Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all 965 articles
Browse latest View live

Tuanku Sharafuddin Minta Kerajaan Pusat Beri Peruntukan Cukup Selenggara Peralatan Tentera

$
0
0
30 November 2014, Ahad :-

Malam tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenaan berangkat ke majlis Santapan Diraja Kapten Yang Dipertua TLDM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang. Tuanku Sultan Selangor juga merupakan Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dalam titahnya, Baginda mahu kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang secukupnya bagi penyeliaan dan penyelenggaraan peralatan ketenteraan. Titah Baginda,  bagi menghadapi musuh-musuh yang mengancam negara, peralatan dan persenjataan sedia ada mestilah diselia dengan baik dan sempurna supaya dapat digunakan pada bila-bila masa. Tuanku juga meminta semua peringkat pasukan keselamatan negara supaya berkhidmat dengan penuh jujur dan ikhlas serta mengutamakan kualiti kerja yang cemerlang.

Baginda juga memuji kerajaan Malaysia diatas penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSCom  dan berharap agar kawasan litupannya diperluaskan dari semasa ke semasa. Rakyat adalah disarankan agar memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan bagi memastikan matlamat untuk mengekalkan keamanan di negara ini tercapai sepenuhnya.

Diantara titah baginda :-
  • "Adalah amat mengecewakan jika memiliki aset yang maju dan canggih tetapi tidak boleh digunakan dan disimpan di dalam stor atau gudang kerana tidak mempunyai alat ganti disebabkan kekurangan kewangan." 
  • "Gejala rasuah, salah guna kuasa dan mengutamakan kepentingan peribadi hendaklah dielakkan."

Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Seri Roslan Saad, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan lebih kurang 800 pegawai TLDM, TUDM dan PDRM.

Sumber :- Bernama / Syukury

Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak ke-35 Dijadualkan Pada 06 Mei 2015

$
0
0

06 Disember 2014, Sabtu :-


Setiausaha Dewan Negara Perak Dato' Ayop Hashim dalam kenyataannya kepada Bernama semalam memaklumkan bahawa Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 dijadualkan berlangsung pada 06 Mei 2015 mengikut adat istiadat Diraja Negeri Perak Darul Ridzuan. Istiadat ini akan berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak. Tambah beliau lagi keputusan ini telah dibuat dengan nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang pada 22 November 2014 serta atas perkenan Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.


Istiadat Pertabalan setiap Sultan Perak mempunyai kesinambungan dengan tradisi pertabalan Sultan Perak  pertama Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah yang diwarisi daripada adat resam pertabalan Sultan-Sultan Melaka pada kurun ke-15.  Istiadat Pertabalan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Istiadat Tabal Adat dan Istiadat Tabal Pusaka.

Istiadat Tabal Adat akan berlangsung di Istana lskandariah pada pagi 06 Mei 2015 diikuti Istiadat Tabal Pusaka pada malam 07 Mei 2015.  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim mengikut istiadat akan berangkat menziarahi makam-makam Sultan Perak terdahulu dan Orang Besar Perak yang terletak ditebing Sungai Perak dengan menaiki kenderaan laut yang dikenali sebagai Balai Gambang bernama Chempaka Sari.
.
Istiadat pertabalan akan diakhiri dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke Beting Beras Basah untuk membasahkan kaki baginda di Beting berkenaan yang merupakan tempat Sultan Perak pertama, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549) menjejakkan kaki baginda buat pertama kalinya di bumi Perak apabila bahtera baginda terkandas dibeting berkenaan semasa memasuki muara Sungai Perak.

Istiadat pertabalan ini akan dihadiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Raja Pemerintah, Raja Muda dan Tengku Mahkota, Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, perwakilan asing serta tetamu dari dalam dan luar negara.

Pelbagai acara berbentuk keagamaan dan acara yang akan melibatkan baginda Sultan dan pelbagai lapisan rakyat akan dijadualkan sepanjang tempoh sambutan Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35.

Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 pada 29 May 2014 di Balairong Seri Istana Iskandariah berikutan kemangkatam Almarhum Paduka Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah pada 28 May 2014 bersamaan 28 Rejab 1435H di Institut Jantung Negara dalam usia 86 tahun. Perlantikan dan Pengisytiharan baginda sebagai Sultan Perak yang baru adalah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Fasal VI (I) dan (2). 

