Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all 965 articles
Browse latest View live

Ulangtahun Ke-7 Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah

$
0
0

28 Januari 2015, Rabu :-

Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena ulang tahun ke-7 Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.  Semuga Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dipanjangkan umur, diberikan tahap kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.  Amien.

76 Tahun Kemangkatan Toeankoe Sulthan Mohammad Daoed ibni Almarhoem Toeankoe Zainal Abidin Aladdin Sjah, Sultan terakhir Aceh.

$
0
0



06 Februari 2015, Jumaat :- 

Hari ini genaplah 76 tahun kemangkatan Toeankoe Sulthan Mohammad Daoed ibni Almarhoem Toeankoe Zainal Abidin Aladdin Sjah, Sultan terakhir Aceh.

Al-Fatihah



Almarhoem Toeankoe Sulthan Mohammad Daoed ibni Almarhoem Toeankoe Zainal Abidin Aladdin Sjah.
Sultan Terakhir Aceh yang berketurunan Bugis.

Kesultanan Aceh telah dihapuskan oleh pihak penjajah Belanda sebelum Indonesia menjadi Republik lagi. Kesultanan Aceh merupakan sebuah kuasa besar satu ketika dahulu dan begitu terkenal di alam Melayu dan menjadi pencabar utama kepada kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Inggeris dan Belanda. Kesultanan Aceh telah didirikan oleh Sultan Ali Mughayat Syah pada 1496 ini akhirnya dimansukkan pada 1903 iaitu setelah bertahta selama lebih kurang 407 tahun.

Dari 35 orang Sultan yang memerintah Aceh, Empat daripadanya adalah terdiri dari kaum Wanita. Sulthan Mohammad Daoed ibni Almarhoem Toeankoe Zainal Abidin Aladdin Sjah,  telah dipaksa menyerah diri kepada Belanda dan selepas itu baginda dan kerabat diraja serta pembesar-pembesarnya dibuang negeri pada 1907. Baginda kemudiannya mangkat di Batavia atau sekarang dikenali sebagai Jakarta pada tahun 1939 dan telah dimakamkan di Perkuburan Umum Kemiri, Rawamangun Jakarta iaitu berhampiran kampus Universiti Negeri Jakarta (UNJ) sekarang ini. Baginda dinobatkan sebagai Sultan Aceh di Masjid Indrapuri, Indrapuri pada 1874.

Baginda berkahwin sebanyak empat kali :-
  1. Permaisuri Teungku Putore Gambar Gading binti Toeanku Abdul Majid.
  2. Pocut Manyak Cot Murong Sultan.
  3. Teungku Jam Manikam binti Toeanku Mahmud. Dikatakan makannya ada di Kedah.
  4. Neng Effi yang dikahwini oleh baginda semasa dalam buangan.

Peristiwa Almarhum bersama Putera Mahkota Tuanku Raja Ibrahim dipaksa menyerah diri oleh Pihak Belanda pada 1903.


Pada 26.11.1902 Permaisuri Teungku Putroe Gambar Gadeng bersama Putera Mahkota Tuanku Raja Ibrahim telah ditangkap oleh Belanda di Kampung Glumpang Payong Pidie. Tujuan Belanda menawan Permaisuri dan Putra Mahkota adalah sebagai umpan untuk memaksa Almarhum menyerah diri kepada Belanda. Taktik ini telah berjaya dan dapat memaksa Almarhum  bertemu dengan Belanda di Sigili. Pada 20.01.1903 Almarhum telah dibawa berjumpa Gebenor Aceh, Jeneral Van Heutz dan menandatangani MOU damai dengan Belanda di Kuta Raja.

Almarhum hanya dibenarkan bergerak bebas sekitar Aceh Besar sahaja dan telah diberikan sebuah kediaman yang lengkap dan diberi elaun sara hidup sebanyak 1,200 florin dan anakanda Almarhum juga mendapat tajaan belajar oleh pihak Belanda. Kemudahan ini diberikan agar Almarhum menyokong pentadbiran Belanda di Aceh. Walau bagaimanapun hasil dari perisikan yang dijalankan, pihak Belanda mendapati Almarhum memberi sumbangan dan sokongan kepada para pejuang menentang Belanda. Panglima Nyak Asan dan Nyak Abaih adalah orang tengah Almarhum dalam urusan ini. Pada 1907 pihak Belanda telah mengeledah kediaman Almarhum dan mendapati bukti-bukti seperti surat-surat Almarhum kepada para pejuang. Mereka juga mendapati Almarhum terlibat sama dalam serangan terhadap Markas Belanda di Kuta Radja pada 06.03.1907.

