Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all 965 articles
Browse latest View live

Sultan Brunei Memandu Buggy

$
0
0

14 April 2015, Selasa :-

Tentu anda semua kenal siapakah individu yang memandu Buggy ini kan?. Baginda adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.  Baginda memandu buggy ini sewaktu Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah.

Kelihatan Baginda bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah keluar daripada Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman selepas majlis tamat pada malam 12 April lepas. Terdahulu semasa keberangkatan tiba baginda ke Dewan Persantapan Diraja, kelihatan baginda memandu buggy dengan membawa bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ; Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Tuanku Nazrin Dan Tuanku Zara Hadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Vaisakhi.

$
0
0

14 April 2015, Selasa :-

Hari ini Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Vaisakhi. Majlis diadakan di kediaman Presiden Pergerakan Kebangsaan Sikh Malaysia (GERAKSIKH), Tan Sri G.Darshan Singh di Ipoh, Perak. Turut serta mengiringi Tuanku Sultan adalah Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.

Sila Click link dibawah untuk mengetahui apa itu Vaisakhi :-

Sumber :- Bernama / Wikipedia.

Ziarah Makam Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan, Sultan Brunei Ke-9

$
0
0

18 April 2015, Sabtu :-

Batu Nisan yang Syah pegang ini adalah Batu Nisan Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan ibni Al-Marhum Sultan Saiful Rijal, Sultan Brunei ke-9 atau juga dikenali dengan panggilan Marhum Di Tanjung. Al-Marhum merupakan salah seorang Sultan Brunei yang dikenali dan dikenang dalam Sejarah Brunei. Syah ziarah ke makam ini pada 24 November 2013 ditemani oleh seorang sahabat dari Brunei yang merupakan keturunan Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan. Makam ini terletak didalam kawasan Kampong Sungai Bunga, Tanjung Kindana, Daerah Brunei dan Muara. Syah terpaksa menggunakan perkhidmatan pengangkutan air untuk ke makam ini. Batu Nisan Al-Marhum telah patah dan yang tinggal dan dijumpai hanyalah yang anda lihat ini sahaja.

Al-Marhum yang sebelum itu bergelar Pengiran Muda Tengah Muhammad Hassan menggantikan kekanda baginda, Al-Marhum Sultan Shah Brunei, Sultan Brunei ke-8 yang hanya dapat memerintah dalam jangka waktu yang singkat mulai 1581 hingga 1582. Setelah menaiki tahta, Al-Marhum menggunakan gelaran Sultan Muhammad Hassan dan memerintah Brunei mulai tahun 1582 hingga 1598. Al-Marhum diputerakan pada tahun 1533 dan mangkat pada tahun 1598 ketika berusia 65 tahun.

Al-Marhum terkenal dengan sifat baginda yang gagah berani dan cekap dalam pentadbiran negara. Baginda telah mengiisi semua kekosongan gelaran pembesar-pembesar negara dan menentukan tugas dan tanggungjawab setiap pembesar supaya setiap masalah negara dapat diselesaikan dengan segera dan tidak tertangguh. Setiap keputusan haruslah mengikut hukum dan keadilan.

Sewaktu pemeritahan baginda, Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan telah berjaya memperkembangkan kuasa Brunei. Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan dikatakan setanding dengan pemerintahan Kerajaan Aceh semasa era zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1612 - 1631).Perkara ini ada dinyatakan dalam Salahsilah Raja-Raja Brunei versi Datu Imam Yaakub yang menyatakan :-
  • "Paduka Seri Sultan Hasan .... ialah Raja Brunei yang tiada berbanding, hanyalah dengan sama sebanding, Sultan Mahkota Alam [Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam] yang di negeri Aceh"
Perkembangan dan perluasan kuasa Brunei semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan disertai juga dengan penyebaran dan pengembangan agama Islam di wilayah-wilayah dibawah kekuasaan dan pengaruh Brunei.