Dirgahayu Tuanku Patik.

Sumber :- Bernama / Biography Bergambar Sultan Azlan Shah / MBS

Tuanku Nazrin Dianugerahkan Darjah Kebesaran D.M.N

$
0
0

08 Disember 2014, Isnin :-

Menjunjung kasih ucap sembah tahniah kepada Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mewakili KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempersembahkan Darjah Kebesaran berkenaan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak dalam satu majlis ringkas pada Sabtu lepas 06 Disember 2014 di Istana Hinggap Perak, Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis ini adalah Raja Permaisuri Perak Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.




Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) merupakan darjah yang kedua antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia dan tidak mempunyai darjah kecil.

Bilangan ahli D.M.N. terhad kepada 30 orang. D.M.N ini dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya. 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Asing, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

Darjah Utama Seri Mahkota Negara ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Kalung Darjah mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang. Bintang dan Bulan Sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan. Lencana Darjah ini diperbuat daripada bintang pecah lima. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan hujungnya berikat reben.


Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.

Sumber :- Bernama / Wikipedia / Majlis Raja-Raja

Tunku Abdul Jalil Selamat Menjalani Pembedahan.

$
0
0
Tunku Jalil ketika berangkat ke China pada awal Disember lepas.

13 Disember 2014, Sabtu :-


Shukur Alhamdulillah Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim telah selamat menjalani pembedahan di Guangzhou, Cina semalam dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil. YAM Tunku Jalil kini sedang berehat dan akan berangkat pulang ke Johor dalam waktu terdekat.  Beliau akan mendapatkan rawatan susulan di Malaysia.

Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar  mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor tidak kira bangsa dan kepercayaan agama yang sentiasa mendoakan kesihatan anakanda Baginda itu. Baginda akan berangkat pulang ke Johor dalam sedikit masa lagi.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim cepat sembuh dan  diberikan tahap kesihatan yang baik serta dipermudahkan segalanya untuk Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil. Amien.


Sumber :- Bernama/Radio Bernama

Raja Muda Perlis Ziarah Mangsa Banjir

$
0
0

25 Disember 2014, Khamis :-

Semalam Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat menziarahi mangsa banjir di daerah Padang Besar, Perlis. Baginda dan rombongan menziarahi tiga pusat pemindahan dalam kawasa Padang Besar yang terletak di Dewan Maktab Rendah Sain Mara, Dewan Seri Malau dan Dewan Beseri Dalam.  

Dalam lawatan ini, Baginda juga telah berkenan berangkat ke Empangan Timah Tasoh dan mendengar taklimat mengenai paras air di empangan berkenaan daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Ir Abdul Najib Abdullah. Setakat pagi ini seramai 260 mangsa daripada 81 keluarga di Perlis  telah dipindahkan ke 5 buah pusat pemindahan banjir sekitar negeri Perlis.


Sumber :- Bernama

Sultan Perak Titah Adakan Solat Hajat Esok

$
0
0

25.12.2014, Khamis :-

Ekoran daripada bencana banjir luarbiasa yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah menitahkan :-
  • Diadakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat esok untuk memohon agar Allah melindungi rakyat daripada musibah akibat banjir yang melanda. 
  • Sebarang acara konsert atau yang berunsur hiburan jika ada dirancang menjelang sambutan tahun baharu hendaklah dibatalkan termasuk acara yang melibatkan atau dianjurkan kerajaan negeri atau mana-mana agensi kerajaan negeri. 
  • Yayasan Sultan Azlan Shah akan mengurniakan dua pasang pakaian dan kasut sekolah kepada setiap pelajar yang menjadi mangsa banjir.

Kenyataan Baginda ini telah dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak pada hari ini.


Hari ini juga baginda dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan telah berkenan berangkat menghadiri taklimat mengenai situasi banjir di negeri Perak serta menziarahi pusat pemindahan banjir. Setakat pagi tadi seramai 4,335 orang daripada 1,079 keluarga telah dipindahkan ke 43 pusat pemindahan banjir di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah. Daerah Kuala Kangsar yang meliputi kawasan Sungai Siput mencatat bilangan tertinggi mangsa banjir setakat ini iaitu 2,767 orang daripada 659 keluarga dan 23 pusat pemindahan masih dibuka.

