Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all 965 articles
Browse latest View live

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Yang Ke-235

$
0
0
18 Jun 2014, Rabu :-

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Yang Ke-235 bermula hari ini di Istana Negara dan mesyuarat pada hari pertama ini telah dipengerusikan oleh Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.  Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu diadakan selam dua hari bermula hari ini dan akan berakhir esok 19 Jun 2014 telah dihadiri oleh semua Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Kesemua Yang Dipertua Negeri hadir ke mesyuarat ini. Semua Ketua Negeri diiringi oleh Ketua Kerajaan Negeri masing-masing. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah akan berangkat ke mesyuarat ini esok.

Terdahulu, pada 16 Jun 2014 telah diadakan Perjumpaan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-235. Pada 17 Jun 2014 pula diadakan Mesyuarat Pre-Council sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-235.  Malam ini pula Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun akan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Sumber :- Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia/Bernama

Senarai Pewaris Tahta Negeri Perak Yang Baru Dan Gelaran Bagi Tuanku Zara & Tuanku Bainun

$
0
0

20 Jun 2014, Jumaat :-


Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara 

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah telah memutuskan bahawa berkuat kuasa mulai hari ini, Jumaat 20 Jun 2014 bersamaan 22 Syabaan 1435H Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah juga telah berkenan menganugerahkan gelaran Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun kepada balu Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang juga merupakan bonda baginda.


Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun

Selain daripada itu senarai baru pewaris tahta yang diputuskan oleh Dewan Negara Perak adalah seperti berikut :-

  1. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Jaafar ibni Raja Muda Musa
  2. Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  3. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah 

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 juga telah memutuskan bahawa tarikh sambutan rasmi Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak telah ditetapkan pada tarikh 27 November setiap tahun dan sambutan hari keputeraan buat pertama kalinya akan diadakan pada tahun 2015.

Tiga penyandang bagi Raja Bergelar yang lainnya masih lagi  kosong seperti berikut :-
  1. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan
  2. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan
  3. Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan
Sumber :- Bernama / Maharum Bugis Syah

Kembara Mahkota Johor Bermula

$
0
0


21 Jun 2014, Sabtu :-

Program Tahunan Kembara Mahkota Johor bagi tahun 2014 atau lebih dikenali dengan panggilan KMJ 2014 akan bermula pada hari ini 21 Jun 2014 hingga 24 Jun 2014 selama 4 hari. Seperti biasa tahun ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar tampil dengan keunikan baginda dengan memandu sendiri bas Prevost Marathon Coach untuk bertemu dan mendekati rakyat Johor dengan merentasi 10 daerah dalam perjalanan sejauh 850 kilometer. Kepada rakyat johor khasnya dan Malaysia amnya ini adalah satu peluang keemasan untuk anda bertemu secara dekat dengan Tuanku Sultan Johor dan Kerabat Diraja Johor serta barisan kepimpinan kerajaan negeri Johor.

Sebagai panduan disertakan jadual KMJ 2014 dan anda yang berada dikawasan berkenaan bolehlah menyertai program yang telah dijadualkan untuk bersama-sama Tuanku Sultan Johor dan rombongan diraja.


HARI PERTAMA : Sabtu 21 Jun 2014

0800 – 0900 : DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

MAJLIS PELANCARAN DAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2014

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ 2014 di Perkarangan Dataran Bandaraya Johor Bahru
Lagu Bangsa Johor – Bacaan doa oleh YB Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Johor
Sembah ucapan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor
Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru
Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada YAB Menteri Besar Johor dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru
Majlis santapan
MAJLIS PELEPASAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2014

Bacaan doa pelepasan oleh YB Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Johor
Lagu Bangsa Johor
Pelepasan Rombongan Kembara Mahkota Johor 2014 oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri Johor
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke Maktab Rendah Sains Mara, Seri Alam Johor Bahru

0930 – 1045 : MAKTAB RENDAH SAINS MARA, JOHOR BAHRU

- Keberangkatan tiba DYMM  Sultan Johor dan rombongan KMJ 2014 di Maktab Rendah Sains MARA, Johor Bahru

Program DYMM Sultan Johor
  • DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke padang : * Menandatangani plak sempena Keberangkatan DYMM Sultan Johor ke MRSM Johor Bahru * Pertunjukkan skipping
  • Jump Hoop For Heart * Ekspo MARA dan Jualan
  • DYMM Sultan Johor berangkat ke khemah DiRaja
Program DYMM Raja Zarith Sofiah Dan Yam Tunku Tun Aminah
  • DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah dan YAM Tunku Tun Aminah berangkat ke  Majlis Kurniaan Bungkusan dan lawatan ke pameran produk agro Jcorp, pameran karya seni lukis, pameran pendidikan dan pemeran serta pemeriksaan kesihatan.
  • DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah dan YAM Tunku Aminah berangkat ke khemah DiRaja
Program DYAM Tunku Mahkota Johor Dan Yam Tunku Laksamana Johor
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Laksamana Johor berangkat ke pertandingan memanah KMJ di antara Pasukan Pegawai Daerah Johor Bahru dan Pasukan Rombongan KMJ 2014
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Laksamana Johor berangkat ke khemah DiRaja
Program Yam Tunku Temenggong Johor
  • YAM Tunku Temenggong Johor berangkat ke gelanggang bola tampar untuk menyertai permainan bola tampar
  • YAM Tunku Temenggong Johor berangkat ke khemah DiRaja
Program Yam Tunku Panglima Johor Dan Yam Tunku Putera Johor
  • YAM Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Putera Johor berangkat ke pertandingan street basketball KMJ 2014
  • YAM Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Putera Johor berangkat ke khemah DiRaja
Sembah ucapan oleh oleh Pegawai Daerah Johor Bahru – Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Johor Bahru
Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pengerusi MARA – Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Johor Bahru – Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pengerusi MARA – Majlis santapan – Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Johor Bahru
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Felda Bukit Permai Layang-Layang Kulaijaya