Gabenor Militer Aceh Letnan Jenderal Van Daalen melihat Almarhum sebagai satu ancaman besar terhadap kuasa Belanda di Aceh dan telah mengusulkan Almarhum dibuang negeri daripada Aceh. Pada 24.12.1907 pihak Belanda telah membuat keputusan dan membuang negeri Almarhum, kerabat diraja serta pembesar-pembesar Aceh keluar dari Aceh. Almarhum dan lainnya dihantar ke Batavia dan menetap di Jatinegara dan sekarang dikenali dengan nama Gudang Bulog. Dari Batavia Tuanku dan Keluarga dipindahkan pula ke Ambon kerana rahsia baginda meminta bantuan daripada maharaja Jepun terbongkar. Pihak Belanda telah menjumpai surat tersebut. Beberapa tahun kemudiannya, Almarhum dan kerabat diraja dipindahkan semula ke Rawamangun Jakarta sehinggalah baginda mangkat di Rawamangun Jatinegara pada hari Isnin bersamaan 06.02.1939.

Almarhum mangkat ketika berusia sekitar 72 tahun dan meninggalkan 16 orang putera dan puteri dimana sehingga kini 10 orang daripada anakanda-anakanda Almarhum masih lagi hidup. Kerabat diraja Aceh menggunakan gelaran Tuanku atau Toeankoe (Tuwanku) bagi kaum lelaki manakala kaum wanita menggunakan gelaran Teungku dimana gelaran-gelaran berkenaan masih keka diguna hingga kini.


Sumber :- Acehnet.org/Mawardihassan/Wikipedia/TWK Waroul

Ziarah Makam YMM Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan

$
0
0
Al-Fatihah


Semuga Rohnya Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

10 Februari 2015, Selasa :-

Kebetulan pada Ahad lepas 08 Februari 2015 Syah ke Shah Alam, Selangor kerana ada Pameran Buku Selangor di Shah Alam Convention Center (SACC) dan sudah terlanjur datang ke Shah Alam, Syah ziarah ke Makam Diraja Shah Alam.  Daripada SACC Syah berjalan kaki ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan terus ke Makam Diraja melalui Pintu 5 & 6 Masjid berkenaan. Pintu gerbang makam berada betul-betul diseberang jalan berhadapan pintu berkenaan. Lokasi makam berada agak jauh sedikit kedalam daripada pintu gerbang utama. Kali terakhir Syah ke Makam ini adalah pada 02 Oktober 2011 untuk ziarah makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah.

Tahun ini, sekali lagi Syah mengambil kesempatan ini untuk ziarah ke Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Ketika ziarah Syah pada 2011, makam Almarhumah belum siap lagi.  Almarhumah merupakan bonda kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.  Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor diputerikan pada 1923 dan mangkat pada 31 May 2011 bersamaan 27 Jamadilakhir 1432 Hijrah dalam usia 88 tahun. Almarhumah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Almarhumah merupakan Kerabat Diraja Selangor disebelah ayahandanya dan Kerabat Diraja Perak disebelah bonda Almarhumah. Ayahanda Almarhumah adalah Tengku Badar Shah ibni Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor ke-5) manakala Bonda Al-Marhumah adalah Raja Embin Izmah binti Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak). Almarhumah merupakan isteri pertama kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Walau bagaimanapun Almarhumah telah berpisah dengan Almarhum Sultan Salahuddin sewaktu Almarhum Sultan menjadi Raja Muda lagi. 

Hasil daripada perkongsian hidup dengan Almarhum Sultan Salahuddin, Almarhumah dikurniakan dengan tiga orang putera dan enam orang puteri dimana dua daripadanya mangkat ketika masih bayi.  Anakanda Almarhumah adalah seperti berikut :-

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
YAM Tengku Sulaiman Shah
YAM Tengku Abdul Samad Shah
YAM Tengku Puteri Sofiah
YAM Tengku Zahariah (Ku Yah)
YAM Tengku Puteri Arafiah
YAM Tengku Puteri Aisha

Pada tahun 2001, Almarhumah dikurniakan gelaran Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor  Selepas DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menaiki tahta Negeri Selangor Darul Ehsan. Pada 11 Disember 2002  Almarhumah  kemudiannya telah dianugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.)

  

Batu Nisan Bahagian Kepala Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. 


Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah dilihat daripada pandangan tepi. 


Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah dilihat daripada pandangan sisi.



Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah dilihat daripada pandangan hadapan.



