Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all 965 articles
Browse latest View live

Susunan Kekananan Raja-Raja Melayu Berikutan Pemasyhuran Paduka Seri Sultan Perak Ke-35

$
0
0

Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.K.II (Selangor), S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P.(Perlis), Ph.D (Harvard).


31 May 2014, Sabtu :- 

Ini adalah senarai baru kedudukan susunan Kekananan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi sembilan buah negeri Beraja di Malaysia berikutan Pemasyhuran Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-35 pada 29 May 2014 bersamaan 29 Rejab 1435M. 



1. YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA XIV
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K. (Brunei), D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John., Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), The Knight of the Most Illustrious Order of the Royal House of Chakri (Thailand)
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 15hb. Julai 1958 dan ditabalkan pada 20hb. Februari 1959, tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-V (kali pertama) pada 21.09.1970 dan tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XIV (kali kedua) pada 13hb Disember 2011)

2. SULTAN PAHANG
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B., D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia), Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya), LLD hc (Northrop, USA), Hon.D.Sc. (Bedfordshire, UK.), Hon. PhD. (Civil Engineering) Universiti Malaysia Pahang). 
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 7hb. Mei 1974 dan ditabalkan pada 6hb. Mei 1975)

3. SULTAN TERENGGANU
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, D.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia).
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada 15hb. Mei 1998 dan ditabalkan pada 4hb. Mac 1999).

4. RAJA NEGERI PERLIS
  • Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L'Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra (Arab Saudi), Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan).
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Perlis pada 17hb. April 2000 dan ditabalkan pada 7hb Mei 2001).

5. SULTAN SELANGOR
  • Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France).
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Selangor pada 22hb. November 2001 dan ditabalkan pada 8 Mac 2003)

6. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
  • Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, D.K., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T.
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada 29 Disember 2008 dan ditabalkan pada26hb Oktober 2009).

7. SULTAN JOHOR
  • Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar  
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 23hb. Januari 2010)

8. AL-SULTAN KELANTAN
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, D.K., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Kelantan pada 13hb. September 2010).

9. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
  • Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.K.II (Selangor), S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P.(Perlis), Ph.D (Harvard).
  • (Naik Takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 29hb Mei 2014).

10. PEMANGKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN * . 

* Tugas ini dijalankan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkuatkuasa mulai 12.12.2011
yang dianggotai oleh :-
  1. Yang Teramat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Seri DiRaja Sallehuddin ibni Almarhum SultanBadlishah (Tunku Temenggong Kedah)
  2. Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tunku Laksamana Kedah)
  3. Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah 
Pengerusi Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman,Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj   ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tunku Bendahara Kedah Darul Aman) telah mangkat pada 21 May 2014 lepas.


    Sumber :- Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia / Maharum Bugis Syah

    Pewaris Tahta Negeri Perak

    $
    0
    0

    01 Jun 2014, Ahad :-

    Bila bercakap mengenai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah kita terbayangkan baginda sebagai seorang lelaki yang kacak dan berpelajaran tinggi serta berpengalaman dalam bidang pentadbiran. Keputusan Dewan Negara Perak memilih baginda sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35 merupakan satu keputusan yang bijak bagi meneruskan legasi pemerintahan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang kita sedia maklum merupakan Ketua Hakim Negara ke-5. Perlantikan ini nampak gangil dan tidak pernah berlaku sebelum ini dimana seorang Sultan Perak yang dimasyhurkan sebagai Sultan yang baru adalah anak kepada Sultan yang mangkat kerana sistem pengganti Raja di Perak agak unik iaitu mengikut giliran diantara Raja-Raja Bergelar dan bukannya diturunkan dari ayah kepada anaknya seperti negeri-negeri beraja di Malaysia kecuali Negeri Sembilan. 

    Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia hanya Allah sahaja yang tahu. Ini adalah suratan takdir yang telah ditentukan oleh yang Maha Esa. Apabila berlaku perkara gangil seperti ini ada diantara kita beranggapan terdapatnya sesuatu yang tidak kena terhadap perlantikan baginda sebagai Raja Muda Perak sepeti yang tersebar di media sosial dan elektronik baru-baru ini. Tomahan berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.  Jika Tuanku Nazrin tidak dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ini juga merupakan sesuatu yang aneh dimana Raja Mudah tidak diangkat sebagai Sultan.

    Mari kita fahami berhubung kedudukan pewaris-pewaris tahta negeri Perak bagi memahami perkara sebenar berhubung isu ini.



    Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ketika itu dikenali sebagai Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Raja Kecil Besar pada 16 Februari 1984 ketika berusia 28 tahun.  Gambar ini diambil pada tahun 1984 sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah sebagai Paduka Seri Sultan Perak buat petama kalinya. Kelihatan Tuanku Nazrin bergambar bersama-sama Raja-Raja Bergelar yang lainnya iaitu dari kiri sekali iaitu Raja Kecil Tengah, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa ; Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Sulong, Raja Izzuddin ibni Almarhum Sultan Idris Shah ; Raja Kecil Besar , Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah dan Raja Kecil Bongsu, Raja Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

    Kedudukan Raja-Raja Bergelar sebagai Pewaris Tahta Negeri Perak Darul Ridzuan adalah seperti berikut :-
    1. Sultan Perak
    2. Raja Muda Perak
    3. Raja Di Hilir
    4. Raja Kecil Besar
    5. Raja Kecil Sulong
    6. Raja Kecil Tengah
    7. Raja Kecil Bongsu
    Apabila Sultan Azlan Syah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-34 pada 03 Februari 1984 kedudukan Pewaris tahta pada ketika itu adalah seperti berikut :-
    1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah(03 Feb 1984)
    2. Raja Muda Perak - Raja Ahmad Saifuddin (03 Feb 1984)
    3. Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
    4. Raja Kecil Besar - Raja Nazrin Shah (16 Feb 1984)
    5. Raja Kecil Sulong - Raja Izzuddin (01 July 1983)
    6. Raja Kecil Tengah- Raja Jaafar (03 Feb 1984)
    7. Raja Kecil Bongsu - Raja Iskandar Dzulkarnain (03 Feb 1984)

    Raja Nazrin Shah menandatangani watikah perlantikan sebagai Raja Muda Perak 11 Mei 1987 ketika berusia 31 tahun.


