sumber :- Bernama

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Tan Sri Ibrahim bin Engku Ngah Meninggal Dunia

$
0
0
12.12.2012, Rabu - Inna lillahwainna lillahirojiun.  Dukacita dimaklumkan bahawa Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Engku Tan Sri Ibrahim bin Engku Ngah yang berusia 80 tahun telah meninggal dunia di Hospital Pakar Selayang malam tadi lebih kurang jam 20:30hrs. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.  Anak kelahiran Besut, Terengganu ini dilahirkan pada 15.04.1932 telah memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu selama 22 tahun mulai tahun 1989 hinggalah Allahyarham bersara pada tahun 2011 dan digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Tengku Zahab Tengku Abdullah dan enam orang cahayamata terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan.  Kelihatan Tengku Zahab sedang menyiran air mawar diatas kubur Allahyarham selepas jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kira.  Teringat Syah semasa kecil hingga dewasa setiap kali bermula Puasa dan pengistiharaan Hari Raya Allahyarhamlah orang yang akan membuat pengumuman di kaca TV. 

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim bin Engku Ngah semuga kalian tabah dengan dugaan ini.  Marilah kita sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Al-Fatihah ...................

Sila Click Entry Syah berhubung Persaraan Allahyarham
http://tengkusyah.blogspot.com/2011/01/penyimpan-mohor-besar-raja-raja-bersara.html


Sumber :- Kosmo/Bernama

Tuanku Ahmad Shah Hadiri Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

$
0
0
12.12.2012, Selasa - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah telah berkenan menghadiri Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kelihatan Tuanku Ahmad Shah sedang melihat model hospital yang akan dibina awal tahun depan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.  Turut serta dalam majlis ini adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob dan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Hospital ini akan dibina dan diuruskan oleh Penisular Medical Sdn Bhd (PMSB) melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta.  Hospital ini bernilai RM412.6 juta dan dijangka beroperasi pada pertengahan tahun 2015.  PMSB telah diberi konsesi pembinaan dan pengurusan hospital ini untuk tempoh 25 tahun.  Majlis menandatangani perjanjian konsesi Hospital Pengajar UIAM telah diadakan pada 26 September lepas diantara UIAM dan PMSB  di Hotel Merriott, Putrajaya.

Hospital ini akan menempatkan 300 katil dengan memberi ruang pengajaran kepada 735 mahasiswa.  Dengan terbinanya hospital ini, bukan sahaja memberi kemudahan pembelajaran kepada para pelajar perubatan UIAM tetapi juga akan memberi manfaat kepada penduduk Kuantan khasnya dan Pahang Amnya untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang moden dan terkini pada kos yang mampu dibiayai oleh semua peringkat masyarakat.

Sumber:- Bernama/Utusan

Dalam Perut Syah Sakit

$
0
0
12.12.2012, Rabu - Sekarang jam 20:22hrs dan hujan lebat mula turun sekarang nie di Rawang Residence. Daripagi tadi sampai sekarang ada masanya dalam perut sebelah kiri Syah rasa sakit. Sakit tu dari perut membawa kebawah hingga ke testis Syah. Ada masanya bila tekan bahagian perut akan rasa sakit ada masanya tak. Kadang kala kalau pegang perut ada masa-masanya akan sendawa. Pernah juga jadi macam nie dulu tetapi sekejap sahaja tetapi kali nie dari pagi tadi rasa tu kejap ada kejap tak ada.  Tak tahulah mengapa........  Hehehehe ada-ada sahaja sakitnya kan.  Tak apalah dugaan dari Allah dan mungkin ada kebaikan disebaliknya.  Minta-minta oklah tu nanti. Doakan Syah sihat yer semua ......... Amin.

By the way hari nie busy sangat exspecially pagi tadi ada account briefing untuk proses penutupan akaun 2012 di TM Convention Center dari jam 09:00hrs hingga jam 13:00hrs.  balik dari briefing Syah beli lunch dengan menu biasa Syah tu.  Kemudian uruskan perolehan Towers Watson International dan Petty Cash.  Untuk mudahkan kerja dalam hujan Syah jumpa vendor F&B untuk buat payment sebab nak segerakan petty cash recoupment memandangkan   last submission untuk dokumen pada 19 Disember nie. Petang tadi juga ajen insuran Syah, Saidah datang ambil bill yang Syah hendak claim dengan pihak insurance semasa mendapatkan rawatan di Assunta lepas operation pertama hari tu.  Tengoklah berapa yang Insurance boleh bayar balik dari bill dari berjumlah RM490.30 tu.  Kalau dapat shukur alhamdulillah dan kalau tak dapatpun shukur alhamdulilah juga.