02 Okt 2011 - Ziarah Makam Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah.



08 Feb 2015  - Dihadapan Pintu Masuk Makam Diraja... Cuaca panas terik.

Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Mangkat

$
0
0





13 Februari 2015, Jumaat :-

Mursyidul Am PAS, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mangkat dalam usia 84 tahun malam tadi  pada jam 09:40 malam sisi anggota keluarga di kediaman Allahyarham di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan. Kemangkatan Allahyarham disahkan oleh Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari 2015 kerana mengidap kanser prostat.

Allahyarham dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian malam tadi dan sampai di kediamannya pada jam 08:40 malam sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 09:40 malam. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka pada jam 10:00 pagi ini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampong berkenaan.

Allahyarham meninggalkan 10 orang anak dan seorang  isteri  Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Allahyarham diputerakan pada 1931 di Kampung  Pulau Melaka dalam satu keluarga ilmuan Islam dari keturunan Raja Jembal yang pernah memerintah Kelantan satu ketika dahulu.  Allahyarham  merupakan anak kedua daripada isteri pertama Haji Nik Mat (Raja Mohammad) bin Raja Banjar. Allahyarham merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka dan menjadi  menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013.


Salasilah Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Sila click gambar untuk imej yang lebih besar

..... Al-Fatihah  .....


Semuga Rohnya Allahyarham Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal Solleh. Amien.


Sumber : Biografi Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz / Bernama / Astroawani / Pusat Sejarah Brunei

Sultan Nazrin Titah Petikan Al-Quran Dibaca Sebelum Majlis Rasmi Bermula

$
0
0


14 Februari 2014, Sabtu :-

Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah menitahkan agar bacaan petikan ayat suci Al-Quran yang bersesuaian  hendaklah dibaca sebelum sesuatu program anjuran Istana atau Kerajaan Negeri bermula. Titah Baginda lagi, ayat yang dipilih tidak perlu panjang tetapi hendaklah terdiri daripada ayat-ayat yang ada kaitan dengan sesuatu majlis yang dianjurkan.


Titah baginda :-

"Beta dengan ini menitahkan seboleh-bolehnya dalam situasi yang sesuai, acara-acara yang dianjurkan oleh istana dan kerajaan Beta hendaklah dimulakan dengan membaca beberapa petikan ayat Al-Quran dan dikembarkan dengan maksud ayat yang dibaca."

Titah ini telah disampaikan oleh baginda semasa menghadiri majlis penganugerahan watikah lantikan ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Dalam majlis ini Baginda telah berkenan menerima cek zakat perniagaan bernilai RM2,776,486.72 daripada lapan buah agensi disamping berkenan menganugerahkan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua Majlis, Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin serta 21 Ahli Majlis yang berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Dalam majlis ini juga di adakan majlis menandatangani perjanjian usaha sama pembangunan hartanah milik MAIPk dengan pemaju projek UDA Waqf Sdn Bhd yang melibatkan pembangunan bercampur dekat Mukim Ulu Kinta iaitu pembinaan bangunan komersial tiga tingkat dan kediaman 144 unit apartment.

Turut diadakan acara menandatangani perjanjian pajakan hartanah MAIPk seluas 2,000 hektar bagi tujuan saraan Sekolah Agama Rakyat (SAR) antara MAIPk, PKEINPK Sdn Bhd dan RNE Plantation Sdn Bhd.

Tutu serta mengiringi Baginda dalam majlis ini adalah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Sumber : Peraktoday.com/Fairul

Hari Keputeraan Ke-41 tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah

$
0
0


17 Feb 2015, Selasa :-


Merafak Sembah Ucap Tahniah Sempena Hari Keputeraan Ke-41 tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.


Majlis Doa Kesyukuran Sambutan Puja Usia ke-41 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah

$
0
0


17 Feb 2015, Selasa :-

Semalam 16 Februari 2015, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sambutan Puja Usia ke-41 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Brunei, Skipper Haji Osman bin Durani.

Majlis yang berlangsung di  Balai Ibadah, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam di Gadung bermula seawal jam enam petang. Turut serta dalam majlis ini adalah  Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap dan ahli-ahli Pengakap yang lain. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah merupakan Ketua Pengakap Brunei.

Para hadirin kemudiannya melakukan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Sumber :- Khairul_Salleh / Syahmi Halimshah.

Cucunda Sultan Brunei Diberi Nama

$
0
0
22 Februari 2015, Ahad :-

Atas titah perintah  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semalam YAM Pengiran Pengawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Hj Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Hj Abu Bakar telah memaklumkan cucunda baginda yang baru diputerakan pada 13 Februari 2015 lepas telah diberi nama :- 


Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad 'Aamir Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad 'Aamir diputerakan pada 13 Februari 2015 jam 18:55hrs dan merupakan anakanda kepada  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd.