Al-Marhum merupakan seorang yang bijak dan sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh baginda terutamanya "musuh dalam selimut". Al-Marhum juga seorang yang pemurah dan penyayang kepada rakyat. Baginda sentiasa mengarahkan Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria dan Menteri-Menteri baginda supaya sentiasa mendampingi rakyat agar kebajikan rakyat terjaga dan masalah rakyat diselesaikan. Perkara ini ada dinyatakan dalam Salahsilah Raja-Raja Brunei versi Datu Imam Yaakub yang menyatakan :-
  • "..... Masyhurlah gagah beraninya pada segala negeri yang asing-asing ....Dan lagi pula sangatlah murahnya kepada segala menterinya dan hulubalangnya rakyat sekalian, semuanya kasih sayang akan baginda. Dan perintahnya pun semuanya dengan periksanya dan pada memerintahkan akan kerajaan serta dengan adilnya .....
Baginda begitu mengambil berat berhubung pertahanan negara dimana diatas kota empat persegi yang mengelilingi istana baginda telah diletakkan meriam besar yang dinamakan Siraja Hindi, Seri Negeri, Si-Pitutan, Si Gantar Alam, Si Puchung dan Si Tanggal serta beberapa meriam kecil sebagai pertahanan dari serangan dari musuh. Kekukuhan dan Kekuatan Brunei ini telah ditakuti oleh Spanyol kerana dikhuitiri pengaruh mereka di Filipina akan tergugat. 

Al-Marhum Sultan Muhammad mempunyai empat orang isteri yang terdiri daripada Pengiran-Pengiran peranakan Brunei dan beberapa orang gundik yang melahirkan putera dan puteri Al-Marhum. 

Diantara Putera Gahara Al-Marhum yang terkenal adalah  Pengiran Muda Besar Abdul Jalilur Akhbar (Sultan 'Abdul Jalilul Akhbar, Sultan Brunei ke-10), Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah dan Pengiran Muda Bongsu Haji Muhammad Ali (Sultan Haji Muhammad Ali, Sultan Brunei ke-12). Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah ini adalah anakanda Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan yang telah dirajakan di Sarawak yang dikenali Sebagai Sultan Tengah. Sultan Tengah adalah Sultan pertama dan terakhir Sarawak. Sila click entry Syah sebelum ini untuk mengetahui berkenaan Sultan Tengah

Puteri Al-Marhum yang terkenal adalah Pengiran Anak Puteri Nor Alam yang kemudiannya bergelar Raja Isteri Noor Alam, permaisuri kepada Sultan 'Abdul Hakkul Mubin, Sultan Brunei ke-13.

Satu ketika dahulu terdpat keraguan sesetengah pihak samada makam ini adalah kepunyaan Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan ataupun bukan  kerana makam ini tiada sebarang catatan nama Al-Marhum. Ada juga mendakwa pernah terjumpa batu nesan besar diatas Bukit Tanjung Kindana menghadap kearah laut yang mempunyai ukiran tertentu dan diatasnya terdapat semacam nama Sultan Muhammad Hassan.

Sehubungan dengan itu Pusat Sejarah Brunei  dengan Kerjasama Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Jabatan Adat Istiadat Negara dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (Bahagian Perkuburan) telah melakukan usaha mencari dan menyelidik batu nesan yang dimaksudkan bermula dari kawasan makam ini hingga keatas bukit dan kemudiannya ke hujung Tanjung Kindana hingga pertengahan bukit yang bersempadan dengan makam yang ada sekarang. 

Yang dijumpai hanyalah serpihan tembikar tidak jauh dari makam yang ada sekarang. Kesimpulan yang dibuat adalah kawasan Sungai Bunga satu ketika dahulu merupakan kawasan penempatan atau perkampungan orang Brunei. Selain daripada itu Awang Haji Buntar bin Ishak menyatakan bahawa sebelum zaman Jepun terdapat bekas tunggul tiang rumah di kawasan Sumgai Bunga yang menyokong teori kawasan ini dahulunya merupakan kawasan perkampungan pada zaman dahulu. Awang Haji Buntar merupakan seorang wargaemas berusia dalam lingkungan 70an dari Kampung Pundak di Kuala Sungai Brunei dan beliau banyak maklumat berhubung makam Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan.