    Istiadat Menjunjung Duli Sempena Perlantikan Raja Nazrin Shah sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.


    Apabila Raja Muda Raja Ahmad Saifuddin mangkat pada 1987 kedudukan Raja-Raja Bergelar sepatutnya naik satu anak tangga tetapi keadaan tidak berlaku sedemikian. 
    1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
    2. Raja Muda Perak - Raja Ahmad Saifuddin
    3. Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
    4. Raja Kecil Besar - Raja Nazrin Shah (16 Feb 1984)
    5. Raja Kecil Sulong - Raja Izzuddin (01 July 1983)
    6. Raja Kecil Tengah- Raja Jaafar (03 Feb 1984)
    7. Raja Kecil Bongsu - Raja Iskandar Dzulkarnain(03 Feb 1984)
    Sepatutnya Raja Ahmad Hisham akan dilantik sebagai Raja Muda dan Raja Nazrin Shah akan naik satu tangga menjadi Raja Di Hilir dan begitulah yang lain-lainnya.  Walau bagaimanapun Raja Ahmad Hisham telah menolak tawaran untuk naik sebagai Raja Muda diatas faktor usia baginda yang telah lanjut dan telah memberi laluan kepada Raja Kecil Besar iaitu Raja Nazrin Shah untuk menjadi Raja Muda manakala beliau kekal sebagai Raja Di Hilir. Kedudukan pewais adalah seperti berikut :-
    1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
    2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah(15 April 1987)
    3. Raja Di Hilir - Raja Ahmad Hisham (01 Ogos 1978)
    4. Raja Kecil Besar - Raja Izzuddin (11 May 1987)
    5. Raja Kecil Sulong - Raja Jaafar (1988)
    6. Raja Kecil Tengah- Raja Iskandar Dzulkarnain (11 May 1987)
    7. Raja Kecil Bongsu - Raja Ashaman Shah (11 May 1987)
    Kedudukan Raja Kecil Bongsu yang kosong telah diisi oleh Raja Ashaman Shah (Allahyarham Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah). Raja Ahmad  Hisham ini agak unik sedikit dimana sebelum ini beliau telah memberi laluan kepada Sultan Azlan Shah menjadi Raja Muda Perak dan beliau kekal sebagai Raja Dihilir sewaktu Kemangkatan Raja Muda Musa kerana faktor kesihatan baginda yang tidak mengizinkan untuk baginda menjadi Raja Muda ketika itu. Apabila Raja Nazrin menjadi Raja Muda dan Sultan adalah ayahanda baginda sendiri, keadaan ini merupakan satu perkara yang agak gangil dan tidak pernah berlaku di Perak sebelum ini dimana sistem pengganti Raja adalah secara giliran dan bukan turun temurun dari ayah kepada anaknya seperti kelaziman yang berlaku di negeri-negeri beraja di Malaysia.

    Sebab itulah ada yang menyatakan terdapat ketidak adilan terhadap sistem giliran pengganti raja di Perak semasa pemerintahan Sultan Azlan Shah kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Diharap anda dapat memahami perkara ini seperti penerangan diatas dan tidak mudah mempercayai sebarang kontroversi  terhadap isu ini.


    Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak pada 26 April 1989 untuk tempoh lima tahun apabila paduka ayahanda baginda ditabalkan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-9. Beberapa tahun kebelakangan ini sehinggalah kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 May 2014, Raja Nazrin Shah sekali lagi menjadi Pemangku Raja Perak disebabkan tahap kesihatan Sultan Azlan Shah tidak begitu mengizinkan untuk baginda menjalankan tugas-tugas rasmi.

    Selepas kemangkatan Raja Di Hilir, Raja Ahmad Hisham  pada 21 September 1997  kedudukan pewaris tahta negeri Perak Darul Ridzuan adalah seperti berikut :-
    1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
    2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
    3. Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
    4. Raja Kecil Besar - Raja Izzuddin (11 May 1987)
    5. Raja Kecil Sulong - Raja Iskandar Dzulkarnain (10 Mac 1998)
    6. Raja Kecil Tengah- Raja Ashaman Shah (10 Mac 1998)
    7. Raja Kecil Bongsu -  Kosong
    Pada masa ini Raja Jaafar telah mendahului Raja Izzuddin sebagai Raja Di Hilir dan Raja Izzuddin kekal sebagai Raja Kecil Besar.  Raja Izzuddin dilantik sebagai Raja Kecil Bongsu pada 1963 ketika berusia 9 tahun. Selepas Sultan Azlan Shah menjadi Sultan Perak pada 1984, Ahli Dewan Negara Perak dan Sultan telah melantik Raja Nazrin Shah, Raja Jaafar dan Raja Iskandar Dzulkarnain sebagai pewaris tahta (lihat senarai diatas sekali). Raja Nazrin Shah dilantik sebagai Raja Kecil Besar mengatasi Raja Izzuddin yang kekal sebagai Raja Kecil Sulong ketika itu. Raja Izzuddin tidak dinaikkan ke jawatan Raja Kecil Besar kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ayahanda beliau, Sultan Idris II juga pernah menarik semula gelaran Raja Bergelar kepada Raja Izzuddin tetapi gelaran itu diberikan semula kepada Raja Izzuddin. Walau bagamanapun kedudukan pewaris tahta Perak berubah berikutan perlucutan jawatan Raja Izzuddin sebagai Raja Kecil Besar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 
    1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
    2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
    3. Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
    4. Raja Kecil Besar - Raja Iskandar Dzulkarnain (18 Mac 2010)
    5. Raja Kecil Sulong - Raja Ashaman Shah(16 Mac 2010)
    6. Raja Kecil Tengah- Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (18 Mac 2010)
    7. Raja Kecil Bongsu -  Kosong