Pasangan diraja ini berkahwin pada 20 September 2012 dan telah dikurniakan dengan seorang putera sebelum ini  pada  03 Ogos 2013. 


Sumber : Hj Wali/The Brunei Times.


Pemasyhuran Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam

$
0
0


23 Februari 2015, Isnin :- 

Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke-31 tahun kepada Negara Brunei Darussalam. Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam diadakan pada  23 Februari setiap tahun dan tema sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini adalah Generasi Berwawasan.

Pemasyhuran Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam telah dibuat pada 1 Januari 1984 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diikut dengan laungan  takbir sebanyak tiga kali oleh Ayahanda baginda, Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II serta disahut oleh rakyat Brunei Darussalam. 

Terdahulu pada 31 Disember 1983 telah diadakan beberapa program keagamaan bermula waktu Maghrib seperti bacaan Yasin, Dikir Ratib dan Doa Selamat.  Lebih kurang jam sepuluh malam Tuanku Sultan dan rakyat mula berjalan kaki dari Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien menuju ke (Padang - Sekarang dikenali sebagai Taman)  Taman Hj Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Sementara menunggu jam duabelas tengah malam untuk Istiadat Permasyhuran Hari Kemerdekaan, diadakan pula majlis bacaan yasin dan ikrar.


Click gambar untuk Imej yang lebih besar.

Ucapan Permasyhuran Kemerdekaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Terjemahannya adalah seperti berikut :-


Bahawasanya sekarang telah tiba masanya bagi Negara Brunei Darussalam mengambil alih semula tanggungjawab antarabangsa dengan secara penuh sebagai sebuah Negara yang berdaulat lagi merdeka dikalangan masyarakat antarabangsa. 

Dan bahawasanya Negara brunei Darussalam tidak pernah menjadi tanah jajahan, tetapi mempunyai hubungan perjanjian yang istimewa dengan United Kingdom sejak tahun 1847 dengan mana kemudian pada tahun 1888 telah dipersetujui bahawa perhubungan luar negeri menjadi tanggungjawap kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen bagi United Kingdom of Great Britain dan North Ireland.

Dan bahawasanya satu perlembangaan yang digelar Perlembagaan Negeri Brunei 1959, telah dimasyurkan oleh Sultan sebelum Beta iaitu Maulana Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien ibni Al Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Sultan dan yang dipertuan Negeri Brunei Darussalam yang ke 28 dan menurutnyalah Negara ini disusun dan ia adalah menjadi undang-undang yang tertinggi bagi kerajaan Negara ini. 

Dan bahawasanya dengan perjanjian persahabatan dan kerjasama 1979 yang telah dibuat diantara Beta dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen, maka telah dipersetujui bahawa apa jua kuasa kewajipan atau tanggungjawab yang mungkin dipegang oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen terhadap Negara brunei Darussalam dibawah semua Trity Perjanjian dan susunan yang terdahulu diantara Negara brunei Darussalam dengan United Kingdom yang bertantangan dengan tanggungjawap antarabangsa yang sepenuhnya sebagai sebuah Negara yang berdaulat lagi merdeka hendaklah tamat pada 31hb Disember 1983. Dan dengan penamatan itu hak dan kuasa kedaulatan Beta termasuk tanggungjawab terhadap urusan-urusan luar negeri akan kembali kepada Beta sebagai Sultan dan yang diPertuan Negara Brunei Darussalam pada 1hb Januari 1984.

Maka oleh yang demikian, dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Mengasihani, Beta Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam serta sekalian jajahan takluk rantau dan persisirnya, dengan ini memasyur dan mengishtiharkan dengan nama Beta dan bagi pihak diri Beta dan bagi pihak pengganti Beta dan bagi pihak rakyat Negara Brunei Darussalam bahawa mulai 1hb Januari 1984 tahun masehi bersamaan dengan 27hb Rabiulawal hijrah Nabi Muhammad s.a.w 1404, tahun yang ke 17 Beta diatas takhta kerajaan, Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia ALLAH SWT akan untuk selama-lamanya menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang MERDEKA, BERDAULAT dan DEMOKRATIK bersendikan kepada Ajaran-ajaran Agama ISLAM menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan dengan berasaskan KEADILAN, dan AMANAH dan KEBEBASAN dan dengan Petunjuk serta Keredhaan ALLAH SWT jua akan senantiasa berusaha memperolehi Ketenteraman dan Keselamatan, Kebajikan dan Kebahagiaan bagi RAKYAT Beta. Dan demikian juga pemeliharaan perhubungan persahabatan dikalangan antarabangsa atas dasar saling menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan dan keutuhan (Kukuh) wilayah bagi semua Negara yang bebas dari campur tangan dari luar negeri.