Dalam temubual yang dilakukan, keyataan Awang Hj Buntar adalah seperti berikut :-
  • Hingga ke hujung Tanjung arah ke muara Sungai Brunei tidak ada kubur selain makam yang ada sekarang. Menurut cerita perindungan, kamas datu kami Awang Safar berparang di Padas (dibawa oleh Pengeran Shahbandar), baru ia berkabun disana atu (Sungai Bunga). Bercerita tia ada kubur Sultan di sana taunya. Sultan Hasan di sana makamnya, miatu. Iatah sampai karang ani tah cerita atu.
Dalam kenyataannya Awang Hj Buntar sekali lagi menegaskan :-
  •  Cerita Datu kami, Datu Safar atu kisah banar. Bagasnya berparang di Padas (dibawa oleh Pengeran Shahbandar),iatah ia berkabun disana atu (Sungai Bunga). Ia bercerita ada kubur Sultan disana, Sultan Hasan.
Kenyataan atau pendapat ini telah disokong oleh Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato' Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri seperti berikut :-
  • Memang betul makam itu Makam ini Makam Sultan Muhammad Hassan. Ini diberitahu dahulu kepada saya oleh seorang pegawai Pejabat Ukur bernama Pengiran Haji Mohd Daud bahawa makam yang di Tanjung Kindana itu adalah Makam Sultan Muhammad Hassan, dan saya pernah membuat penyelidikan kesana .... hanya sayangnya batu nisannya patah dan tidak bertulisan, tetapi orang tua-tua mengatakan, makam itu Makam Sultan Muhammad Hassan.
Selain daripada itu bentuk lorekan atau ukiran daun setampik atau suganda atau daun selambar yang terdapat pada nesan Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan merupakan ukiran yang terdapat pada batu nisan makam Sultan dan pembesar-pembesar Brunei seperti ukiran di Makam Sultan Bolkiah, Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam, Makam Sultan Omar Ali Saifuddin II. Kepala atau puncak batu nisan makam ini dikatakan seakan-akan puncak batu nisan Makam Sultan Bolkiah.

Catatan Datu Imam Yaakub dalam Salahsilah Raja-Raja Brunei menyatakan :-
  • Marhum di Tanjung yang bernama Paduka Seri Sultan Hassan yang besar kerajaannya lagi keras perintahnya : istana baginda dua, kotanya terus empat persegi dari Kota Batu itu hingga a-r-y (air) dibakutnya, tanah diratakannya, berbangunan-bagunan mahligai tiga pangkat di atas lawang cermin berbagai warna dan perbuatannya, dan bersumbu layang di halaman Lapau. (Sweeney : halaman 20)
  • Sultan Hassan .... ialah dinamai Marhum Di Tanjung kerana ia mangkat di Tanjung Chendana, Kuala Brunei (Sweeney : halaman 56)
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Metusin bin Umar dalam kertas kerjanya bertajuk "Batu Nisan Inskripsi dan Fakta Dalam Pengajian Sejarah Brunei yang diterbitkan dalam Pelita Brunei  08 Mei 1996, halaman 12 antara lain menyatakan :-
  • Nama-nama seperti Sultan Sharif Ali, Sultan Bolkiah, Sultan Muhammad Jamalul Alam 1 dan Sultan Omar Ali Saifuddien 11 adalah diantara yang dijumpai batu-batu makam yang masih boleh disaksikan hingga sekarang.
  • Ini tidak termasuk nisan-nisan yang dipercayai sebagai makam-makam Sultan Hasan, Sultan Muhyiddin dan Sultan Abdul Momin yang tidak secara tegas mencatatkan nama-nama Sultn berkenaan tetapi telah diakui atau diterima [sebagai Sultan Hasan, Sultan Muhyiddin dan Sultan Abdul Momin].
Adalah dipercayai dan diyakini oleh pihak yang bertanggungjawab bahawa makam yang yang terletak di Kampong  Bunga, Tanjung Kindana ini merupakan Makam Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan atau Marhum Di Tanjung. 


Awang Haji Buntar bin Ishak 
(Click gambar untuk image yang lebih besar)







Bentuk Batu Nisan Makam Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan dilihat dari pelbagai sudut.


Syah ke Makam Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan di Kampong Sungai Bunga, Tanjung Kindana menggunakan pengangkutan air kerana tiada jalan darat ke kawasan berkenaan. Syah naik dari kawasan Kampong Sungai Besar, Daerah Brunei dan Muara. Dalam hati gementar juga sebab sudah lama tak naik bot atau sampan yang menyeberangi sungai.