1215 – 1345 : DEWAN FELDA BUKIT PERMAI, LAYANG-LAYANG, KULAIJAYA

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Felda Bukit Permai, Layang-Layang, Kulaijaya.
Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Kulaijaya

Program DYMM Sultan Johor
  • DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ bercemar duli melawat ke khemah pameran dan melihat pertandingan sukan rakyat: * Pelepasan konvoi basikal * Pameran dan pembuatan gasing * Pameran anyaman dan membuat parang * Sukan rakyat (Tarik tali, Pertandingan potong kayu/batang pokok kelapa dan tiang licin) * Pameran 3K * Pameran dan demo lukisan
  • DYMM Sultan Johor menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin, kurang upaya, warga emas dan bantuan perubatan – DYMM Sultan Johor berangkat ke khemah DiRaja
Program DYMM Raja Zarith Sofiah Dan Yam Tunku Tun Aminah
  • DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah bercemar duli melihat : * Pemeriksaan kesihatan * Pertandingan dan demo masakan sihat * Menu sihat * Kenali ubat anda * Pameran hasil pertandingan mewarna * Pameran Antidadah * Pameran Bebas Denggi
  • YAM Tunku Tun Aminah dibawa menyaksikan pameran pertandingan mewarna dan refleksologi
  • DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah berangkat ke khemah DiRaja
Program DYAM Tunku Mahkota Johor Dan Yam Paduka Putera-Putera
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka Putera-Putera bercemar duli melihat : * Panjat Tiang Licin (DYAM Tunku Mahkota Johor) * Pertandingan basikal lambat (YAM Tunku Temenggong Johor) * Boling padang (YAM Tunku Laksamana Johor) * Gusti lengan (YAM Tunku Panglima Johor) * Pertandingan kereta kawalan jauh (YAM Tunku Putera Johor)
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka Putera-Putera berangkat ke khemah Diraja
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Kulaijaya

- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Kulaijaya
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Kulaijaya
- Majlis santapan – Sesi bergambar – Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kulaijaya
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Bandar Tenggara, Kota Tinggi

1430 – 1600 : TAMAN KOMUNITI, BANDAR TENGGARA KOTA TINGGI

Keberangkatan tiba DYMM  Sultan Johor  beserta rombongan KMJ ke Taman Komuniti Bandar Tenggara Kota Tinggi
Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kota Tinggi

Program DYMM Sultan Johor
  • DYMM Sultan Johor berkenan : * Menyaksikan persembahan Jom Sihat * Menyaksikan sukan rakyat * Menyaksikan Badang Challenge * Demonstrasi acara sumpit * Melepaskan pertandingan tarik tali antara pasukan rombongan KMJ dan pasukan Ketua Jabatan Daerah * Menyaksikan pameran JAKOA * Menyampaikan bantuan peralatan kesihatan * Menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM – DYMM Sultan Johor berangkat ke khemah DiRaja
Program DYMM Raja Zarith Sofiah
  • DYMM Raja Zarith Sofiah bercemar duli mendengar taklimat Gaya Hidup Sihat oleh Pejabat Kesihatan Daerah – DYMM Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan 150 bungkusan kepada penerima-penerima sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor
  • DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat ke khemah DiRaja
Program DYAM Tunku Mahkota Johor Dan Yam Paduka Putera-Putera
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka Putera-Putera : * Melepaskan peserta pertandingan memancing * Menyaksikan permainan wall climbing * Menyaksikan permainan rope course
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera berangkat ke Khemah Diraja
Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi – Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi
Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi – Majlis santapan diiringi persembahan kebudayaan
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Hutan Lipur Panti Kota Tinggi

1645 – 1715 : HUTAN LIPUR PANTI, KOTA TINGGI

Keberangkatan DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ ke Hutan Lipur Panti Kota Tinggi
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat
Bacaan doa keberangkatan balik oleh Kadi daerah Kota Tinggi – DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke daerah Mersing

1815 : KAMPUNG SRI LALANG MERSING (BERMALAM)

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di daerah Mersing
Bacaan doa keberangkatan tiba oleh Kadi daerah Mersing
  • DYMM Sultan Johor bersemayam di Kampung Sri Lalang
  • DYMM Raja Zarith Sofiah, YAM Tunku Tun Aminah dan YAM Tunku Putera akan bersemayam di Sri Mersing
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Panglima Johor akan bersemayam di Kem Iskandar
  • YAM Tunku Temenggong Johor dan YAM Tunku Laksamana Johor bersemayam di Rumah VIP Mersing
FORUM PERDANA DYMM RAJA ZARITH SOFIAH
  • Keberangkatan tiba DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
  • Selawat beramai-ramai – Forum Perdana dimulakan oleh penceramah jemputan
  • Penyampaian cenderamata kepada DYMM Raja Zarith Sofiah – Majlis santapan
  • Keberangkatan balik DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah

HARI KEDUA : Ahad 22 Jun 2014

0800 – 0915 : DATARAN PANTAI SRI MERSING (PELEPASAN) 