Barang dirahmati ALLAH SWT dan diberkati Nabi Muhammad SAW akan Negara Brunei Darussalam kekal selama-lamanya . Aamiin ya Rabbal Alamin. 


Sumber :- Khairul/Seribrunei.blogspot.com/all-n1ginnyhm.blogspot.com

Al-Sultan Kelantan Ziarah Makam Allahyarham Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz

$
0
0


23 Februari 2015, Isnin :-

Semalam 22 Februari 2014 bersamaan 03 Jamadilawal 1436H, Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah berkenan menziarahi makam Allahyarham  Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan. Allahyarham mangkat dalam usia 84 tahun  pada 12 Februari lepas. Sila click link dibawah untuk entry Syah berhubung kemangkatan Allahyarham  Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat :-



Sumber :- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat FB/MBS

Laungan Kalimah Allahu Akhbar Oleh Bagawan Sultan Tanda Brunei Merdeka Dan Berdaulat

$
0
0



25 Februari 2015, Rabu :-

Video berdurasi 1minit 21 saat ini memaparkan Laungan Allahu Akbar sebanyak 3 kali oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Bagawan Sultan Jeneral Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien semasa Hari Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang disempurnakan oleh anakanda baginda,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah pada 01 Januari 1984. Baginda melaungkan kalimah "Allahu Akhbar" tepat jam duabelas tengah malam sebanyak tiga kali diikuti oleh rakyat dan para tetamu jemputan menandakan Negara Brunei Darussalam kini menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Bagawan Sultan Jeneral Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien diistiharkan sebagai Sultan Brunei ke-28 pada 06 Jun 1950 berikutan kemangkatan kekanda baginda Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam. Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin mangkat pada hari Sabtu, 03 Jun 1950 di Singapore General Hospital kerana tiada tindak balas terhadap pemindahan darah yang dilakukan dan Al-Marhum telah koma beberapa jam sebelum mangkat. Al-Marhum berada di Singapura kerana dalam perjalanan untuk berangkat ke England. 

Disebabkan kesemua anakanda Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin adalah perempuan maka Baginda (Pengiran Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien)  yang ketika itu bergelar Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura  telah dipilih sebagai Sultan Brunei yang baru menggantikan kekanda baginda mengikut adat istiadat diraja Brunei.

Istiadat Naik tahta baginda berlangsung pada 06 Jun 1950 dihadapan jenazah Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin sebelum jenazah diusung ke Kubah Makam Diraja untuk Istiadat Permakaman mengikut adat istiadat diraja Brunei. Istiadat berpuspa (Pertabalan) Baginda telah dijalankan pada 31 Mei 1951. Semasa berada diatas tahta, baginda menggunakan gelaran  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulana Al-Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien III.

Pada jam 10:00 pagi 04 Oktober 1967 bertempat di Istana Darul Hana, Baginda telah membuat satu kejutan besar kepada rakyar Brunei dengan membuat pengisytiharan Turun Tahta dan memberi laluan kepada Putera Sulong baginda, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Hassanal Bolkiah yang ketika itu berusia 21 tahun sebagai Sultan Brunei yang baru. Istiadat Pengisytiharan Sultan Brunei ke-29 telah diadakan di Istana Darul Hana pada 05 Oktober 1967. Istiadat Perpuspaan atau Pertabalan Sultan Brunei yang baru berlangsung pada 01 Ogos 1968 dimana Baginda sendiri memahkotakan Paduka Anakanda Baginda diatas Petrana Lapau.

Setelah turun tahta baginda menggunakan gelaran Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Bagawan Sultan Jeneral Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.  Baginda dilantik sebagai Menteri Pertahanan Brunei yang pertama dan sentiasa mengiringi anakanda baginda dalam urusan rasmi kerajaan termasuklan urusan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Semasa berada diatas tahta selama 17 tahun, baginda telah berjaya membangun dan memodenkan negara Brunei Darussalam sehingga terkenal dengan gelaran ARKITEK BRUNEI MODEN.

Baginda yang diputerakan pada pada 23 September 1914 telah mangkat dalam usia hampir 72 tahun pada 07 September 1986.  Jenazah Baginda telah dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada 08 September  1986 dengan penuh adat istiadat diraja Brunei. Baginda Queen Elizabeth II menggangap kehilangan baginda sebagai "Sad Loss for Britain" manakala KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah  dalam titah baginda sebagai mengenang sumbangan Al-Marhum Paduka Ayahanda baginda menyatakan "His name will be a source of national pride and he will be talk about though the ages".