(Click gambar untuk image yang lebih besar)

Di belakang pemandu bot itu adalah Kampung Sungai Bunga. Kampong Sungai Bunga dikatakan kawasan bekas Istana Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan dan rumah-rumah di Kampong Bunga sekarang ini merupakan Projek Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Kampong ini dilengkapi dengan sekolah, masjid, pusat kesihatan dan Pos polis serta lain-lain kemudahan.


(Click gambar untuk image yang lebih besar)
Jalan dibelakang Syah itu menuju kekawasan makam Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan.


(Click gambar untuk image yang lebih besar)

Dihujung jambatan ini terletaknya Makam Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan tidak jauh dari kawasan perumahan Kampong Sungai Bunga.


(Click gambar untuk image yang lebih besar)

Didalam kawasan berpagar ini adalah Makam Al-Marhum Sultan Muhammad Hassan. Kelihatan dibelakang Syah adalah Perumahan Kampong Sungai Bunga. Tidak jauh jaraknya diantara Makam dan kawasan perumahan.



Makam Al-Marhum Sultan Bolkiah di Kota Batu



Batu Nisan Al-Marhum Sultan Bolkiah

  
Makam Al-Marhum Sultan Muhammad Kanzul 'Alam di dalam kawasan Kubah Makam Diraja Brunei, Jalan Tutong.



Sebahagian daripada ukiran pada Makam Al-Marhum Sultan Muhammad Kanzul 'Alam.


Sumber :- Berita Jabatan Pusat Sejarah : Bilangan 8 Tahun 1997 - Makam Sultan Muhammad Hassan oleh Awang Haji Muhammad bin Abdul Latif / Sejarah Sultan-Sultan Brunei Menaiki Tahta / Salasilah Sultan-Sultan Bunei (Pusat Sejarah Brunei)/Pengiran OA / MBS / Tarsilah Brunei.

Stem dan Sampul Surat Hari Pertama Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

$
0
0

23 April 2015, Khamis :-

Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah pada 06 Mei 2015 bersamaan 07 Rejab 1436 Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan bahan-bahan filateli seperti berikut :-
  1. Stem bernilai 60sen, 80sen, RM1.20.
  2. Sampul surat hari pertama bernilai 50sen.
  3. Lembaran Mini bernilai RM5.00.
  4. Folder bernilai RM6.00.
Jualan bahan-bahan filateli ini akan bermula pada hari Khamis, 07 Mei 2015 disetiap pejabat pos di Malaysia.

Kepada para pengumpul dan peminat Stem serta Sampul Surat Hari Pertama jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan bahan-bahan filateli tersebut di pejabat-pejabat pos berhampiran tempat anda.  Walau bagaimanapun Folder yang bernilai RM6.00 itu hanya dijual di pejabat-pejabat pos terpilih sahaja. Yang pastinya jika anda ke Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur di Kompleks Dayabumi pasti anda boleh memilikinya.

Kepada anda yang ingin memiliki sampul surat hari pertama dan masih baru dalam bidang hobi sebigini, pastikan anda ke pejabat pos untuk membelinya pada 07 Mei 2015 kerana iannya hanya akan dijual pada hari berkenaan sahaja. Jika anda ingin membelinya pada hari yang lain mereka tidak akan menjualnya kerana itulah iannya dipanggil sampul surat hari pertama. Manakala Stem dan yang lain-lainnya akan dijual selagi stok masih ada. 

Walaupun jika anda terlepas peluang untuk memilik sampul surat hari pertama berkenaan iannya masih boleh diperolehi terutamanya dari para pengumpul (collector) atau membelinya di Pasar Karat (flea market) dan salah satu tempatnya di AmCorp Mall, Petaling Jaya pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Lebih baik anda datang pada hari Ahad kerana lebih ramai penjual berniaga disini pada hari berkenaan. Penjual barang-barang lama disini biasanya akan membeli sampul surat berkenaan dalam kuantiti tertentu dan akan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi sedikit dari harga asal.

Sumber :- Filateli-Pejabat Pos Besar KL

Terima Kasih Para Pengunjung Blog Syah

$
0
0



27 April 2015, Isnin :-

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca tengkusyah.blogspot.com kerana mengikut statistik sehingga entry ini ditulis iannya telah dikunjungi seramai 1,004,203 penjunjung. Terima kasih atas sokongan anda semua dan Syah amat menghargainya.