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Dataran Pantai Sri Mersing

Program DYMM Sultan Johor
  • DYMM Sultan Johor dibawa untuk menyempurnakan gimik pemeriksaan kesihatan
  • DYMM Sultan Johor dibawa ke lokasi Pameran Kesihatan :
Demonstrasi Menyelamat
Saringan Kesihatan Orang Awam
Demonstrasi Masakan Makanan Sihat
Senam Seni 1 Malaysia/J-Robik
Demonstrasi Angkat Berat
  • DYMM Sultan Johor dan rombongan dibawa ke khemah majlis penyampaian bantuan :
Enjin bot – 9 buah
Mesin pengisar – 1 unit
Basikal – 30 unit
Peralatan perniagaan – 1 unit
Mesin rumput – 1 unit
Motosikal roda tiga – 1 unit

  • DYMM Sultan Johor dan rombongan dibawa ke pantai Dataran Sri Mersing, Mersing untuk menyaksikan :
Gimik rondaan bot
Pertandingan tarik tali pantai
Pertandingan golf pantai
Pertunjukan jet ski

Program DYYM Raja Zarith Sofiah
  • DYMM Raja Zarith Sofiah dibawa untuk ke Taman Rekreasi Pantai Mersing untuk menyaksikan :
Pertandingan gubahan kain pasang
Demonstari masakan makanan sihat
Pertandingan mewarna Taman Laut Sultan Iskandar Mersing

Program DYAM Tunku Mahkota Johor
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dibawa untuk menyempurnakan pertandingan mencari harta karun 10000 langkah
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dibawa untuk menyaksikan pertunjukan perahu layar
Program Yam Paduka Putera-Putera Dan Puteri

YAM TUNKU TEMENGGONG JOHOR
  • YAM Tunku Temenggong Johor di bawa untuk menyaksikan pertandingan bola sepak pantai, sukaneka pantai, tarik upih, boling kelapa, lari dalam guni, sepak raga bulatan
YAM TUNKU LAKSAMANA JOHOR
  • YAM Tunku Laksamana Johor merasmikan majlis pelepasan konvoi motosikal berkuasa tinggi dan basikal lumba daerah Mersing
YAM TUNKU PANGLIMA JOHOR
  • YAM Tunku Panglima Johor menyaksikan pertunjukan modifikasi kenderaan kategori terbuka kereta dan terbuka motosikal standard
YAM TUNKU TUN AMINAH
  • YAM Tunku Tun Aminah dibawa untuk merasmikan majlis pelepasan pertandingan akhir bola jaring pantai
YAM TUNKU PUTERA JOHOR

  • YAM Tunku Putera Johor dibawa menyaksikan pertunjukkan layang-layang
DYMM Sultan Johor beserta kerabat DiRaja berangkat ke Khemah DiRaja

Persembahan ucapan oleh Pegawai Daerah Mersing
Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Mersing
Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Mersing
Majlis santapan
Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Mersing
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke daerah Kluang

1000 – 1030 : DATARAN KAHANG, KLUANG

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ ke Dataran Kahang Kluang
Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kluang - Lawatan ke gerai makanan dan minuman :
Gerai teh tarik dan cendol
Gerai murtabak dan mee goreng mamak
Gerai buah-buahan tempatan – rojak buah, jus buah-buahan

Santapan DiRaja

DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang


1100 – 1230 : HOSPITAL ENCHE’ BESAR HAJJAH KHALSOM, KLUANG

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang

Program DYMM Sultan Johor
  • DYMM Sultan Johor dibawa melawat pameran-pameran :
Pejabat Hutan (Pameran Pokok Herba)
Pejabatan Pertanian (Pameran Lebah Kelutut)
Pameran rawatan tradisional/alternatif : Akupuntur dan urutan lelaki
Kempen makanan kesihatan
Pameran Kastam Diraja Malaysia
Pameran Kumpulan Perubatan Johor
  • DYMM Sultan Johor dibawa melawat :
Bilik tekanan ujian dan bilik rawatan langsung
Penerangan mengenai penyakit kanser

Program DYMM Raja Zarith Sofiah Dan Yam Tunku Tun Aminah
  • Lawatan ke tingkat 6, wad 6B Kenanga (wad sakit puan/bersalin-28 katil)
  • Majlis Kurniaan Bungkusan sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor
Program DYAM Tunku Mahkota Johor Dan Yam Paduka Putera-Putera
  • Lawatan ke tingkat 2 :
Bilik rawatan (shockwave)
Bilik elektroterapi
Bilik Pemulihan pernafasan
Terapi lilin dan tangan
Gimnasium pediatrik dan dewasa

DYMM Sultan Johor beserta kerabat DiRaja dan rombongan KMJ 2014 berangkat ke khemah utama

Persembahan ucapan oleh Pegawai Daerah Kluang
Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Kluang
Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pengarah Hospital
Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai daerah Kluang
Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pengarah Hospital
Majlis santapan
Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kluang
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke Segamat

1345 – 1430 : CAFE MAJLIS DAERAH YONG PENG 


Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Cafe Majlis Daerah Yong Peng
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat
Keberangkatan DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ ke Taman Rekreasi Bandar Segamat

1600 – 1730 : TAMAN REKREASI BANDAR SEGAMAT


Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Taman Rekreasi Bandar Segamat
Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Segamat