Al-Fatihah



Semuga Rohnya Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Bagawan Sultan Jeneral Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Sumber :  Khairul / MBS / Memoir Seorang Negarawan /Ak Kamaluddin NBD

Pengiran Aminan Dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Paratrooper ATM

$
0
0



04 Mac 2015, Rabu :-

Tahniah diucapkan kepada Brigadier Jen Pengiran Datuk Paduka Aminan Pengiran Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) kerana dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Paratrooper Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Panglima Tentera Darat Malaysia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah menyempurnakan penganugerahan ini yang berlangsung di dataran Kementerian Pertahanan Malaysia di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Penganugerahan beret dan sayap yang menjadi kebanggaan 10 Briged Para ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan briged berkenaan kepada individu, pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada di dalam atau luar negara.

Brigadier Jen Pengiran Datuk Paduka Aminan berada di Malaysia untuk lawatan rasmi bagi mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara TDDB dan ATM. Pada hari ini juga, beliau telah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain di Kementeraian Pertahanan Malaysia

Sumber : Bernama

Yang Mulia Dato' Seri Raja Abdul Aziz Raja Salim Mangkat

$
0
0


04 Mac 2015, Rabu :-

Inalilahi wainalilahi rojiun........ Yang Mulia Dato' Seri Raja Abdul Aziz Raja Salim telah mangkat dalam usia 78 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada hari ini jam 01:15 pagi. Allahyarham merupakan menantu kepada Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu. Jenazah telah diterbangkan ke Kuala Terengganu petang tadi dan diletakkan di Istana Maziah sebelum dimakamkan selepas Solat Asar di Makam Diraja Terengganu di dalam kawasan Masjid Abidin (Masjid Negeri). 

Allahyarham yang merupakan bekas Akauntan Negara dan juga Ahli Lembaga Pengarah K&K Kenanga Holding meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Seri Tengku Ramlah Azizah binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan sepasang cahayamata Dato' Seri Tengku Azmil Zahruddin dan Tengku Azrina.

............ Al-Fatihah ............


Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Yang Mulia Dato' Seri Raja Abdul Aziz Raja Salim semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Sumber :- Bernama / gamuda.listedcompany.com

Sultan Johor Dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN)

$
0
0


07 Mac 2015, Sabtu :-

Pada 02 Mac 2015 Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadap Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Baharu, Johor bagi menyampaikan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada DYMM Tuanku Sultan Johor.

Darjah kebesaran ini merupakan kurniaan  daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah manakala Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mewakali KDYMM Tuanku Abdul Halim untuk menyampaikan darjah kebesaran berkenaan kepada DYMM Tuanku Ibrahim.

Turut serta dalam majlis ini adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sumber : Bernama

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Ke-5 - Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri

$
0
0

Mahkota Kerajaan


Mahkota Permaisuri

08 Mac 2015, Ahad :-

Insyallah pada tanggal 23 Mac 2015 bersamaan 02 Jamadilakhir 1436H akan berlangsung Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor ke-5 dalam sejarah Johor Moden. Istiadat Kemahkotaan akan berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja Johor di Istana Besar Johor Baharu. Istiadat Kemahkotaan akan bermula seawal 16 Mac ini dengan Istiadat Meletak Kerja yang akan diadakan di Tugu Peringatan Istana Besar Johor Baharu serta diikuti dengan Istiadat lainnya. Sambutan dijangka berlansung selama tiga bulan. 

Dalam Istiadat Kemahkotaan pada 23 Mac 2015 ini nanti, dua buah Mahkota akan digunakan untuk Istiadat berkenaan iaitu :-
      1. Mahkota Kerajaan 
      2. Mahkota Permaisuri
Mahkota Kerajaan

Mahkota ini merupakan ilham daripada Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sultan Johor 1 dalam sejarah Johor Moden. Mahkota ini telah ditempah di London pada tahun 1886 daripada Syarikat J.W. Benson yang terkenal sebagai sebuah syarikat yang membuat barang kemas diraja Brtish. Mahkota sebarat 1.6 kilogram dengan rekabentuk oriental iaitu mengikut kebudayaan timur ini diperbuat daripada logam yang berharga bertatahkan batu permata yang berbeza ukuran dan bentuk, antaranya enam biji berlian besar, tiga biji batu delima merah, empat batu zamrud besar, dan empat biji batu nilam biru besar. Balang mahkota sahaja mengandungi 1,450 biji berlian kecil. Bulan dan bintang bersalut dengan berpuluh berlian kecil yang bergemelapan.