Sumber :- Bernama

Tuanku Zara Lawat Mangsa Banjir Di Kampung Gajah

$
0
0
28 Disember 2014, Ahad :-

Semalam Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim telah berkenan menziarahi mangsa-mangsa banjir di sekitar Kampung Gajah. Kelihatan Tuanku Zara sedang beramah mesra dan bertanya khabar kepada mangsa-mangsa banjir di Dewan Millenium Kampung Gajah. Paras air di Sungai Perak dilaporkan naik mendadak sehingga 7.8 meter iaitu melebihi paras bahaya.


























Sumber :- Bernama / Fairol

Istiadat Pemahkotaan Sultan Johor ke-5 Pada 23 Mac 2015

$
0
0


05 Jan 2015, Isnin :-

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli  dalam kenyataannya pada hari ini memaklumkan bahawa Istiadat Pemahkotaan Sultan Johor ke-5, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar akan berlangsung pada 23 Mac 2015. Tuanku Sultan Johor juga turut berkenan mengurniakan gelaran Permaisuri Johor kepada suri baginda, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. 

Geleran Permaisuri Johor merupakan gelaran yang pertama kali digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor untuk suri kepada raja pemerintah Johor yang sebelum ini menggunakan gelaran Sultanah, Tunku Ampuan, Enche' Besar, Enche' Puan, Enche', Tunku Puan dan Ungku Puan.

Menurut Dato' Abdul Rahim Ramli, sekurang-kurangnya sembilan istiadat permahkotaan akan diadakan bermula 16 Mac 2015 dan sambutan perayaan dijangka berlanjutan selama tiga bulan.

Sumber : Bernama/Utusan Online/Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor .

Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-4 Meninggal Dunia

$
0
0

10 Januari 2015, Sabtu :-

Dukacita dimaklumkan bahawa Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Ya'kub telah meninggal dunia malam tadi 09 Januari 2015 lebih kurang jam 21:30hrs di Pusat Perubatan Normah dalam usia 87 tahun. Para pembesar, pemimpin dan juga rakyat jelata boleh menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Negeri mulai jam 10:30hrs hingga 12:00hrs bagi orang awam dan 11:30hrs hingga 12:30hrs bagi orang-orang kenamaan. Kerajaan Negeri Sarawak mengarahkan bendera negeri dikibarkan setengah tiang.





Orang ramai yang berhasrat menziarahi jenazah Allahyarham dinasihatkan supaya mengenakan pakaian yang sesuai manakala orang Islam dinasihatkan supaya memakai baju kebangsaan hitam, manakala wanita bukan Islam mengenakan baju kurung atau kebaya labuh.

Istiadat Pengkebumian akan disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Semariang selepas Solat Zohor hari ini. Jenazah Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub akan disemadikan bersebelahan makam isteri pertama Allahyarham Tun, Toh Puan Normah meninggal dunia pada 1983.

Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub berketurunan melanau dilahirkan pada 03 Januari 1928 di Kampung Jepak, Bintulu, Sarawak. Dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 1970 hingga 1981 dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 1981 hingga 1984.  

Allahyarham Tun yang terkenal sebagai seorang yang suka berpidato pernah menjadi Menteri Pelajaran Persekutuan pada 1969. Allahyarham Tun juga merupakan bapa saudara kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak sekarang, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub meninggalkan seorang balu, Toh Puan Siti Maemunah dan lapan anak perempuan termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Manis, Datuk Norah Abdul Rahman dan Khadijah yang merupakan menantu Allahyarham Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein. 

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub, semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

...................... Al-Fatihah ...................


Semuga Rohnya Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Sumber :- Bernama/Radio Bernama/Borneo Post Online

Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub Selamat Disemadikan Di Tanah Perkuburan Islam Semariang

$
0
0

Al-Fatihah
Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub 
Semuga Rohnya Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.



10 Januari 2015, Sabtu :-

Shukur Alhamdulillah, jenazah Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya selepas Solat Zohor tadi dengan dihadiri lebih 300 orang terdiri daripada kaum keluarga Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub, dif-dif kehormat serta warga Sarawak. Diantara yang hadir ialah Ketua Menteri Sarawak ; Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Sarawak ; Tan Sri Alfred Jabu serta beberapa menteri kanan Sarawak dan juga menteri persekutuan. Bacaan Talkin disempurnakan oleh imam besar Masjid Jamek, Datuk Joji Suhaili.