Program DYMM Sultan Johor Dan Yam Tunku Putera Johor
  • DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Khemah DiRaja diiringi paluan kompang, tarian singa, serunai india serta persembahan silat lincah, wushu dan silambam di hadapan Khemah DiRaja
  • DYMM Sultan Johor dan YAM Tunku Putera Johor berangkat ke litar kereta kawalan jauh
  • YAM Tunku Putera Johor dipersembahkan sebuah kereta kawalan jauh oleh kelab Putra Segamat RC Team
  • Demonstrasi permainan oleh YAM Tunku Putera Johor dan menyaksikan pertandingan kereta kawalan jauh
  • DYMM Sultan Johor dan YAM Tunku Putera Johor berangkat ke Khemah DiRaja
Program DYMM Raja Zarith Sofiah Dan Yam Tunku Tun Aminah
  • DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah berkenan menyampaikan bungkusan kepada penerima-penerima sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor
  • DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah berangkat ke Khemah DiRaja
Program DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Temenggong Johor
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Temenggong Johor berangkat ke gelanggang permainan gasing
  • Demonstrasi pertandingan gasing oleh persatuan gasing pangkah Felda Tenang
  • Pelepasan Pertandingan Gasing Akhir oleh DYAM Tunku Mahkota Johor
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Temenggong Johor berangkat ke Khemah DiRaja
Program Yam Tunku Laksamana Johor Dan Yam Tunku Panglima Johor
  • YAM Tunku Laksamana Johor dan YAM Tunku Panglima Johor berangkat ke tapak pelepasan aktiviti 10000 langkah
  • Majlis pelepasan aktiviti 10000 langkah oleh YAM Tunku Laksamana Johor dan YAM Tunku Panglima Johor
  • YAM Paduka-Paduka Putera melawat ke khemah pameran kesihatan
  • YAM Tunku Laksamana Johor dan YAM Tunku Panglima Johor berangkat ke Khemah DiRaja
Persembahan ucapan oleh Pegawai Daerah Segamat
Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Segamat
Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Segamat
Majlis santapan
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke Felda Medoi
DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah berangkat ke Rumah VIP Segamat untuk bersemayam
DYAM Tunku Mahkota Johor, YAM Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Laksamana Johor, Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Putera Johor berangkat ke Hotel VIP untuk bersemayam

1800 – 1830 : PADANG SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN LKTP MEDOI, SEGAMAT


Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Padang Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi Segamat
  • DYMM Tuanku menaiki motosikal di sekitar kawasan Felda Medoi
Pusat Internet Desa
IKS Pembuatan Kuih Bepang Berhias
Rumah Peneroka Tertua
  • DYMM Sultan Johor berangkat balik ke padang Sekolah Rendah Kebangsaan LKTP Medoi, Segamat

HARI KETIGA : Isnin 23 Jun 2014

0800 : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP MEDOI, SEGAMAT (Majlis Pelepasan)


Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Ledang

DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dewan Orang Ramai Felda Bukit Serampang, Felda Sri Jaya


0915 - 1015 : DEWAN ORANG RAMAI FELDA BUKIT SERAMPANG, FELDA SRI JAYA


Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014
Bacaan doa keberangkatan tiba oleh Kadi Daerah Ledang

DYMM Sultan Johor bercemar duli melancarkan Kempen Johor Bebas Asap Rokok
DYMM Sultan Johor di bawa melawat ke tapak pameran kraftangan berbentuk simen fero, ukiran sarung parang, ukiran papan manis dan pameran wau
Majlis penyampaian bungkusan dan bantuan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah dan MAIJ
  • Majlis santapan bersama rakyat
  • DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat Ke Kawasan Lapang Bukit Gambir, Ledang
1100 - 1230 : KAWASAN LAPANG BUKIT GAMBIR, LEDANG 

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ
  • DYMM Sultan Johor di bawa ke tapak pameran
  • Pameran masakan makanan kesihatan dan pameran kesihatan berupa urutan refleksologi, perubatan tradisional melayu,perubatan tradisional cina dan akupuntur
  • Pameran bas ( 8 buah bas )
  • Aktiviti sukan rakyat seperti boling air, lastik, belon air, cap teh dan galah panjang
  • Lawatan mini EXPO IKS Daerah Ledang berupa pameran kraftangan
  • DYMM Sultan Johor berangkat ke Khemah DiRaja
Program DYMM Raja Zarith Sofiah
  • Majlis kurniaan bungkusan sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor disempurnakan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah
  • DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat ke khemah DiRaja
Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Ledang
Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Ledang
Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Ledang
Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Ledang
Majlis santapan
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Dataran Tanjung Emas, Muar

1315 – 1445 : DATARAN TANJUNG EMAS, MUAR 

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Dataran Tanjung Emas, Muar.

Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Muar
DYMM Sultan Johor dipersilakan ke khemah pameran
Jabatan Penjara (Demo sebatan)
Agensi Antidadah Kebangsaan
Belia Sihat (Gym, Angkat Berat dan Mr Badan Cantik)
Wall Climbing dan demo Skateboard
Pameran kesihatan
DYMM Sultan Johor dipersilakan berangkat bagi menyaksikan dan melepaskan pertandingan mengangkat kenderaan Antara pasukan daerah dan pasukan rombongan KMJ 2014
DYMM Sultan Johor diiringi vip dan seterusnya dipersilakan ke kawasan tebing sungai Muar untuk menyaksikan demonstrasi flying board
DYMM Sultan Johor dan kerabat DiRaja dipersilakan ke khemah DiRaja
Persembahan ucapan oleh Pegawai Daerah Muar
Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Muar
Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Muar
Majlis santapan
Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Muar
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke Dewan Semerah Batu Pahat