Mahkota Permaisuri

Mahkota Permaisuri merupakan mahkota yang digunakan oleh suri kepada Tuanku Sultan dan bentuknya agak kecil sedikit daripada Mahkota Kerajaan. Mahkota ini telah diubah dan diperbaiki oleh Almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Johor Ke-2) pada tahun 1925 dengan mengadakan lima biji berlian besar 18 karat setiap satu. Almarhum Sultan Ibrahim  juga telah menambah alat kebesaran ini dengan mengadakan seutas rantai atau kalung yang mengandungi 671 butir berlian dan sebuah tiara diperbuat daripada emas putih bertatahkan berlian.


Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sultan Johor Pertama dalam Sejarah Johor Moden.



Gambar atas dan bawah adalah Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor Ke-2 dalam Sejarah Johor Moden.



Kedua-dua Mahkota ini hanya digunakan dalam dua istiadat sahaja dengan titah perkenan raja iaitu Istiadat Kemahkotaan dan Kemangkatan. Alat kebesaran ini akan disimpan sebaik sahaja istiadat berkenaan selesai.

Semasa Istiadat Kemahkotaan, Mufti Johor akan meletakkan Mahkota Kerajaan keatas jemala (kepala) Tuanku Sultan dan Mahkota Permaisuri keatas jemala (kepala) Permaisuri Tuanku Sultan diikuti bacaan doa kesyukuran.


Istiadat Kemahkotaan Almarhum Tuanku Ismail sebagai Sultan Johor ke-3 dalam sejarah Johor Moden pada 10 Februari 1960. Kelihatan Mufti Johor ketika itu meletakkan Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri ke jemala (kepala) Almarhum Tuanku Ismail dan Almarhumah Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad 


Kali terakhir Mahkota ini digunakan untuk Istiadat Kemahkotaan adalah kira-kira 55 tahun lalu sewaktu Istiadat Kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail yang merupakan nenda kepada Tuanku Sultan Ibrahim pada 10 Februari 1960. Apabila Almarhum Sultan Ismail mangkat pada 10 May 1981, Almarhum Sultan Iskandar iaitu ayahanda kepada Tuanku Sultan Ibrahim menggantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Johor ke-4 dalam Sejarah Johor Moden dan tiada Istiadat Kemahkotan sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar. Apabila Almarhum Sultan Iskandar mangkat pada 22 Januari 2010, Tuanku Sultan Ibrahim menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-5 dalam sejarah Johor Moden.



Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ke-4 dalam Sejarah Johor Moden. Almarhum juga merupakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-8 untuk tempoh lima tahun bermula 26 April 1984 hingga 25 April 1989.



Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor ke-5 dalam sejarah Johor Moden

........... Dirgahayu Tuanku..........

Sumber :- Bernama/Kemahkotaan.johor.gov.my/Utusan.com.my/Wikipedia/MBS

Persiapan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 90 Peratus Siap

$
0
0

12 Mac 2015, Khamis :-

Pengerusi Jawatankuasa Publisiti Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Md Jais Sarday dalam kenyataan akhbarnya di Dewan Jubli Intan semalam memaklumkan bahawa persiapan Istiadat berkenaan telah melebihi tahap 90% disiapkan. Persiapan yang dmaksudkan ini merangkumi urus setia, publisiti serta penyediaan pusat media kepada petugas tempatan dan antarabangsa.

Menurut beliau lagi :- 
  • Pusat media yang berlokasi di Dewan Jubli Intan mampu menampung kapisiti 100 orang dan akan menempatkan petugas membabitkan 20 media cetak tempatan, tujuh media elektronik dan 10 media asing termasuk National Geographic.
  • Pusat Media akan dikendalikan oleh Jabatan Penerangan Johor dan beberapa agensi berkaitan mulai 16 Mac ini.
  • Sekurang-kurangnya sembilan istiadat akan diadakan untuk Istiadat Kemahkotaan yang akan bermula 16 Mac 2015.
  • Tuanku Sultan Johor dan Permaisuri baginda dijangka berkenan menyertai perarakan kenderaan dari Istana Besar Johor Baharu ke Istana Bukit Serene sejauh 8.5 kilometer selepas Istiadat Kemahkotaan pada 23 Mac 2015. Adalah dianggarkan lebih 40,000 rakyat Johor daripada pelbagai kaum akan menyaksikan perarakan tersebut yang konsepnya menyerupai perarakan kenderaan semasa Kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 1960.
  • Pelbagai acara lain turut diadakan antaranya pameran yang dikendalikan Arkib Negara Cawangan Johor di Pusat Konvensyen Persada di Johor Baharu serta daerah-daerah lain untuk memberi peluang kepada rakyat mengenali Kesultananan Johor dengan lebih dekat lagi.
  • Persembahan kebudayaan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Baharu akan diadakan mulai 23 hingga 28 Mac setiap malam pada jam  20:00 hrs (8 malam). DYMM Sultan Johor dijadualkan berangkat hadir menyaksikan acara kemuncak persembahan kebudayaan yang bertemakan 'Payung Mahkota, Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' pada 28 Mac 2015.