Al-Fatihah




Datuk Norah Tun Abdul Rahman, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Manis dan juga merupakan anak perempuan Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub menyiram air mawar ke pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Semariang. 




Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub dibawa masuk kedalam Masjid Jamek, Kuching, Sarawak untuk Solat Jenazah.



Solat Jenazah di Masjid  Masjid Jamek, Kuching, Sarawak.



Kelihatan Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-3 dan ke-6, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (93 tahun) mengaminkan doa di hadapan keranda jenazah bekas Yang di-pertua Negeri, Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub di Masjid Jamek, Kuching, Sarawak. 



Kaum keluarga menatap buat kali terakhir wajah Allahyarham bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub.






Bendera Negeri Sarawak dan Jalur Gemilang dikibar separuh tiang bagi menghormati kematian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub. Kelihatan dua anggota Polis Bantuan sedang menaikkan bendera separuh tiang di hadapan Wisma Bapa Malaysia.

Sumber :- Bernama/Borneo Post online

Perkahwinan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YM Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah

$
0
0



11 Januari 2015, Ahad :-

Tahniah diucapkan kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Yang Mulia Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah. Semuga Allah pelihara dan lindungi bakal pengantin diraja.

Pagi semalam telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Istiadat Perkahwinan Diraja yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat I, Jabatan Adat Istiadat Negara di Bandar Seri Bagawan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Istiadat Perkahwinan Diraja. Mesyuarat dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat dan Timbalan-Timbalan Menteri.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik diputerakan pada 30 Jun 1983 merupakan Putera ketiga  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bonda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik  adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

In Shaa Allah Istiadat Perkahwinan Diraja dijadualkan seperti berikut :-

  1. 15 Jamadilakhir 1436 bersamaan 05 April 2015 (Hari Ahad) :- Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada jam 14:00hrs.
  2. 16 Jamadilakhir 1436 bersamaan 06 April 2015 (Hari Isnin) :- Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada jam 08:30hrs
    1. Majlis Istiadat Menjunjung Kurnia Gendang Jaga-Jaga (jika ada) pada jam 11:00hrs.
  3. 17 Jamadilakhir 1436 bersamaan 07 April 2015 (Hari Selasa) : Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja serta Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada jam 14:00hrs. 
  4. 19 Jamadilakhir 1436 bersamaan 08 April 2015 (Hari Rabu malam Khamis) : Majlis Istiadat Berbedak Diraja (Pengantin Lelaki) dan Majlis Istiadat Berbedak Diraja (Pengantin Perempuan) pada jam 19:30hrs.
  5. 19 Jamadilakhir 1436 bersamaan 09 April 2015 (Hari Khamis) : Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada jam 13:00hrs.
  6. 22 Jamadilakhir 1436 bersamaan 11 April 2015 (Hari Sabtu malam Ahad) : Majlis Istiadat Berinai Pengantin Diraja pada jam 19:30hrs.
  7. 22 Jamadilakhir 1436 bersamaan 12 April 2015 (Hari Ahad) : Majlis Istiadat Bersanding Diraja pada jam 10:00hrs.

Tuanku Nazrin Dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) Selangor

$
0
0

12 Jan 2015, Isnin :-

Merafak Sembah Ucap Tahniah kepada Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang telah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) Selangor daripada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena Hari Keputeraan baginda Sultan Selangor ke-69. Istiadat Pengurniaan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) ini berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada pagi ini.  Turut serta mengiringi Tuanku Sultan Nazrin adalah Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim.

Sumber :- Bernama

Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Yang Ke-87

$
0
0

Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah  berkenan menyampaikan Anugerah Jaksa Pendamai (J.P.) kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 

19 Januari 2015, Isnin :-

Semalam telah diadakan istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah-darjah serta bintang-bintang kebesaran sempena hari keputeraan Sultan Kedah yang ke-87 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.  Istiadat disempurnakan oleh Pengerusi Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah. 

Titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga merupakan Sultan Kedah telah disampaikan oleh YTM Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin didalam istiadat berkenaan. Diantara titah baginda, baginda meminta rakyat memastikan sebarang projek pembangunan yang dirancang serta kegiatan sosio-ekonomi tidak menjejaskan alam sekitar, susulan bencana bencana banjir yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur. Baginda juga berharap kerja-kerja tebatan banjir yang telah dirancang kerajaan negeri Kedah dan mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan kadar segera.