1515 – 1545 : DEWAN SEMERAH, BATU PAHAT

Keberangkatan DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Dewan Semerah Batu Pahat
Bacaan doa keberangkatan tiba oleh Kadi daerah Batu Pahat
Pegawai Daerah Batu Pahat mengiringi DYMM Sultan Johor ke dalam Dewan Semerah untuk melihat pameran kraftangan dan majlis santapan petang
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Stadium Jalan Ampuan Batu Pahat

1630 – 1830 : STADIUM BATU PAHAT, JALAN AMPUAN

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Stadium Batu Pahat

Program DYMM Sultan Johor
  • DYMM Sultan Johor dibawa ke tapak permainan rakyat (menggunakan basikal di setiap aktiviti)
  • Ke khemah permainan basikal lampu
  • Ke khemah permainan basikal polo
  • Ke khemah permainan basikal rakyat
  • Ke khemah basikal bola
  • Ke khemah permainan basikal lambat
  • DYMM Sultan Johor berangkat ke Khemah DiRaja
Program DYMM Raja Zarith Sofiah
  • DYMM Raja Zarith Sofiah akan dibawa ke majlis penyampaian bungkusan sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor
  • DYMM Raja Zarith Sofiah dibawa ke khemah mewarna dan khemah permainan sukaneka
  • DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat ke Khemah DiRaja
Program Dyam Tunku Mahkota Johor
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dibawa ke klinik JDT di Dataran Penggaram menaiki beca/basikal
  • Permainan bola sepak bersama pasukan JDT
  • DYAM Tunku Mahkota Johor berangkat ke Khemah DiRaja
Persembahan ucapan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat
Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Batu Pahat
Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai daerah Batu Pahat
Majlis santapan
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke Terminal Feri Minyak Beku, Batu Pahat untuk bermalam
DYMM Raja Zarith Sofiah, YAM Tunku Temenggon Johor, YAM Tunku Laksamana Johor, YAM Tunku Tun Aminah dan YAM Tunku Putera Johor bersemayam di Hotel Katerina Batu Pahat
DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Panglima bersemayam di Hotel Prime City Kluang

1845 : TERMINAL FERI MINYAK BEKU, BATU PAHAT (BERMALAM)

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor di Terminal Feri Minyak Beku Batu Pahat


HARI KEEMPAT : Isnin 23 Jun 2014

0800 : JETI MINYAK BEKU, BATU PAHAT (Majlis Pelepasan )

Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Batu Pahatterminal
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Kampung Nelayan Benut Pontian

0915 – 1015 : KAMPUNG NELAYAN, BENUT, PONTIAN


Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Kampung Nelayan Benut Pontian
Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Pontian
DYMM Sultan Johor menyampaikan bantuan kepada 20 orang penerima
DYMM Sultan Johor dan rombongan KMJ ke berangkat ke tempat jamuan ringan di gerai Majlis Daerah Pontian
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Stadium Mini Pontian

1045 – 1245 : STADIUM MINI PONTIAN 

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Stadium Mini Pontian DYMM Sultan Johor melawat ke tapak pameran.

Program DYMM Raja Zarith Sofiah Dan Yam Tunku Aminah
  • DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah di bawa menyertai sesi kaunseling kesihatan dan ceramah ringkas menangani stress serta menyaksikan persembahan wind orchestra muzik.
  • DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah berangkat ke Khemah DiRaja

Program DYAM Tunku Mahkota Johor Dan Yam Tungku Panglima Johor
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Panglima Johor dibawa menyaksikan klinik bolasepak kendalian Pasukan Bola Sepak JDT
  • DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Panglima Johor berangkat ke Khemah DiRaja

Program Yam Tunku Temenggong Johor, Yam Tunku Laksamana Johor Dan Yam Tunku Putera Johor
  • YAM Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Laksamana Johor dan YAM Tunku Putera Johor dibawa melawat serta mencuba sukan X-Tream Wall Climbing dan Flying Fox
  • YAM Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Laksama Johor dan YAM Tunku Putera Johor berangkat ke Khemah DiRaja

DYMM Sultan Johor dan Kerabat DiRaja menyaksikan pertandingan akhir “Strongest Man” dan perlawanan pertunjukan di antara Team KMJ dan Team Pilihan Kakitangan Pejabat Daerah Pontian

DYMM Sultan Johor dan Kerabat DiRaja dibawa menandatangani “Billboard Saya Benci Merokok” DYMM Sultan Johor berangkat ke Khemah DiRaja

DYMM Sultan Johor menyampaikan penyerahan bantuan kepada warga miskin dan warga kurang upaya
Persembahan ucapan oleh Pegawai Daerah Pontian
Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Pontian
Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai daerah Pontian
Majlis santapan
DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 berangkat ke Kampung Ulu Pulai, Pontian

1325 – 1400 : KAMPUNG ULU PULAI, PONTIAN 

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Balai Raya Kampung Ulu Pulai Pontian

DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat
Bacaan doa keberangkatan oleh kadi daerah Pontian
Keberangkatan DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ ke Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Nusajaya

1430 – 1530 : DATARAN MAHKOTA, KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ 2014 di Khemah Majlis Penutup Rasmi
Lagu Bangsa Johor
Bacaan doa oleh YB Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Johor
Sembah ucapan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor
Penyampaian cenderahati kepada ketua-ketua jabatan oleh DYMM Sultan Johor
Majlis santapan diiringi persembahan
Bacaan doa penutup oleh YB Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Johor
Lagu Bangsa Johor
Sesi bergambar