Ok lah semua Syah nak rehat nie coz dah dua kali rumah Syah trip.  Biasalah kalau hujan selalu tak ada elektrik dan Syah kena onkan semula, macam ada yang tak kena dengan wiring rumah nie kot.  Syah takut wiring yang kontraktor Indon tu buat masa renovation luar rumah Syah hari tu ada problem kot? Tapi dulu kalau guruh selalu automatik tu jatuh tetapi sekarang nie taklah kuat sangat guruh tetapi automatik tu jatuh juga. Masa buat Entry nie tengah bergelap dan sekarang Syah nak onkan automatik tu semula. Ok sehingga berjumpa lagi dilain entry............ Selamat Malam

Prince William Keseorangan

$
0
0
13.12.2012, Khamis - Malam semalam Duke of Cambridge, Prince William yang telah dijemput sebagai tetamu undangan khas bagi menghadiri Tayangan Perdana dan Majlis Amal filem The Hobbit  di Licester Square, London kelihatan bersorangan tanpa isteri tersayang Duchess of Cambridge atau lebih dikenali dengan pangillan Kate.  Beliau terpaksa meninggalkan isterinya kerana masalah morning sikness atau alahan/pembawakaan budak yang kronik. Keberangkatan tiba Prince William disambut dengan hamparan karpet hijau oleh Pengurus Besar panggung berkenaan, Tessa Street.  Pada malam Sabtu lepas, Prince William yang menghadiri Centerpoint Winter White's Gala tanpa Kate sempat memberi komen dan bergurau mengenai keadaan isterinya dengan berkata "Saya tidak tahu mengapa mereka memanggilnya morning sickness - mereka sepatutnya menyebut all day and night sickness."  Kebelakangan ini Prince William kelihatan berseorangan tanpa ditemani oleh Kate dalam acara-acara rasmi kerana masalah "pembawakan budak" ini.  

Kate menghadapi masalah "Hyperemesis Gravidarun" dimana pengidapnya akan muntah secara berpanjangan dan tidak boleh dikawal.  Keadaan ini akan menyebabkan kehilangan air dalam badan yang membawa kepada kekeringan (dehydrated) yang teruk dan boleh mengakibatkan penurunan berat badan. Pada 03.12.2012 lepas beliau dimasukkan ke Hospital King Edward VII untuk mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang pada 06.12.2012.  Kini beliau sedang berehat dikediaman rasminya di Istana Kensington. Alahan/pembawakaan budak seperti ini dihidapi oleh tiga daripada seribu orang wanita mengandung dan juga ada kalanya dikaitkan dengan kehamilan bayi perempuan.

Sumber :- Royaltynu

Tuanku Abdul Halim Hadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap oleh Bakal-Bakal Perwakilan Asing dan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara

$
0
0
13.12.2012, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap oleh Bakal-Bakal Perwakilan Asing dan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara.  Istiadat diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menyerahkan watikah perlantikan Ketua Perwakilan Malaysia ke luar Negara kepada Duta Besar Malaysia ke Timor Leste, Tajul Aman Mohammad.

Sumber :- Bernama

Salam Pagi JumaatnSemua

$
0
0
14.12.2012, Jumaat - Salam Jumaat dan Selamat Pagi kepada semua dan apa khabar anda pagi nie? Perjalanan kepejabat hari nie berjalan lancar dan tiba agak awal sedikit dari biasa walaupun bas agak lambat sampai hari nie tetapi driver ganti bawa laju dan sempat naik komuter jam 07:00hrs dan komuter pula jalan lancar tanpa berhenti lama disatu-satu stesyen atau landasan.  Keadaan sakit dalam perut Syah tu semakin ok tetapi ada masa-masanya terasa sakit sedikit.  Tengoklah macam mana nanti jika berlarutan sakitnya Syah buat pemeriksaan dikelinik. Pagi nie breakfast macam biasa cuma pagi nie dalam cereal tu Syah campurkan buah orange.  By the way pada kaum Adam jangan lupa Solat Jumaat hari nie yer .........  Insyallah gerak hati hendak solat di Masjid Negara hari nie tetapi jika keadaan cuaca tak mengizinkan Syah solat Jumaat di Menara TM sahaja. Oklah semua Syah hendak sambung tugas dan hingga berjumpa lagi dilain entry. 

Hospital Keluang Kini Dikenali Sebagai Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom

$
0
0
14.12.2012, Jumaat - Hospital Kluang, Johor kini telah diberi nama baru sempena mengambil nama Bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajjah Khalsom binti Abdullah. Pada 12.12.2012 lepas telah diadakan satu Majlis Perasmian Pengisytiharan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom oleh Bonda Tuanku Ibrahim sendiri.  Turut serta dalam majlis ini adalah Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Tengku Puan Panglima Diraja Selangor Tunku Kamariah Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim. 