Baginda turut memberi nasihat meminta ibu bapa menghindari anak-anak mereka daripada terjebak dengan fahaman-fahaman yang menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar. Baginda meminta pondok-pondok agama di Kedah memainkan peranan mereka bagi memastikan rakyat negeri Kedah tidak terpengaruh dengan fahaman ekstremisme. Baginda juga bertitah agar Kerajaan Persekutuan segera meluluskan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim di Sungai Petani. Baginda yakin pembinaan projek tersebut dapat mencetuskan pertumbuhan ekonomi bagi negeri-negeri di utara Semenanjung. Baginda merasa berbangga kerana politik di dalam negeri Kedah berada dalam kedudukan terkawal.


Sumber :- Bernama

Pengiran Muda ‘Abdul Malik Berangkat Ke Majlis Peletakan Batu Asas Sekolah Arab Rimba

$
0
0

20 Januari 2015, Selasa :-

Pada 15 Januari 2015 yang lepas, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat ke Majlis Peletakan Batu Asas Sekolah Arab Rimba di Kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rimba. Keberngkatan tiba bakal pengantin diraja ini disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Pembinaan sekolah Arab ini melambangkan mercu tanda kegemilangan perkembangan sekolah Arab di Brunei Darussalam dimana sekolah ini akan melahirkan bakal ulama dan cendekiawan Islam yang berilmu bagi mencapai Wawasan Negara Brunei Darussalam 2035 serta mengukuhkan lagi gagasan negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dan negara Melayu Islam Beraja (MIB).

Sekolah Arab ini merupakan antara projek besar Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-10 kendalian Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU). Kos Pembinaan sekolah Arab ini dianggarkan berjumlah BND48,145,113.08 dan dijangka siap pada Jun 2016.

Sekolah yang dikhususkan bagi para pelajar lelaki ini dapat menampung seramai 2,000 pelajar serta dilengkapi dengan kemudahan bilik-bilik darjah dan guru, makmal sains, makmal komputer, makmal bahasa, mini studio, dewan utama, kafeteria, kemudahan bersukan, perpustakaan, asrama dan lain-lain kemudahan lagi.



Sumber :- Pelita Brunei

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Berangkat Ke Majlis Jamuan Negeri Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah

$
0
0


20 Jan 2015, Selasa :- 

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Negeri sempena perayaan ulang tahun hari keputeraan Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Turut berangkat adalah Pengerusi Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Temenggong, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.  Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir dan isteri Toh Puan Norzieta Zakaria.

Sumber :- Bernama

Raja Isteri Menerima Mengadap Isteri Pesuruhjaya Tinggi India

$
0
0

21 Januari 2015, Rabu :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan menerima mengadap isteri Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yamini Amrohi. Majlis Mengadap diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.

Sumber : Pelita Brunei

Raja Abdullah Ibni Abdul Aziz Al-Saud Mangkat

$
0
0

Al-Marhum Raja Abdullah ibni Abdul Aziz Al-Saud 
Photo tahun 2006

23 Januari 2015, Jumaat :-

Stesen televisyen kebangsaan Arab Saudi hari ini melaporkan bahawa Raja Arab Saudi dan juga merupakan Penjaga Dua Kota Suci Umat Islam (Mekah dan Madinah), Raja Abdullah ibni Abdul Aziz Al-Saud telah mangkat pada awal pagi ini (01:00hrs) dalam usia 90 tahun. Al-Marhum menaiki tahta pada 2005 selepas kemangkatan kekandanya Al-Marhum Raja Fahd ibni Abdul Aziz Al-Saud.  Laporan itu juga memaklumkan Putera Salman ibni Abdul Aziz Al-Saud yang berusia 79 tahun telah dinamakan sebagai pengganti raja yang baharu.

......... Al-Fatihah .........


Semuga Rohnya Almarhum Raja Abdullah ibni Abdul Aziz Al-Saud ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien. 


Sumber : Malaysian Insider/Bernama/BBC News

Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Tengku Ampuan Intan Zaharah Mangkat

$
0
0

Al-Fatihah

Semuga Rohnya Almarhumah Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Tengku Ampuan Intan Zaharah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.