Keberangkatan balik DYMM Sultan Johor

TAMAT

Sumber :- Kosmo/royalconnections.utm.my

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Buat Pertama Kalinya Pengerusikan Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159

$
0
0

21 Jun 2014, Sabtu :- 

Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan menghadiri Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada hari Jumaat bersamaan 21 Jun 2014.  Ini adalah buat pertama kalinya baginda mempengerusikan Mesyuarat Dewan Negara Perak selepas menaiki tahta pada 29 May 2014. Dalam titahnya, baginda berharap agar kesemua anggota Dewan Negara Perak memberi nasihat dan panduan yang terbaik  kepada baginda  dan menyampaikan perkara yang benar sahaja walaupun pahit untuk dinyatakan. Tambah baginda lagi sumpah jawatan yang dizahirkan oleh baginda sewaktu dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35 merupakan ikrar perjanjian baginda dengan Allah yang merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat yang wajib dilaksanakan oleh baginda. Titah baginda lagi, legasi pemerintahan yang ditinggalkan oleh Almarhun Paduka Ayahanda baginda wajib dijadaikan sebagai rujukan.

Diantara titah baginda :-

  • Jauhkan beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah, sedangkan realiti yang berlaku dalam kalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan dengan apa yang diceritakan.
  • Semoga anggota Dewan Negara akan membantu beta dengan segala keikhlasan dan kejujuran agar beta dapat menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan adil lagi saksama.
  • Sebenarnya, penasihat istana ini adalah terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan Negara.  Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat. Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pegawai istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata.  Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.
  • Almarhum telah melakarkan imej Raja Pemerintah yang disegani dan menyuntik kedaulatan takhta yang dihormati.
  • Pemerintah yang bijak dan arif, adil dan saksama, akan dilimpahkan rahmat Ilahi, negerinya makmur dengan pelbagai rezeki, dan Raja berupaya memberi payung naungan membolehkan rakyat hidup dalam rukun, damai, harmoni lagi sejahtera.


DIRGAHAYU TUANKU

Sumber :- Perak Today

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quraan Peringkat Antarabangsa ke-56

$
0
0

22 Jun 2014, Ahad :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan berangkat ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quraan Peringkat Antarabangsa ke-56. Turut serta dalam majlis yang diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra ini adalah Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam, Datuk Othman Mustapha.

Tahniah dicapkan kepada peserta Malaysia yang telah menjadi juara bagi semua kategori yang dipertandingkan seperti berikut :-

Kategori Qari
Juara : Ahmad Tirmizi Ali (Malaysia)
Naib Juara  : Mehmet Bilir (Turki)
Tempat Ketiga : Ihsan Nuzula Zamri (Indonesia)

Kategori Hafiz 
Juara : Mohd Ersyad (Malaysia)
Naib Juara : Abdullah Mohammed Al Khayri (Arab Saudi)
Tempat Ketiga : Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah (Qatar)

Kategori Qariah : 
Juara : Hanimzah Jalaluddin (Malaysia)
Naib Juara : Rahima Pandoniongan Amerol (Filipina)
Tempat Ketiga : Siti Huzzaimah Yadey Rosli (Brunei)

Kategori Hafizah :
Juara : Noorhafizah Mohd Shafie (Malaysia)
Naib Juara : Soumaya Cheikh Ali (Tunisia)
Tempat Ketiga : Ndombor Sene (Senegal)

Sila click link  Perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quraan Peringkat Antarabangsa ke-56.

Sumber : Berita Harian/Mingguan Malaysia

Tunku Miriam Mangkat

$
0
0

05 Julai 2014, Sabtu :- 

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Yang Amat Mulia Tunku Miriam binti Almarhum Sultan Ibrahim telah mangkat di Florida, Amerika Syarikat pada 04 Julai 2014 dalam usia 64 tahun. Allahyarhamah Tunku Miriam diputerikan di London pada 18 September 1950 dan merupakan puteri kepada Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor ke-2 era moden. Bonda Allahyarhamah Tunku Miriam adalah Sultanah Marcella. 

Al-Fatihah .............. Semuga Rohnya Allahyarhamah Yang Amat Mulia Tunku Miriam binti Almarhum Sultan Ibrahim ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.


Sumber :- RoyalArk / TPP Twitter

Tunku Tan Sri Dato' Osman Mangkat

$
0
0

07 Julai 2014, Isnin :- 


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Sembah Takziah kepada Keluarga Diraja Johor diatas kemangkatan Yang Berhormat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Osman ibni Tunku Temenggong Tunku Ahmad. Allahyarham  Yang Berhormat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Osman diputerakan di Johor Baharu, Johor pada 24 Julai 1932 dan mangkat malam tadi, 06 Julai 2014 dalam usia 81 tahun. Allahyarham berkahwin dengan Allahyarhamah Yang Amat Mulia Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail pada 27 November 1958.  Allahyarhamah Yang Amat Mulia Tunku Tun Maimunah mangkat dalam usia 72 tahun pada 13 Januari 2012.


Al-Fatihah ............. Semuga Rohnya Allahyarham Yang Berhormat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Osman ibni Tunku Temenggong Tunku Ahmad ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amien.

Sumber :- Kesultanan Johor/Royalark

Yang Amat Mulia Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar Mangkat

$
0
0

09 Julai 2014, Rabu :-

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.  Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar telah mangkat awal pagi tadi lebih kurang jam 06:35hrs di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dalam usia 92 tahun. Allahyarhamah  YAM Tengku Hajah Azam diputerikan pada tahun 1922 di Pekan, Pahang dan merupakan cucunda kepada Sultan Pahang 1. 