Pameran Sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah

$
0
0

27 April 2015, Isnin :- 

Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah pada 06 Mei 2015 ini satu pameran sempena pertabalan baginda akan diadakan pada 05 Mei hingga 04 Jun 2015 bertempat di Dewan Bandaran Ipoh, Ipoh ,Perak. Pameran ini dibuka untuk orang ramai setiap hari bermula jam 10:00 pagi hingga jam 07:00 malam. 

Syah berharap kita semua mengambil kesempatan ini untuk membawa keluarga, anak-anak, teman dan saudara mara ke pameran ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Institusi beraja di negeri Perak disamping memertabatkan Institusi Raja Berperlembagaan di negara kita ini.

Lokasi Dewan Bandaran Ipoh terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh dan iannya berhadapan dengan Stesyen KTM Ipoh.  Jika anda dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi  ETS di KL Sentral untuk kepameran ini. Ada dua perkhidmatan disediakan iaitu ETS Gold dan ETS Silver dimana ETS Gold berharga 35.00 manakala ETS Silver berharga RM25.00 dan tiada caj GST buat masa ini. ETS Gold mengambil masa perjalanan 2 jam 15 minit manakala ETS Silver 2 jam 30 minit.

Sumber :-  DYTMS NFS/KTM/Jabatan Penerangan Perak

Gambar Tuanku Abdul Halim Dan Almarhumah Sultanah Bahiyah Di Pasar Karat AmCorp Mall

$
0
0

28 April 2015, Selasa :-

Beberapa minggu lepas Syah ke Pasar Karat atau Flea Market yang terletak di AmCorp Mall untuk melihat barang-barang lama yang dijual disana.  Di salah satu gerai ditingkat bawah komplek beli belah berkenaan Syah terpandang gambar Sultan dan Almarhumah Sultanah Kedah. Syah tak pasti gambar ini untuk istiadat apa tetapi ada tertera tahun 1958 iaitu tahun Tuanku Abdul Halim naik tahta sebagai Sultan Kedah tetapi ada perkataan MEDAN pula. Syah bertanya kepada penjual mengenai harga gambar berkenaan dan beliau maklumkan RM1,000.00. Jika anda berminat memiliki atau hendak melihat gambar ini bolehlah datang ke AmCorp Mall pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Waktu Syah kesana tempohari pada hari Ahad. Kebiasaannya hari Ahad lebih ramai penjual berniaga barangan lama disini berbanding hari Sabtu.  Tak pasti Syah samada gambar ini masih ada lagi atau sudah dijual.

Sumber :- MBS

Istiadat Meletak Kerja Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35

$
0
0

03 May 2015, Ahad :-


Pagi ini telah berlangsung Istiadat Meletak Kerja Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (ke-35), Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah. Istiadat meletak kerja sebagai tanda bermulanya secara rasmi Istiadat  Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak ke-35 yang akan berlangsung mulai hari ini hingga 17 May 2015. Istiadat meletak kerja ini disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di kawasan Panca Persada, Istana Iskandariah. 

Istiadat bermula dengan Orang Kaya-Kaya Seri Andika Raja Shabandar Muda Dato Seri Ir. Mohamad Othman bin Zainal Azim  memohon perkenan DYMM Tuanku Sultan untuk memulakan Istiadat Meletak Kerja. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kemudiannya membaca lafas merasmikan Istiadat Meletak Kerja. Istiadat kemudiannya disusuli dengan bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria bagi memohon kelancaran istiadat berkenaan. Serentak itu kedengaran 17 das tembakan meriam dan paluan Nobat sebagai tanda Istiadat Meletak Kerja sempena Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak ke-35 telah selamat disempurnakan.

Majlis Kenduri Arwah akan diadakan di kawasan Panca Persada sebagai tanda kesyukuran setelah selesai memulakan salah satu daripada istiadat sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak ke-35. Diantara Istiadat-Istiadat yang dijalankan sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (ke-35), Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah adalah seperti berikut :-

  1. 03 Mei 2015 : Istiadat Meletak Kerja.
  2. 06 Mei 2015 : Istiadat Tabal Adat
  3. 07 Mei 2015 : Istiadat Bersiram Tabal (Pagi)
  4. 07 Mei 2015 : Istiadat Tabal Pusaka (Malam)
  5. 08 Mei 2015 : Istiadat Menziarahi Makam Almarhum Sultan Terdahulu
  6. 14 Mei 2015 : Istiadat Ziarah ke Beting Beras Basah
  7. 17 Mei 2015 : Istiadat Menutup Kerja.