    Senarai pewaris tahta kemudiannya berubah  setelah kemangkatan Raja Ashaman pada 30 Mac 2012 dimana jawatan Raja Kecil Sulong dikosongkan.
    1. Sultan Perak - Sultan Azlan Shah (03 Feb 1984)
    2. Raja Muda Perak - Raja Nazrin Shah (15 April 1987)
    3. Raja Di Hilir - Raja Jaafar (10 Mac 1998)
    4. Raja Kecil Besar - Raja Iskandar Dzulkarnain (18 Mac 2010)
    5. Raja Kecil Sulong - Kosong
    6. Raja Kecil Tengah- Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (18 Mac 2010)
    7. Raja Kecil Bongsu -  Kosong


      Berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 May 2014 dalam usia 86 tahun, Dewan Negara Perak telah bermesyuarat pada lewat petang 28 May 2014 di Istana Iskandariah untuk melantik Sultan Perak yang baru dan pada 29 May 2014 Raja Nazrin Syah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35. Pengisytiharan dilakukan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah dimakamkan. Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak, baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.

      Diharap entry ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memahami mengapa Sultan Nazrin menggantikan paduka ayahanda baginda sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan dan segala tomahan yang dilemparkan terhadap perlantikan baginda sebagai Raja Muda selama ini adalah tidak benar sama sekali.



      Sumber :- malaysiacrisis.blogspot.com/DYMM Sultan Azlan Shah - Biografi Bergambar/Royalark/Maharum Bugis Syah

      King Juan Carlos Turun Tahta

      $
      0
      0

      Kelihatan King Juan Carlos sedang menandatangani surat pengesahan turun tahta baginda di Madrid, Spanyol.

      03 Jun 2014, Selasa :- 


      Semalam rakyat Spanyol dan dunia dikejutkan dengan berita berhubung pengumuman His Majesty The King Juan Carlos of Spain untuk turun dari tahta dan memberi laluan kepada putera baginda, Prince Felipe de Borbon yang bergelar His Royal Highness The Prince of Asturias  untuk menaiki tahta. King Juan Carlos berusia 74 tahun menaiki tahta pada 22 November 1975.  Pengumuman rasmi dibuat semalam 02 Jun 2014 di Madrid, Spanyol. Baginda merupakan Raja ketiga di Eropah yang turun dari tahta semenjak beberapa tahun kebelakangan ini  selepas King Albert II of Belgium pada 03 Julai 2013 yang ketika itu berusia 79 tahun dan Queen Beatrix of The Netherlands pada 30 April 2013 dalam usia 75 tahun. 


      Perkahwinan Putera Felipe dan Letizia Ortiz pada 2014.  Turut kelihatan dalam gambar adalah King Juan Carlos dan Queen Sofia.

      Putera Felipe diputerakan pada 30 Januari 1968, berusia 46 tahun dan mempunyai ketinggian 1.98 meter merupakan bekas atlet sukan perahu layar Olimpik.  Putera Mahkota Felipe dilihat sebagai seorang yang selalu tersenyum tetapi dikatakan lebih pendiam daripada ayahanda baginda. Baginda berkahwin dengan Letizia Ortiz  Rocasolano (kemudiannya bergelar Puteri Letizia Ortiz,The Princess of Asturias) pada 22 May 2004 dan dikurniakan dengan dua orang puteri berusia sembilan dan tujuh tahun.

      Sumber :- Royaltynu/Getty Images/Kosmo/Wikipedia

      Istiadat Akad Nikah Tuanku Nazrin Muizzuddin Shah

      $
      0
      0






      Mas Kahwin 250gram emas tulin dalam bentuk lima kepingan emas yang dilorek dalam tulisan rumi dan jawi dengan perkataan "Majlis Perkahwinan Diraja Perak 17 Mei 2007".

      05 Jun 2014, Khamis :-


      Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah menamatkan zaman bujang baginda pada  tahun 2007 ketika berusia 50 tahun manakala  suri baginda, Tuanku Zara Salim pula ketika itu berusia 34 tahun. Istiadat akad nikah diadakan di Balai Istiadat, Istana  Iskandariah dihadiri kira-kira 300 orang tetamu pada hari Khamis, 17 Mei 2007. 

      Majlis bermula sekitar jam 10:30hr dimulai dengan keberangkatan masuk Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd Ali ke Balai Istiadat. Jejawat membawa masuk hantaran Raja Nazrin Shah untuk Zara Salim Davidson sebanyak sembilan bunga pahar (dulang) berserta mas kahwin 250 gram emas tulen dan sebentuk cincin bertatahkan berlian.

      Rombongan Zara Salim Davidson yang diwakili oleh Dato' Tunku Hamdy Tunku Ahmad Tajuddin membawa masuk hantaran balasan berjumlah sebelas bunga pahar (dulang)  beserta sebentuk cincin untuk bakal suami tersayang. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Dato' Seri Wan Fathir Wan Hussain kemudiannya mengadap Tuanku Azlan dan Tuanku Bainun untuk memulakan Istiadat Akad Nikah.