26 Januari 2015, Isnin :-

Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Tengku Ampuan Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar telah mangkat dalam usia 86 tahun di Hospital Pantai Kuala Lumpur lebih kurang jam 15:26hrs akibat radang paru-paru pada hari Sabtu 24 Januari 2015 bersamaan 03 Rabiulakhir 1436. Jenazal Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah dibawa pulang ke Kuala Terengganu pada pagi Ahad menggunakan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia melalui Pengkalan Tentera Udara Subang. 

Jenazah tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud lebih kurang jam 10:15hrs dan dibawa terus ke Istana Maziah untuk Istiadat Penghormatan Terakhir. Jenazah disemayamkan (diletak) diatas  Perbalaian Tiga Tingkat di Istana Maziah mulai jam 11:00hrs sehingga jam 13:00hrs untuk memberi kesempatan kepada kerabat-kerabat diraja, para pemimpin dan pelbagai lapisan rakyat menziarah dan memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhumah.

Jenazah kemudiannya dibawa keluar dari Istana Maziah mengunakan pedati khas untuk Istiadat Permakaman di Makam Diraja Terengganu yang terletak didalam kawasan Masjid Abidin (Masjid Negeri) atau lebih dikenali oleh warga tempatan sebagai Masjid Putih. Istiadat Permakaman dan bacaan talkin disempurnakan oleh Mufti Terengganu, Dr. Haji Zulkifly bin Muda. Istiadat Permakaman berlangsung selepas Solat Zohor dan jenazah dimakamkan bersebelahan makam paduka suami Almarhumah iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah diputerikan pada 13 April 1928 di Singapura merupakan puteri kepada YBM Tengku Hitam Omar bin Tengku Osman dan YM Raja Zainab binti Raja Alang.  Almarhumah bertemu jodoh dengan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-14 pada 03 April 1944 ketika berusia 16 tahun. 

Almarhumah dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 06 Jun 1949. Pada 21 September 1965, Almarhumah menjadi Raja Permaisuri Agong ke-4 untuk tempoh 5 tahun sehingga 20 September 1970 dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Intan Zaharah binti Tengku Seri Setia Raja. Almarhumah minat bermain badminton dan memancing. Perkahwinan diantara Almarhumah dan Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah tidak dikurniakan sebarang cahayamata. 

Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Almarhumah bersemayam di Istana Zahratul Ihsan, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sila Click gambar untuk imej yang lebih besar.


Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah dan Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah ketika menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.


Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah (kiri) bersama  Allahyarhamah YMM Tengku Ampuan Bariah  ketika Istiadat Pertabalan Tuanku Mizan sebagai Sultan Terengganu Ke-17.


Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah bersama Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah dalam satu Istiadat Rasmi. Disebelah Tuanku Mizan adalah Allahyarhamah YMM Tengku Ampuan Bariah yang merupakan permaisuri kepada Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.


Keberangkatan tiba Jenazah Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur.




Istiadat Penghormatan Terakhir di Istana Maziah



Dari kiri Duli Yang  Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud yang juga merupakan salah seorang Kerabat Diraja Terengganu  dan Yang Teramat  Mulia Tengku Besar Terengganu Dato’ Seri Sharifah Nong Asegaff yang merupakan bonda kepada Tuanku Mizan serta kerabat Diraja yang lain sedang memberi Penghormatan Terakhir kepada Jenazah Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah.

   

Dua orang Puteri Tuanku Mizan,  Tengku Nadhirah Zaharah (kiri) dan Tengku Fatimatuz Zahra (dua, kiri) memberi penghormatan terakhir kepada Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah.  Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah berada diluar Negara ketika ini.

Solat Jenazah disempurnakan oleh Mufti Terengganu, Dr. Haji Zulkifly bin Muda.


Jenazah Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah berangkat keluar daripada Istana Maziah ke Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin (Masjid Negeri).



Duli Yang  Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud menyiram air mawar di Makam Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah.


Tengku Seri Laksamana Raja, Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyiram air mawar dimakam bonda tirinya.


Tengku Sri Temenggung Raja, Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah menyiram air mawar dimakam nenda tirinya.


Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Ahmad Razif bin Abdul Rahman menyiram air mawar di makam Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah.