Kali terakhir Istiadat Pertabalan Sultan Perak diadakan adalah 30 tahun yang lepas pada 09 Disember 1985. Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak akan diadakan dengan penuh adat istiadat diraja Negeri Perak yang diwarisi turun temurun oleh keluarga diraja semenjak tahun 1528 apabila Sultan Mudzaffar Shah 1 dijemput ke Perak sebagai Sultan Perak pertama.


Sumber : Bernama Radio/MBS/Fairol

Tuanku Nazrin Hadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35

$
0
0

03 May 2015, Ahad :-


Malam ini Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 di Masjid Ubuddiah, Kuala Kangsar, Perak.  

Turut serta dalam majlis ini adalah Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa ; Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan,  Duli Yang Amat Mulia Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah ; Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan,  Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria.

Sumber :- Bernama  

Tuanku Nazrin Lancarkan Pameran Sempena Pertabalan Baginda

$
0
0
Tuanku berdua berkenan menandatangani Buku Bergambar Menyusur Riwayat.


Tuanku merasmikan pameran.


04 May 2015, Ahad :-

Pagi tadi Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan melancarkan Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Buku Hikayat Misa Melayu bersempena  Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35.  Majlis diadakan di Dewan Bandaran Ipoh. Pameran diadakan selama sebulan bermula hari ini sehingga 04 Jun 2015 dan terbuka untuk orang ramai dari jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari .

Pameran ini dianjurankan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau Bernama dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Penerangan. Pameran ini terbahagi kepada 14 segmen diantaranya Mewarisi Takhta Kerajaan, Dunia Ilmu, Pelbagai Peranan dan Tanggungjawab serta Takhta Disandang Rakyat Disayang. 

Turut dipamerkan dalam pameran ini adalah gambar bangunan-bangunan bersejarah di Perak seperti Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan King Edwards VII di Taiping. Terdapat juga sudut buku berkaitan institusi diraja yang dibawa khas dari Perpustakaan Bernama dan Perpustakaan Negeri Perak untuk tatapan pengunjung.

Anda juga boleh bergambar disebelah gambar besar Tuanku Sultan dan Raja Permaisuri diruangan khas "permaidani merah" yang terletak di bahagian luar bilik pameran. Pihak penganjur menggarkan seramai 500,000 pengunjung akan hadir ke pameran ini.  Baginda dan Raja Permaisuri serta keluarga menghabiskan masa selama 45 minit di pameran ini.

Sumber :- Bernama.

Saksikan Siaran Secara Langsung Istiadat Tabal Adat Paduka Seri Sultan Perak XXXV (ke-35)

$
0
0

06 May 2015, Rabu :-

Pagi ini akan berlangsung Istiadat Tabal Adat Paduka Seri Sultan Perak XXXV (ke-35), Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.  Semuga Istiadat ini berlangsung seperti yang dijadualkan dan dipermudahkan segalanya. 


Kepada anda yang tidak berpeluang dijemput untuk menghadiri Istiadat penuh bersejarah ini, kita masih boleh menyaksikannya secara langsung dari Balairong Seri Istana Iskandariah melalui saluran Television. Sekarang ini RTM - TV1 sedang menyiarkan secara langsung berkenaan pertabalan ini bermula jam 07:30hrs hingga 12:30hrs. Begitu juga TV3 dan Astro Awani 501 juga turut menyiarkan secara langsung Istiadat Pertabalan ini. Anda juga boleh menyaksikannya melalui TV Streaming http://myklik.rtm.gov.my/tv1.


Ucap Tahniah Kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Dan Tuanku Zara Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV

$
0
0



06 May 2015, Rabu :-

Merafak Sembah Junjung Kasih Ucap Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah diatas pertabalan baginda sebentar tadi di Balairong Seri Istana Iskandariah sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan XXXV (ke-35). Patik juga mengambil kesempatan ini untuk  Merafak Sembah Junjung Kasih Ucap Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim diatas Pengisytiharan Gelaran Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan.