      Dengan sekali lafaz sahaja Raja Nazrin Shah telah bergelar suami kepada Zara Salim Davidson. Akad nikah disempurnakan oleh Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria manakala adinda Raja Nazrin Shah, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan adinda ipar baginda, Dato' Sri Mohd Salleh Ismail sebagai saksi pernikahan. Selepas Istiadat Akad Nikah Mufti Kerajaan Negeri Perak membacakan doa kesyukuran diikuti bacaan selawat Nabi oleh kumpulan Haqqani Maulud Ensemble.

      Zara Salim Davidson merupakan anakanda kepada pasangan William Davidson yang merupakan seorang peguam terkenal dan Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabudin adalah dari kerabat diraja Kedah. Zara merupakan cicit kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-24 manakala nendanya Syed Omar Syed Abdullah Shahabudin merupakan Menteri Besar Kedah ke-3. Isteri Syed Omar adalah Tunku Aminah binti Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang juga merupakan adik beradik kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

      Sehari selepas Istiadat Akad Nikah ini diadakan pula Istiadat Perlantikan dan Pengisytiharaan Gelaran di Istana Iskandariah. Dalam istiadat ini Zara Salim Davidson diberikan  gelaran Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim.


      Sumber :- Wikipedia / Biofoto Perkahwinan Diraja / Ratu - Perkahwinan Diraja Perak / Maarum Bugis Syah

      Tunku Sallehuddin Dilantik Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

      $
      0
      0

      05 Jun 2014, Khamis :-

      Sultan Kedah yang juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan melantik adinda baginda, Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman yang baru.  Perlantikan ini berikutan kemangkatan penyandang jawatan berkenaan Almarhum  Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 21 May 2014. Semalam Pejabat Menteri Besar Kedah mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung perlantikan ini. Perlantikan Yang Teramat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman  berkuatkuasa mulai 21 May 2014.

      Tahniah diucapkan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah diatas perlantikan ini.

      Senarai Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman  yang terkini adalah seperti berikut :-

      Yang Teramat Mulia
      Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, SHMS., SSDK., PSM.,PAT.,BCK., KPK.,
      Tunku Temenggong Kedah
      Pengerusi  Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

      Yang Teramat Mulia
      Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah, SHMS., SSDK., DSDK.,
      Tunku Laksamana Kedah
      Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

      Yang Teramat Mulia
      Tunku Panglima Besar
      Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH.,DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP., Hon.Ph.D (UUM)., Hon.PhD(KUIN)
      Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman


      Sumber :- Berita Harian / Maharum Bugis Syah

      Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

      $
      0
      0


      06 Jun 2014, Jumaat :-

      Malam Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Majlis bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad. Turut serta dalam majlis malam tadi adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

      Manakala tengahari tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya.  Turut mengiringi baginda adalah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Khutbah Jumaat disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom dengan khutbah khas bertajuk Agama Dimartabat Raja Didaulat.

      Sumber :- Berita Harian/ Najib Razak Fan Page / Bernama

      Khutbah Jumaat “Agama Dimartabat, Raja Didaulat” sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

      $
      0
      0
      06 Jun 2014, Jumaat :-

      Khutbah Jumaat pada hari ini bertajuk Agama Dimartabat, Raja Didaulat.  Khutbah khas pada hari ini 06 Jun 2014 bersamaan 08 Sya'ban 1435H adalah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Marilah kita bersama-sama menghayati teks Khutbah Jumaat berkenaan.


      AGAMA DIMARTABAT, RAJA DIDAULAT

      (6 JUN 2014 / 8 SYA’BAN 1435H )



      Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

      Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketaqwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Sempena dengan hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada 7 Jun 2014; maka tajuk khutbah pada hari ini ialah “Agama Dimartabat, Raja Didaulat”.

      Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

      Berdasarkan kepada fakta sejarah dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu seawal abad ke-7 Masihi dan seterusnya berkembang maju sehingga ke hari ini, maka ianya telah merubah corak pentadbiran dan Kesultanan Melayu dengan meletakkan kuasa Sultan atau Raja pada hirarki yang tertinggi dalam struktur sosio-politik. Sebagai teras kepada pentadbiran negara Sultan ataupun Raja juga merupakan teras kepada perkembangan Islam di negara ini. Yakinlah bahawa pewujudan bangsa dan negara ini atas menjunjung ketinggian dasar agama Islam dan memartabatkan bangsa Melayu sehingga membentuk sebuah negara yang berdaulat. Justeru, sebagai rakyat kita seharusnya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dikurniakan seorang Raja dan Pemimpin yang sentiasa adil serta kasih terhadap rakyatnya. Usaha untuk mewujudkan keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat sejagat adalah sebahagian sifat ketaqwaan. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nahl ayat 90:


      Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar dan kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”. 

      Pemerintah yang melaksanakan kebaikan dan berlaku adil untuk rakyat akan mendapat pahala daripada Allah SWT dan begitu juga bagi rakyat yang mentaati akan mendapat ganjaran yang sama. Sabda Rasullullah SAW:


      Maksudnya: “Akan ada selepas aku pemerintah-pemerintah, maka hendaklah kamu taat kepada mereka, kerana pemerintah laksana perisai yang melindungi kamu, Jika mereka memerintah dengan baik, maka kamu dan mereka akan mendapat kebaikan, tetapi jika mereka memerintah dengan cara tidak baik, maka mereka akan menanggung akibatnya,manakala kamu terselamat daripada menanggung akibat perbuatan mereka.” 