Allahyarhamah  YAM Tengku Hajah Azam merupakan sepupu dan juga salah seorang isteri kepada Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah iaitu ayahanda kepada Sultan Pahang sekarang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam adalah Bonda Tiri kepada Tuanku Ahmad Shah dan juga Nenda Saudara kepada Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Nenda Tuanku Mizan, Allahyarhamah Tengku Tengah Zaharah adalah kekanda kepada Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam .

Jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Pekan Lama, Pekan, Pahang selepas Solat Asar hari ini.

Sembah Takziah kepada keluarga Diraja Pahang diatas kemangkatan Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar.  Al-Fatihah ................


Semuga Rohnya Allahyarhamah YAM Tengku Hajah Azam binti Tengku Omar ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan bermal solleh.  Amien.

Sumber :- KuNain

Hari Keputeraan Yang Ke-68 Sultan Brunei

$
0
0

15 Julai 2014, Selasa :- 

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena

Hari Keputeraan Yang Ke-68 

"Semuga Allah Merahmati Tuanku"

"Dirgahayu Tuan Patik"



Sembah Takzim Daripada

Prince Maharum Bugis Syah

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Raikan Dif-Dif Kehormat dan Duta-Duta Asing Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri

$
0
0

30 Julai 2014, Khamis :-

Pada 28 Julai lepas bersamaan 1 Syawal 1435H, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama dif-dif kehormat serta duta-duta asing.  Majlis diadakan di Istana Negara.

Sumber :- Bernama

Tuanku Muhriz Berangkat Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1435H

$
0
0
02 Ogos 2014, Sabtu :-


Hari ini Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan  Duli Yang  Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenaan mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1435H Keluarga dan Warga DUN Rantau. Majlis diadakan di Kampung Tanjung, Rantau, Negeri Sembilan. Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan isteri,  Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1435H ini bermula jam 10:00hrs dan berakhir jam 17:00hrs diadakan di Kampung Tanjung, Rantau.  YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau.

Sumber :- YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Fan Page

Tuanku Hassanal Bolkiah Ziarah Ke Makam Diraja

$
0
0



04 Ogos 2014, Isnin :-

Petang tadi lebih kurang jam 14:45hrs, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Kubah Makam Diraja untuk menghadiri Majlis Tahlil sempena Hari Raya Aidilfitri. Turut serta dalam majlis ini adalah Kerabat-Kerabat Diraja, Menter-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta jemputan khas. Kelihatan Tuanku Hassanal Bolkiah menyiram aing asah asahan dimakam Almahumah bonda baginda selepas Majlis Tahlil disempurnakan.


Sumber :-RM

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke-69 YAM Tengku Iskandar Ibni Al Marhum Tengku Ahmad (Tengku Panglima Raja)

$
0
0

07 Ogos 2014, Rabu :- 

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yang ke-69 tahun kepada Yang Amat Mulia Tengku Iskandar Ibni Al Marhum Tengku Ahmad (Tengku Panglima Raja).  Semuga YAM dipanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki dan Diberikan Kesihatan yang baik.  Amien. YAM Tengku Iskandar merupakan kerabat diraja Kelantan.


Istana Negara Buat Laporan Polis Berhubung Tindakan Hina Yang di-Pertuan Agong

$
0
0

07 Ogos 2014, Khamis :- 

Hari ini Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Istana Negara amat dukacita dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyentuh institusi dan peribadi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melalui laman sosial.  Baru-baru ini gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah di cut and paste sebagai mangsa kemalangan ngeri jalanraya dengan pelbagai kata-kata kurang manis serta dimuat naik dilaman facebook.

Sehubungan dengan itu pihak Istana telah membuat laporan Polis pagi tadi berhubung perkara ini dan meminta kerjasama  Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.  

Sumber :- Bernama / MBS

Sultan Brunei Menerima Mengadap Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand,

$
0
0
08 Ogos 2014, Jumaat :-



Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand,  Jeneral Tanasak Patimapragorn di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.  Dalam majlis ini juga baginda telah berkenan mengurniakan ‘Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T)’ yang membawa gelaran ‘Dato Paduka Seri’ kepada  Jeneral Tanasak Patimapragor.

Turut serta mengadap KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah adalah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Apichart Phetcharatana ; Timbalan Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Air Chief Marshal Adisak Klansnoh ; Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat ; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah ; Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Penguatkuasaan) Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, dan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Azmansham bin Pengiran Haji Mohamad.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga merupakan Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).


Manakala dalam majlis yang berasingan di Istana Nurul Iman,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan menerima mengadap isteri Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Penlaksana Patimapragorn; isteri Timbalan Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Adom Klansnoh; dan Minister / Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Besar Thailand di Negara Brunei Darussalam, Siriporn Thaitrong. 