Dirgahayu Tuanku Patik.
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.


Daripada 


Istiadat Tabal Adat Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan XXXV (Ke-35) Selamat Disempurnakan

$
0
0
06 May 2015, Rabu :- 


Shukur Alhamdulillah Istiadat Tabal Adat Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan XXXV (ke-35), Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah selamat disempurnakan pagi tadi dengan penuh adat istiadat Diraja Negeri Perak Darul Ridzuan. Disini Syah ingin berkongsi dengan anda semua secara ringkas perjalanan Istiadat yang penuh bersejarah ini sebagai tatapan dan rujukan bersama. Terlebih dahulu Syah mohon maaf jika ada terdapat sebarang kesilapan dalam entry ini dan sila maklumkan kepada Syah diruangan comments. Sila click gambar untuk imej yang lebih besar.


Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah mencemar duli memeriksa kawalan kehormat sempena Istiadat Pertabalan Baginda dihadapan Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.




Para Jejawat membawa masuk 16 bilah lembing kerajaan yang diperbuat dari perak dan 16 kaki payung kerajaan bewarna kuning dan putih berselang seli didahului oleh payung kerajaan kedalam Balairong Seri . Para jejawat mesti memakai baju dan seluar bewarna putih serta sampin bewarna kuning dibawah baju, bertongkolok kain batik bersolek (ikatan) getam pekasam. Payung dan Lembing di susun 16 disebelah kiri dan 16 disebelah kanan Balairong Seri yang diatur oleh Panglima dalam. Apabila payung dibuka menandakan bermulanya Istiadat Tabal Adat.




Keberangkatan Masuk Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Raja Permaisuri Perak, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim ke Balairong Seri Istana Iskandariah didahului oleh Panglima-Panglima Istana. Turut serta mengiringi keberangkatan baginda berdua adalah DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Jaafar bin Raja Muda Musa, DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani bt. Raja Shahar Shah serta DYAM Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Dato’ Seri Soraya bt. Sultan Abdul Halim.  



Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Seri Andika Raja Shabandar Muda (Orang Besar 8 Perak) Dato Seri Ir. Mohamad Othman bin Zainal Azim mengadap mohon limpah perkenan DYMM Tuanku Sultan untuk memulakan Istiadat Pertabalan ini.



Bacaan ayat suci Al-Quraan dari Surah Al-Imran ayat 26 hingga 32  dibacakan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Radzi Bin Kamarul Hailan bekas Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2000 dan 2004.



Istiadat membawa masuk naskah Al-Quraan. Sahibus Samahah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak membawa masuk naskah Al-Quraan dengan diapit oleh dua orang Bentara dan diserahkan Al-Quraan berkenaan kepada Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato' Dr Afifi al-Akiti (Orang Besar 8 Perak dan Ahli Seumur Hidup Dewan Negara Perak).  Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato' Dr Afifi al-Akiti menyembahkan Al-Quraan Berkenaan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.



DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudiannya menerima naskah Al-Quraan berkenaan lalu dicium oleh baginda sebelum diletakkan ditempat khas disisi singahsana disebelah kanan baginda. Secara simboliknya DYMM Paduka Seri Sultan Perak mengucup Al-Quraan dan meletakkan nya ditempat khas disebelah baginda menggambarkan agama islam sebagai tiang dan tunggak kepada setiap panduan yang akan dibuat oleh baginda dalam menerajui negeri perak. 

Istiadat membawa masuk Pedang Cura Simanja Kini dan Watikah Pemasyuharan Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-35. Pedang Cura Simanja Kini dibawa oleh YM Raja Che Muda manakala Watikah Pemasyuharan  dibawa oleh Yang Dihormati Toh Amar Seri Diraja Ketua Istiadat Setiausaha Dewan Negara Perak, Dato' Ayop Hashim. Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja (Orang Besar 4 Perak) Jen (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Hj Zainuddin menerima watikah pemasyhuran berkenaan untuk dibacakan. Beliau kemudiannya mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak bersama YM Raja Che Muda dan YM Raja Che Muda yang menatang Pedang Cura Simanja Kini menyerahkan pedang berkenaan kepada Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja untuk diserahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.