               (Riwayat at-Tabarani) 

      Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

      Jelas sekali bahawa perkara 3 (2) Di dalam Perlembagaan dinyatakan bahawa Yang di Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan dan  negeri-negeri Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Melaka. Manakala di negeri-negeri lain ketua agama Islam ialah Sultan atau Raja di negeri berkenaan. Justeru posisi dan kedudukan Yang di Pertuan Agong sebagai ketua Negara dan agama Islam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan menuntut kepada penyempurnaan tanggungjawab yang amat besar. Ini terkandung di dalam lafaz sumpah jawatan Yang di Pertuan Agong, sebagaimana terkandung dalam Perkara 37, Jadual keempat iaitu Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa.

      Mimbar ingin menyatakan bahawa secara tersiratnya pengekalan Institusi Raja-Raja Melayu di Negara ini adalah satu kesinambungan mengekalkan identiti sebuah Kerajaan Melayu Islam di tanah air sebagai warisan bangsa. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat berpayung mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia. Bagi mengekalkan suasana aman damai ini, marilah kita sebagai rakyat Malaysia hidup penuh mahabbah serta bersatupadu dengan menjunjung institusi Raja berperlembagaan. Elakkan daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh menggugat atau mencemar institusi Raja-Raja serta mempertikai kesucian Islam sebagai agama Persekutuan. Janganlah ada dari kalangan kita yang sanggup menggadai maruah dan kepentingan agama dan bangsa kerana kepentingan peribadi dan ideologi masing-masing. 

      Bagaimanapun, akhir-akhir ini kita dapati berbagai usaha yang terancang telah diatur bagi menggugat dan mencabar kedudukan Islam dan hak kebebasan yang dibenarkan oleh agama Islam. Ia bukan sahaja digerakkan oleh kelompok-kelompok tertentu dalam negara yang dipromosi melalui media-media baru. Malah gerakan seperti ini juga mendapat sokongan rakan-rakan sealiran dengan mereka di peringkat antarabangsa. Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa inilah propaganda fahaman pluralisme dan liberalisme agama serta budaya Hedonisme yang semakin hari makin berkembang berlaku di negara umat Islam. 

      Gerakan untuk mencabar keutuhan kesusilaan dan kemurnian ajaran Islam ini dapat kita lihat dengan jelas menerusi penganjuran budaya kebebasan melampau oleh kumpulan-kumpulan yang bertopengkan perjuangan Hak Asasi Manusia (HAM) dan perjuangan anti-diskriminasi yang bertopengkan atas nama NGO-NGO tertentu. 

      Persoalan besar timbul di sini apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku. Secara ringkasnya mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa umat Islam yang semakin jauh dari petunjuk sebenar iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabawiah, tidak berupaya menangkis pertembungan antara yang hak dan batil iatu keimanan dan kekufuran.  Unsur Taklidiah yang menebal dengan mengikut tanpa berpegang kepada prinsip Islam yang sebenar.

      Justeru, bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar menolak budaya melampau ini, jangan kita terlibat dengan budaya kebebasan yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan. Bersatulah dengan hati yang ikhlas dan berpeganglah kepada aqidah dan syariat Islam yang sebenar. 

      Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

      Negara kita mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing berusaha memperjuangkan hak asasi budaya dan agama mereka. Kita amat bersyukur dan menjunjung kasih dalam suasana genting dan gawat, Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja telah berjaya mengurangkan ketegangan politik, menjaga keluhuran aqidah, adat istiadat orang Islam dan menjadi simbol perpaduan rakyat di negara ini.

      Oleh itu sebagai ketua agama Islam, memperlihatkan kepada kita bahawa amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong amatlah besar. Maka, kita selaku rakyat yang berpayung di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong hendaklah sentiasa memberikan taat setia yang tidak berbelahbahagi kepada pemerintah tertinggi negara. Lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam telah diajar supaya taat dan patuh kepada pemerintah sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’ ayat 59:



      Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.
       

      Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar Jumaat menyeru supaya para jemaah dan rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan berpanjangan kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni al-Marhum Sultan Badlishah sempena sambutan hari Ulangtahun Keputeraan Yang di Pertuan Agong pada 7 Jun 2014. Marilah sama-sama kita memberi sepenuh ketaatan dan menjunjung setinggi tinggi kasih kepada Baginda sepanjang bersemayam di takhta pemerintahan. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Putri-Putri dan Kerabat-Kerabat DiRaja sekalian sentiasa di bawah payung rahmat Ilahi, diteguhkan keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berterusan. Agama terus dimartabatkan dengan melaksanakan perintah Allah SWT Yang Maha Esa dan institusi Raja terus didaulatkan. Justeru, kita doakan agar negara dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa kepada malapetaka dan kehancuran. Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan sesama kita, semoga seluruh rakyat sentiasa hidup aman damai berlandaskan keadilan, menikmati kemakmuran dan kesejahteraan serta keselamatan terpelihara sepanjang zaman.


      Sumber :- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

      Infanta Leonor of Spain Bakal Pewaris Tahta Spanyol

      $
      0
      0

      Infanta Leonor of Spain bersama Ayahanda dan Nendanya.