Ini adalah makam kepada suami Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III. Disebelah makam inilah jenazah Almarhumah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah dimakamkan.


............ Al-Fatihah ...........

Sumber :- Bernama/The Royal Ark/Warisan Permaisuri Melayu

Top 5 Raja-Raja Tertua Didunia

$
0
0
27 Januari 2014, Selasa :-

Tahukah anda buat masa ini Baginda Queen Elizabeth 11 yang berusia 88 tahun berada ditempat pertama senarai raja-raja tertua didunia berikutan kemangkatan Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah ibni Abdul Aziz Al-Saud pada 23 Januari 2015 dalam usia 90 tahun. Walau bagaimanapun Raja paling lama bertahta didunia buat masa ini didahului oleh His Majesty King Bhumibol Adulyadej, King of Thailand yang telah berada diatas tahta selama 68 tahun.

Berikut adalah senarai teratas 5 raja-raja tertua didunia. 



Her Majesty Queen Elizabeth II
Queen of The United Kingdom and Others Commonwealth Realms

Diputerikan pada 21 April 1926 dan berusia 88 tahun.  Naik tahta pada 06 Februari 1952 dan berada diatas tahta selama 62 tahun.



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIV / Sultan Negeri Kedah Darul Aman

Diputerakan pada 28 November 1927 dan berusia 87 tahun. Dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua pada 13 Disember 2011. Naik tahta sebagai Sultan Kedah pada 15 Julai 1958 dan berada diatas tahta selama 56 tahun.


His Majesty King Bhumibol Adulyadej
King of Thailand

Diputerakan pada 05 Disember 1927 dan berusia 87 tahun. Naik tahta pada 09 Jun 1946 dan berada diatas tahta selama 68 tahun.



His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah
Emir of Kuwait

Diputerakan pada 06 Jun 1929 dan berusia 85 tahun. Naik tahta pada 29 Januari 2006 dan berada diatas tahta selama 8 tahun.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Sultan Pahang

Diputerakan pada 24 Oktober 1930 dan berusia 84 tahun. Naik tahta pada 07 May 1974 dan berada diatas tahta selama 40 tahun.

Sumber : The Gurdian/Wikipedia/The Royal Ark

Raja Arab Saudi Yang Baru Raja Salman Utamakan Solat

$
0
0

28 Januari 2015, Rabu :-

Presiden Amerika Syarikat, Mr. Barack Obama dan rombongan telah ke Arab Saudi pada 27 Januari 2015 untuk menyampaikan ucapan takziah berikutan kemangkatan Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah ibni Abdul Aziz Al-Saud pada 23 Januari 2015. Ketibaan Tuan Presiden disambut oleh Raja Arab Saudi yang baru Raja Salman ibni Abdul Aziz Al-Saud.

Semasa majlis sambutan sedang berlangsung telah berlaku satu peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran kepada semua terutamanya kita semua sebagai seorang pemimpin. Maksud Syah pemimpin bukan sahaja ketua negara, ketua sesebuah organisasi malah kita sendiri sebagai ketua keluarga.

Kebetulan sewaktu upacara sambutan rasmi ini sedang berjalan, iannya telah masuk waktu Solat Asar. Salah seorang pegawai baginda menghampir baginda memaklumkan sudah masuk waktu solat dan baginda terus bersalaman dengan Mr. Obama dan meninggalkan majlis berkenaan untuk menunaikan solat. Mr Obama kemudian kelihatan berbincang bersama pegawai beliau sebelum beredar menuju kenderaan rasmi beliau. Majlis ini  disiarkan secara langsung melalui siaran TV dan disaksikan oleh berjuta orang penonton.

Apa yang dilakukan oleh Raja Salman ibni Abdul Aziz Al-Saud merupakan satu contoh yang terbaik sebagai seorang pemimpin sebuah negara Islam mentelah baginda juga dikenali sebagai Penjaga Dua Kota Suci Umat Islam iaitu Mekah dan Madinah. Kita seharusnya mengambil ikthibar daripada peristiwa ini dimana baginda lebih mengutamakan solat daripada perkara-perkara lain.

Sila click pautan dibawah untuk menyaksikan peristiwa berkenaan 

Sumber :- Reuters/piyungan Online/youtube
Viewing all 965 articles
Browse latest View live