Hospital ini mula beroperasi pada 30 Disember tahun lepas bagi menggantikan Hospital Kluang yang lama berusia 80 tahun dengan kos pembinaan sebanyak RM390 Juta  di atas tapak seluas 16 hektar.  Hospital ini didatangkan dengan 268 katil serta 220 unit kuarters untuk kediaman pelbagai kategori anggota.  Seramai 789 anggota kesihatan bertugas di hospital ini yang terdiri daripada bahagian klinikal, sokongan klinikal dan sokongan bukan teknikal.  

Diantara perkhidmatan yang diberikan di hospital ini adalah unit rawatan pesakit luar yang melitupi kelinik pakar, rehabilitasi dan hemodialisis, bahagian rawatan pesakit dalam termasuk unit ortopedik, unit pembedahan mulut dan pediatrik.  Selepas majlis Perasmian, YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom telah dibawa melawat wad dan pameran yang diadakan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom sempena majlis perasmian pengisytiharan hospital ini.

Sumber :- Kesultanan Johor / Bernama

Tengku Abdulah Kurniakan DIMP Kepada 173 Penerima

$
0
0
14.12.2012, Jumaat -  Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah  telah berkenan menghadiri majlis Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena Hari Keputeraan ke--84 tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah.  Majlis diadakan di Balairong Seri Istana Abu Bakar di Bandar Diraja Pekan, Pahang.  Pada hari ini seramai 173 orang menerima anugerah DIMP yang membawa gelaran Dato'.  Kelihatan Tengku Abdullah mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mohd Said.

Sumber :- Bernama

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Makan Malam Olyampian Ke-20

$
0
0
15.12.2012, Sabtu - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku  Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenaan menghadiri Majlis Makan Malam Olyampian ke-20.  Majlis ini merupakan acara tahunan anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semenjak tahun 1993 untuk mengiktiraf pencapaian atlet lelaki dan wanita negara.

Pada tahun ini Datuk Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak melalui acara badminton persorangan lelaki dalam Sukan Olimpik London 2012 Julai lepas telah terpilih  untuk menerima Anugerah Olympian Malaysia 2012 bagi kategori lelaki manakala kategori wanita dimiliki oleh ratu terjun negara Pandelela Rinong yang memenangi pingat Gangsa menerusi acara 10 meter platform dalam Olimpik London 2012.  Pingat dan wang tunai berjumlah RM10,000.00 telah disampaikan oleh Tuanku Abdul Halim kepada kedua-dua atlet berkenaan.

Turut serta dalam majlis ini adalah Presiden Majlis Olimpik Malaysia, YAM Tunku Muda Serting Tan Sri Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Sumber :- Bernama


Pusara Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah Telah Siap Dibina

$
0
0
15.12.2012, Jumaat - Semalam Syah Solat Jumaat di Masjid Negara dan seperti biasa jika kesana Syah tak akan lupa ziarah ke Makam Pahlawan untuk sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhumah yang bersemadi di makam ini.  Shukur Alhamdulillah binaan pusara Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Datuk Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Hamzah Abu Samah telah hampir siap dibina.  Struktur binaan telah siap cuma batu nisannya sahaja belum dinaikkan.  Syah ambil gambar nie selepas Solat Jumaat dan Syah lihat ada beberapa orang ahli keluarga Allahyarham berada di pusara berkenaan.  Mungkin mereka menunggu untuk upacara menaikkan batu nisan agaknya.  Syah tak sempat hendak bertanya sebab bergesas hendak pulang kepejabat.

Allahyarham dilahirkan pada 05 Januari 1924 dan meninggal dunia pada 04 September 2012. Kebiasaannya orang Melayu akan memasang tanda seperti nisan/binaan diatas kubur selepas 100 hari jenazah dikebumikan.  Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua dalam usia 88 tahun dikediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 15:30hrs 04.09.2012 dan dikebumikan pada keesokan harinya dengan diberi penghormatan negara dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Ini adalah gambar kubur Allahyarham selepas istiadat pengkebumian negara dan Syah tak sempat ziarah jenazah Allahyarham dan menghadiri pengkebumian ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Syah sempat melawat pusara Allahyarham semasa Solat Jumaat dan mengambil gambar ini pada 07.09.2012 iaitu iaitu empat hari selepas Allahyarham dikebumikan.  Apabila melawat ke Makam Pahlawan, Syah selalu bertanya kepada pekerja di Makam Pahlawan bila pusara Allahyarham akan dipasang dan mereka tak ada maklumat berhubung perkara ini.  Bertuah rasanya dapat melihat pusara ini ketika ianya baru siap dibina.

Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Datuk Abu Samah sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ..........

Viewing all 965 articles
Browse latest View live