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/Pelita Brunei

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Maklumkan Sultan Selangor Perkenan Beliau Terus Kekal Sebagai Menteri Besar

$
0
0
11 Ogos 2014, Isnin :-

Hari ini Lapan belas anggota Majlis Mesyuarat Dewan Diraja Selangor telah  bersidang dan dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj untuk membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Persidangan berlangsung di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang  lebih kurang jam 10:00hrs. Majlis mesyuarat ini berfungsi sebagai majlis penasihat kepada Sultan Selangor bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor berikutan perlucutan keanggotaannya dalam PKR yang berkuat kuasa serta-merta pada 09 Ogos 2014 lepas kerana mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar yang baharu. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor semenjak 13 Mac 2008.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa  beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor sehingga ada perkembangan terbaharu. Tambah beliau lagi, beliau masih boleh meneruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan empat anggota Exco daripada PAS sedia ada yang telah menyatakan persetujuan untuk menyokong dan bersetuju berada dibawah pimpinan beliau. Mengikut  Artikel 53 (2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959 memperuntukkan bahawa mesti ada sekurang-kurangnya empat ataupun sehingga 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk menjalankan pentabiran.

Tan Sri Abdul Khalid juga memaklumkan bahawa pihaknya  akan bertemu dengan kesemua anggota exco esok untuk menanyakan pendirian mereka sama ada hendak menyertai pentabiran kerajaan negeri sedia ada ataupun sebaliknya. Beliau tidak akan membuat apa-apa tindakan undang-undang berhubung pemecatan beliau daripada PKR, namun beliau akan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendapatkan penjelasan sama ada pemecatannya dibuat mengikut tatacara yang betul. Beliau juga akan mempertimbangkan tawaran PAS untuk menganggotai parti itu memandangkan beliau kini Adun bebas. Perkara utama yang harus dilakukannya adalah untuk membersihkan diri beliau daripada tomahan yang dilemparkan oleh PKR sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Beliau menyifatkan Khabar angin yang menyatakan bahawa kemungkinan beliau akan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama 12 Adun Barisan Nasional (BN) setelah menganggotai PAS sebagai bersifat 'hypothetical' (andaian).  Berikutan pemecatan beliau daripada PKR Selangor, kedudukan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor adalah seperti berikut :-

15 Adun PAS
15 Adun DAP
13 Adun PKR
12 Adun BN 

seorang wakil bebas.

Sumber :- Bernama

Sultan Brunei Berangkat Ke Kejohanan Bola Sepak Trofi Hassanal Bolkiah Ke-5

$
0
0
12 Ogos 2014, Selasa :-

Malam tadi (11 Ogos 2014) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Kejohanan Bola Sepak Trofi Hassanal Bolkiah (HBT) Ke-5 yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan menyaksikan perlawanan diantara pasukan Negara Brunei Darussalam dan Indonesia, Keberangkatan baginda telah membakar semangat pasukan Brunei Darussalam dimana Negara Brunei Darussalam telah berjaya menundukan pasukan Indonesia dengan kemenangan 3-1. Turut berangkat mengiringi baginda adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.

Turut serta adalah  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah serta kerabat diraja yang lain.

Kejohanan Bola Sepak Trofi Hassanal Bolkiah (HBT) Ke-5 bermula pada 09 Ogos 2014 dan akan berakhir pada 23 Ogos 2014 di Negara Brunei Darussalam. Acara separuh akhir dan akhir dijadual pada 20 dan 23 Ogos 2014. Kejohanan remaja Asean ini disertai oleh lima buah Negara iaitu Malaysia, Vietnam, Kemboja, Singapura dan Negara Brunei Darussalam. Skuad Bawah 21 Tahun Negara, Skuad Harimau B Malaysia mewakili Negara kita ke kejohanan ini.

Sumber :- Pelita Brunei/FAM.org.my

Bicara Kes Hina Sultan Terengganu Pada 02 September 2014

$
0
0
12 Ogos 2014, Selasa :-

Mahkamah Seksyen Kemaman hari ini telah menetapkan tarikh 02 September 2014 untuk perbicaraan kes meghina Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah oleh Mohd Zamrudhisyam Mohamad melalui laman sosial Facebook. Mohd Zamrudhisyam Mohamad, 32 tahun merupakan seorang pengangur dari Kampung Mak Cili, Chukai didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Terengganu menerusi Facebook di Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, Jalan Taha 1, Cukai pada 20 Mei 2013  lebih kurang jam 2.30 petang. Mohd Zamrudhisyam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.

Sumber :- Bernama

Surat Jawapan DYMM Sultan Selangor Berhubung Penamatan Khidmat 5 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)

Blogger Radin Akhimullah Mangkat

$
0
0
14 Ogos 2014, Khamis :-




Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Berita kemangkatan sahabat Blogger Syah pagi tadi amat memeranjatkan Syah. Almarhum anak kelahiran Johor diputerakan pada 18 Februari 1987 dan sekarang bertugas di Bintulu, Sarawak. Jenazah Almarhum sedang dalam perjalanan ke Semenanjung dan akan dimakamkan di Batu Pahat, Johor. Pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan besar dalam dunia memertabatkan Institusi Beraja di Malaysia. 

Sebab-sebab kemangkatan Syah tak dapat sahkan tetapi ada terbaca difacebook menyatakan puncanya ialah hanya dari 4 batang gigi geraham  yang dicabut serentak pada tarikh dan hari yang sama. Sehingga menyebabkan kemangkatan kerana darah tidak berhenti keluar dan dijangkiti kuman beracun dan menjalar ke organ tubuh yang lain. Wallahu’alam bissawab.

Al-Fatihah 

Semuga Rohnya Almarhum Radin Akhimullah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.


Gambar Terakhir Almarhum di Facebook :-
Sedih rasa hati Syah kerana tak sempat berjumpa dengan Almarhum. Takziah kepada keluarga Almarhum dan berharap kalian bersabar dengan dugaan ini kerana Allah lebih sayangkan Almarhum.



Viewing all 965 articles
Browse latest View live