      07 Jun 2014, Sabtu :-

      Anak perempuan kecil ini adalah Infanta Leonor of Spain (Leonor de Todos los Santos de Borbón y Ortiz) yang merupakan anakanda sulong kepada His Royal Highness The Prince of Asturias, Prince Felipe de Borbon. Prince Felipe dan pasangannya Princess Letizia buat masa ini hanya mempunyai dua orang anak perempuan sahaja. Pada 02 Jun 2014 lepas, nenda beliau His Majesty The King Juan Carlos of Spain telah membuat pengumuman rasmi untuk turun dari tahta bagi memberi laluan kepada ayahandanya, Prince Felipe sebagai Raja yang baru. Apabila ayahanda beliau ditabalkan sebagai Raja Spanyol yang baru pada 18 Jun 2014 nanti, Princess Leonor  sebagai anak sulong kepada Prince Felipe dan tiada saudara lelaki, maka beliau akan dianggap sebagai bakal Raja dan akan diberikan gelaran The Princess of Asturias dan seterusnya Queen of Spain. Walau bagaimanapun, mengikut Perlembagaan Spanyol jika dimasa hadapan Raja mempunyai anak lelaki maka gelaran bakal Raja akan diberikan kepada putera berkenaan.

      Princess Leonor diputerikan pada 31 Oktober 2005 dan sekarang berusia 8 tahun merupakan bakal Raja termuda di Eropah.  Pemasyuharan Princess Leonor sebagai The Princess of Asturias hanya akan dilakukan apabila beliau cukup umur dan akan mengangkat sumpah di Parlimen, barulah beliau akan menjalankan tugas-tugas rasmi seperti yang dilakukan oleh Ayahandanya sebelum ini sebagai Putera Mahkota. Buat masa ini beliau belajar di Santa Maria de los Rosales school semenjak 2008. Princess Leonor juga belajar Bahasa Inggeris dan Cina iaitu bahasa yang selalu digunakannya untuk berkomunikasi dengan pengasuhnya.  Dimasa akan datang Princess Leonor akan diberikan pendedahan dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan sebagai persedian untuk menjadi Ketua Negara.  Walau bagaimanapun ianya masih jauh lagi dan diharap segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

      Sumber :- Wikipedia/Hello Daily News

      Tengku Puteri Amalin dan Pengiran Anak Tengku Afeefah

      $
      0
      0

      07 Jun 2014, Sabtu :-


      Tentu kita semua rindukan puteri dari negeri Kelantan Darul Naim,  Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Puteri binti Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra yang telah berkahwin dengan keluarga diraja Brunie Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah pada 27 Jun 2013 bersamaan 18 Sya'ban 1434H . Pada 13 April 2014 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1435H, pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang puteri yang comel dan diberi nama Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Puteri sebagai penyeri hidup rumahtangga mereka. Ini adalah gambar terbaru Tengku Amalin.

      Kelihatan Tengku Amalin dan Pengiran Abdul Qawi bersama bonda saudara Pengiran Abdul Qawi iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien yang sedang mendukung  Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Puteri. Kami semua mendoakan agar Tengku Amalin dan Pengiran Abdul Qawi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik,dikurniakan dengan anak-anak yang beriman dan menjadi kebangaan negara, dipanjangkan jodoh hingga keakhir hayat serta sentiasa dilindungi Allah hendaknya. Amin.

      Sumber : MBS/Whatsapp

      Majlis Jamuan Teh Diraja

      $
      0
      0

      07 Jun 2014, Sabtu :-

      Esok akan diadakan Majlis Jamuan Teh Diraja sempena sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Majlis diadakan di Istana Negara dan akan dihadiri oleh dif-dif jemputan dan dif-dif kenamaan. Majlis akan dimulai dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun ke Dewan Santapan Istana Negara. Kemudiannya diikuti dengan lagu Negaraku, Bacaan Doa dan Jamuan Teh bermula. Sebelum majlis selesai, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah akan berangkat untuk acara bersalaman bersama tetamu jemputan dan diakhiri dengan lagu Negaraku sebelum Kebawah Duli Tuanku berdua meninggalkan majlis. 

      Sumber :- MBS

      Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

      $
      0
      0
      07 Jun 2014, Sabtu :-


      DAULAT TUANKU
      Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah 
      Kepada



      Semuga Allah Subhanahu Wa Ta'ala Memberkati Pemerintahan

      Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah 

      Sempena 

      Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda
      Pada 07 Jun 2014M bersamaan 09 Syaaban 1435H

      Sembah Takzim Daripada :

      Maharum Bugis Syah

      Tuanku Abdul Halim Kurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2014 Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

      $
      0
      0

      Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) daripada Tuanku Abdul Halim.

      07 Jun 2014, Sabtu :-

      Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2014 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Majlis yang diadakan di Istana Negara itu turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

      Pada Hari pertama Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2014 pada hari ini, Tuanku Abdul Halim telah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) dan   Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) kepada  38 orang penerima .

      Senarai penerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri adalah :-
      1. Pengerusi Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis 
      2. Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek 
      3. Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat
      4. Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha
      5. Pengerusi Bloomberg TV Malaysia, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi
      6. Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung
      7. Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
      8. Bekas Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Sime Darby Berhad, Datuk Abdul Ghani Othman
      9. Timbalan Ketua Polis Negara,  Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin
      10. Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas
      11. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hasan Lah
      12. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Zaleha Zahari
      13. Peguam Cara Negara Jabatan Peguam Negara, Datuk Seri Idrus Harun
      14. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad
      15. Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor
      16. Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Paduka Ismee Ismail
      17. Ahli Lembaga Penasihat Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Setiausaha Agung dan Ketua-ketua Eksekutif Agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid
      18. Pengerusi Pavilion Real-Estate Investment Trust (PREIT) Malaysia, Datuk Lim Siew Choon
      19. Timbalan Pengerusi Eksekutif Sunway Group, Datuk Seri Razman Md Hashim Che Din Md Hashim
      20. Pengerusi Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Mohd Nadzmi Mohd Salleh
      21. Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Datuk Mohamad Salim Fateh Din
      22. Presiden Management & Science University (MSU), Prof Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid

      Senarai penerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk adalah :-
      1. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said
      2. Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi
      3. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof Ir Dr Wahid Omar
      4. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Azimah Omar 
      5. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad
      6. Ketua Wanita Umno Bahagian Kemaman, Senator Rahmani@Rohani Abdullah
      7. Anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Senator Lihan Jok
      8. Ketua Eksekutif Midas, Kementerian Pertahanan, Left Jen Datuk Dr William Rangit Stevenson
      9. Bekas Ketua Pengarah Pos Malaysia, M. Rajasingam
      10. Ketua Eksekutif Amanie Advisors Sdn Bhd, Dr Mohd Daud Bakar
      11. Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Groups of Companies, R. Doraisingam
      12. Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Berlian Sdn Bhd, Rosman Hasan
      13. Pengerusi Capital Market Compensation Fund Corporation, Datuk Dr Nik Norzul Thani Nik Hassan Thani
      14. Ketua Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, Ir Zainudin A Kadir
      15. Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), Datuk Teo Eng Tee@Teo Kok Chee 
      16. Pengerusi Tetap Persidangan United Pasok Momogun Kadazan Dusun (UPKO),  Michael S Malanjun (Sitom)
      Tahniah diucapkan kepada semua penerima PSM dan PJN pada hari ini daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV.

      Sumber :- Bernama

      Putera Katsura Meninggal Dunia

      $
      0
      0

      09 Jun 2014, Isnin :- 

      Sepupu kepada Maharaja Akihito yang juga merupakan pewaris tahta Jepun ke-6,  Putera Katsura telah meninggal dunia semalam akibat masalah jantung dalam usia 66 tahun. Kenyataan daripada pihak Istana memaklukan mendiang meninggal dunia pada jam 10:55hrs disalah sebuah hospital di Tokyo. Mendiang menghadapi pelbagai masalah kesihatan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

      Sumber :- AFP/Royaltynu

      Buku Biografi Bergambar Raja Permaisuri Agong 1 hingga 14

      $
      0
      0

      10 Jun 2014, Selasa :-


      Pada hari Ahad lepas sebelum ke Istana Negara untuk menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja, Syah membeli akhbar kosmo dan ternampak iklan ini.  Nampak dari tajuknaya memang menarik dan sesuai dijadikan koleksi. Pada yang berminat boleh membuat tempahan kepada Puan Normala Hamzah & Rosli Hanafi ditalian 03 89262999/8778/8393 atau anda boleh datang sendiri ke Utusan Karya Sdn Bhd yang beralamat di Kompleks Sri Utusan, Lot 6, Jalan P/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.  

      Harga buku RM250.00 dan ada dua cara untuk membuat pembelian seperti yang dinyatakan diatas. Samada anda mengambil sendiri atau memilih untuk membuat penghantaran melalui pos harganya adalah sama iaitu RM250.00.

      Tuanku Hajah Haminah Raikan Anak-Anak Yatim

      $
      0
      0

      11 Jun 2014, Rabu :-

      Semlam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan meraikan anak-anak yatim dalam Majlis Santapan Mesra sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Seramai 300 orang anak yatim menghadiri majlis yang diadakan di Dewan Santapan Istana Negara.

      Sumber :- theSUN / Utusan Malaysia

      Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung PPPM

      $
      0
      0
      11 Jun 2014, Rabu:-

      Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang berlangsung di Komplek Seri Perdana, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Turut serta mengiringi baginda adalah Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor dan  Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani bt. Raja Shahar Shah.

      Sumber :- Bernama 

      LV Akan Jadi Kucing Diraja

      $
      0
      0

      12 Jun 2014, Khamis :-


      Ini adalah kucing jantan yang diberi nama Louis Vuitton atau LV dari spesis "Maine Coon" yang bentuknya agak besar dan panjang daripada kucing biasa. LV akan menjadi Kucing Diraja apabila dia diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun pada hari Sabtu ini nanti. LV akan dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah sebagai cenderahati istemewa daripada Kelab Kucing Malaysia dan Perbadanan Putrajaya sewaktu Tuanku merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2014 (FLORIA Putrajaya) pada 14 Jun 2014.

      Menurut En Khalid Rashid yang merupakan Presiden Kelab Kucing Malaysia, LV dibawa masuk ke Malaysia daripada Republik Estonia pada September 2003.  LV dijaga sendiri oleh En Khalid bagi memastikan iannya sihat dan tidak berpenyakit sebelum dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Bertuah LV dapat menjadi Kucing Diraja.

      Kucing ini dipanggil Maine Coon kerana iannya mula ditemui di Pantai Timur Maine, Amerika Utara manakala Coon berasal dari raccoon. Main Coon  merupakan kucing baka besar dan ada kucing jantan yang beratnya mencecah hingga 10kg. Asal usul kucing ini tidak diketahui tetapi ada cerita dongeng mengenai kehadirannya di Amerika. Dikatakan Queen Marie Antoinette dari Perancis dalam cubaannya melarikan diri dari hukuman bunuh telah meminta bantuan Captain Samuel Clough untuk melarikan diri menggunakan kapal layar. Baginda telah meletakkan  harta-harta baginda kedalam kapal berkenaan termasuklah kucing berbulu panjang.  Walau bagaimanapun baginda gagal dalam cubaan melarikan diri  dan kapal berkenaan telah selamat sampai ke Wiscasset, Maine, Amerika termasuklah kucing-kucing tersebut.   Harga kucing ini agak mahal dipasaran iaitu RM1,000.00 hingga RM5,500.00 seekor.