Sumber : Bernama / MBS

Istana Kesuma Terbakar

$
0
0

18 Mac 2015, Rabu :-

Istana Kesuma yang sedang dalam proses pembaikan terbakar 40% dalam kejadian jam 02:00hrs pagi tadi.  Istana yang terletak di Jalan Tunku Bendahara, Taman Golf, Alor Setar, Kedah ini merupakan Istana Kelas A berkeluasan 80 kaki panjang dan 50 kaki lebar sedang dalam proses pengubahsuaian dan pendawaian semula semenjak bulan Januari 2015. 

Ketika kejadian tiada mangsa dilaporkan berada di dalam Istana berkenaan. Pihak bomba telah menerima aduan daripada orang ramai berhubung kebakaran ini kira-kira jam 02:10hrs dan bergesas ketempat kejadian  dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 03:07hrs. Pihak Bomba sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan jumlah kerugian yang dialami.

Sumber :- Astro Awani.

Kad Jemputan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Pengiran Muda ‘Abdul Malik Dan Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah

$
0
0

19 Mac 2015 , Khamis :-

Inilah dia kad jemputan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan pasangannya Yang Mulia Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah. Majlis akan diadakan di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan pada hari Rabu malam Khamis bersamaan 08 April 2015 jam 19:30hrs.

Para jemputan perlu membawa kad jemputan ini untuk diimbas bagi mencatat kehadiran mereka di majlis berkenaan. Kad ini didatangkan dengan kod bar (bar code) untuk tujuan berkenaan.

Saksikan Rakaman Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor Ke-5 Era Johor Moden

$
0
0



27 Mac 2015, Jumaat :-

Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan  Johor ke-5 Era Johor Moden telah berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja Negeri Johor Darul Takzim pada 23 Mac 2015 di Istana Besar Johor Baharu di Johor Baharu, Johor. Merafak Sembah Ucap Tahniah kepada Tuanku Ibrahim dan Tuanku Raja Zarif Sofiah diatas Istiadat Kemahkotaan ini.

....... Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku .......

Semasa istiadat ini, Syah tiada di Semenanjung dan tidak dapat menyaksikan istiadat yang dipancarkan secara langsung ini dan tidak berkesempatan membuat entry berhubung Istiadat bersejarah ini.  Kepada yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan istiadat ini secara langsung pada hari berkenaan atau ingin melihat semula istiadat ini, Syah ingin berkongsi dengan anda semua siaran secara langsung Istiadat ini untuk kita saksikan bersama. Sila click link dibawah :-



Sumber :- RTM/Jabatan Penerangan Johor/YouTube

Kain Pelayang Diraja - Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

$
0
0



27 Mac 2015, Jumaat :-

Tentunya ada diantara kita tertanya-tanya apakah kain panjang yang dipakai dibahu Tuanku Ibrahim dan Tuanku Raja Zarith Sofiah semasa Istadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Mac 2015 yang lepas. Kain ini dinamakan Kain Pelayang Diraja.  Iannya dipakai dibahau DYMM Tuanku berdua hingga meleret kebelakang dan dijinjit (dipegang) oleh dua orang penjawat kecil lelaki untuk DYMM Sultan Johor dan dua orang penjawat kecil perempuan untuk DYMM Permaisuri Johor.

Kain Pelayang Diraja merupakan pakaian istiadat semasa Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. Kain Pelayang Diraja ini diperbuat daripada Kain Sutera Khas bewarna biru yang ditempah di London dengan dihiasi lakaran bermotif lada hitam dan gambir, Mahkota Kerajaan dan tulisan jawi bersulam benang emas yang membawa maksud Sultan Johor.

Kain Pelayang Diraja ini dipakai oleh DYMM Tuanku berdua semasa berada di Bilik Semayam sebelum kembali semula ke Dewan Singahsana untuk Istiadat Kemahkotaan.

Sumber :- RTM / Jabatan Penerangan Johor
Viewing all 965 articles
Browse latest View live