      FLORIA Putrajaya 2014 akan berlangsung mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dan dibuka untuk kunjungan orang ramai mulai jam 09:00hrs hingga 20:30hrs dari hari Isnin hingga Khamis manakala dari hari Jumaat hingga Ahad iannya dibuka bermula jam 09:00hrs hingga jam 00:00hrs. Bayaran RM3.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak manakala bagi murid  atau pelajar yang memakai pakaian seragan sekolah, masuk adalah percuma. 

      Ini adalah penyertaan pertama kali Kelab Kucing Malaysia (KKM) dalam FLORIA Putrajaya semenjak iannya diadakan tujuh tahun lepas. KKM akan mengadakan pameran dan pertandingan kucing antarabangsa sempena FLORIA Putrajaya yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kucing bulu panjang dan kucing bulu pendek. Selain daripada itu KMM akan mengadakan pertandingan menghias sangkar kucing, meniru suara dan aksi kucing, kenduri makan kucing dan pertunjukan fesyen kucing.

      Apa lagi ditunggu .............jom kita bawa keluarga atau teman-teman kita ke FLORIA Putrajaya 2014 dan menyaksikan sendiri LV dalam Pameran Kucing Khas Diraja sempena hari pertama perasmian FLORIA Putrajaya 2014.

      Sumber :- Harian Metro 12 Jun 2014 / Carian Internet

      Tuanku Abdul Halim Dan Tuanku Hajah Haminah Hadiri Forum Perdana Diraja

      $
      0
      0

      12Jun 2014, Khamis :- 

      Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menghadiri Forum Perdana Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Forum Perdana Diraja ini diadakan di Dewan Santapan Istana Negara dengan tajuk Inspirasi Amirul Mukminin.  Turut serta dalam forum Perdana Diraja ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom.  Forum Perdana Diraja ini disiarkan secara langsung sekarang melalui TV1.

      Sumber :- RTM / TV1

      Tuanku Abdul Halim Berangkat Ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong

      $
      0
      0

      14 Jun 2014, Jumaat :-

      Pagi semalam (13 Jun 2014) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia atau ATM. Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong merupakan istiadat penting yang gilang gemilang bagi ATM manakala panji-panji merupakan lambang kemegahan, semangat dan taat setia yang tidak berbelah bagi ATM terhadap Raja dan Negara.

      Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua ke Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana, Sungai Besi disambut oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Istiadat dimulai dengan lagu Negaraku diiringi dengan 21 das tembakan meriam kehormat oleh pasukan 41 Bateri Istiadat/Rejimen Artileri Diraja yang diketuai Leftenan Kolonel Hashim Muda. Tuanku Abdul Halim kemudiannya menaiki pentas khas untuk menerima tabik hormat diraja daripada pasukan kawalan kehormat yang dianggotai pegawai dan anggota Tentera Darat, Udara dan Laut. Acara terbang lintas kemudiannya mengambil tempat dimana lima buah helikopter milik ATM iaitu tiga EC 725 Cougar, sebuah Agusta A-109 LOH dan sebuah Fennec yang masing-masing membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Darat.


      Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin kemudiannya mengiringi Tuanku Abdul Halim melakukan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormat yang terdiri daripada 22 pegawai dan 560 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Megat Ahmad Najib Megat Yunus. Setelah selesai, Gabungan Pancaragam Pusat ATM di bawah pimpinan Kapten Mohd Subri Mohd Isa dari TUDM mengambil tempat dengan memainkan alunan lagu-lagu patriotik. Istiadat mengarak Panji-panji Yang di-Pertuan Agong bermula dengan penuh istiadat ketenteraan dalam tempo kawad perlahan dan cepat di hadapan Seri Paduka Baginda, para pegawai dan hadirin.


      Dalam istiadat ini, Lima Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, TLDM dan TUDM telah diarak dan diakhir dengan laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali. Seblum istiadat berakhir, Ketua Pengarah Kor Agama ATM, Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat mengambil tempat membaca doa. Sebelum Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah berangkat pulang, baginda sekali lagi menerima tabik hormat daripada barisan kawalan kehormat dan lintas hormat oleh kelima-lima pesawat ATM serentak dengan alunan lagu Negaraku.

      Sumber :- Bernam

      Tuanku Abdul Halim Rasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quraan Peringkat Antarabangsa ke-56.

      $
      0
      0

      16 Jun 2014, Isnin :-

      Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan berangkat ke Majlis Perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quraan Peringkat Antarabangsa ke-56. Majlis yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur ini bermula pada hari ini hingga 21 Jun 2014. Buat julung kalinya pada tahun ini negara kita menganjurkan Majlis menghafaz al-Quraan Peringkat Antarabangsa serentak dengan Majlis Tilawah al-Quraan Peringkat Antarabangsa.

      Majlis tilawah al-Quran dijadualkan bermula jam 20.45hrs sehingga 23:00hrs bermula hari ini 16 hingga 21 Jun manakala majlis menghafaz al-Quran pula akan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari bermula esok,17 hingga 19 Jun 2014 selama tiga hari. Bagi kategori tilawah, johan qari dan qariah akan menerima jongkong emas, piala iringan dan wang tunai RM40,000; naib johan qari dan qariah menerim RM30,000, ketiga qari dan qariah menerima RM20,000, keempat qari dan qariah menerima RM15,000, kelima qari dan qariah menrima RM10,000 dan saguhati menerima RM3,000. Bagi kategori hafazan pula, johan qari dan qariah menerima RM30,000, naib johan qari dan qariah menerima RM15,000, ketiga qari dan qariah menerima RM10,000 dan saguhati menerima RM3,000.



      Turut serta dalam majlis pada malam ini adalah Yand di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan isteri,  Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor bt. Shariff ; Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina bt. Kassim ; Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni ; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom.  

      Sumber :- TV1 / Utusan Online

      Viewing all 965 articles
      Browse latest View live