DYMM Paduka Seri Sultan Perak menerima Pedang Cura Simanja Kini dan kemudiannya bergerak kehadapan singahsana lalu menghunus dan mengucup Pedang Cura Simanja Kini diikuti dengan seruan Daulat oleh Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan diikuti seru oleh semua dif-dif dan tetamu di Balairong Seri sebanyak 3 kali diikuti paluan Nobat.


Mestika (Geliga) Embun

Mohor Kecil Cap Halilintar

Toh Seri Nara Diraja Mohd Syah Nong Cik masuk mengadap mempersembahkan Mestika (Geliga) Embun kehadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Toh Seri Nara diraja kemudiannya menyunting Mohor Kecil Cap Halilintar ke telinga kanan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan membisikkan Rahsia Nisab Sultani.  

Rahsia Nasab Sultan


Watikah Pemasyuharan penganugerahan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak kepada Tuanku Zara Salim dibacakan oleh Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja (Orang Besar 4 Perak) Jen (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Hj Zainuddin. Watikah Pemasyuran dibawa masuk oleh Yang Dihormati Toh Amar Seri Diraja Ketua Istiadat Setiausaha Dewan Negara Perak, Dato' Ayop Hashim.  




DYMM Raja Permaisuri Perak kemudian mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak diikuti dengan seruan Daulat oleh Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan diikuti seru oleh semua dif-dif dan tetamu di Balairong Seri sebanyak 3 kali diikuti paluan Nobat.


Ucapan Tahniah dan Taat Setia bagi pihak Raja-Raja dan Orang Besar Perak Darul Ridzuan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Jaafar bin Raja Muda Musa.




Ucapan Tahniah dan Taat Setia mewakili kerajaan dan rakyat oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.


Yang Dihormati Toh Amar Seri Diraja Dato' Ayop Hashim membawa masuk Watikah Titah Diraja untuk diserahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk dititahkan. Setelah selesai Yang Dihormati Toh Amar Seri Diraja Dato' Ayop Hashim mengadap untuk mengambil semula Watikah Titah Diraja.


Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria mengambil tempat di Balairung Seri untuk membaca Doa Selamat.



Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Seri Andika Raja Shabandar Muda Dato Seri Ir. Mohamad Othman bin Zainal Azim mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk mempersembahkan bahawa Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Yang Dipertuan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan Yang ke-35  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah selamat dizahirkan (telah selamat disempurnakan).


Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato' Dr Afifi al-Akiti mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk mengambil semula naskah Al-Quraan di Singahsana diiringi oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak. Tuanku mengucup Al-Quraan berkenaan sebelum diserahkan semula kepada Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato' Dr Afifi al-Akiti.


Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim berangkat keluar meninggalkan Balairong Seri Istana Iskandariah. Keberangkatan Tuanku meninggalkan Balairong Seri diiringi paluan Nobat.


Sumber :- Bernama/Jabatan Penerangan / DYTMS / Fairol

Sampul Surat Hari Pertama Sempena Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV Dijual Hari Ini

$
0
0

07 May 2015, Khamis :-

Hari ini Setem, Lembaran Mini, Sampul Surat Hari Pertama dan Folder sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah mula dijual disetiap Pejabat Pos seluruh Malaysia. Syah pun tak lepaskan peluang yang jarang-jarang berlaku ini untuk mendapatkannya sebagai koleksi filateli diraja Syah. Seawal jam 06:30 pagi Syah sudah bertolak ke Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur dari rumah abang Syah di setapak.  Syah tumpang tidur rumahnya kerana takut lambat tiba ke Pejabat Pos. 


Sampai di Kaunter Felateli, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur berhampiran Bangunan Dayabumi, rupanya sudah ramai yang membuat "tempahan awal" dengan meletakkan beg dihadapan pintu kaunter berkenaan. Pihak Pos Malaysia juga ada menyediakan kerusi untuk kemudahan orang ramai. Begitu juga kaunter khas untuk warga emas.


Inilah dia koleksi Filateli Syah sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Memang orang ramai dan terpaksa beratur untuk membeli barangan berkenaan. Terdapat kenyataan yang diletakkan dikaunter bahawa bagi Sampul Surat Hari Pertama hanya dibenarkan seorang membuat pembelian tidak lebin dari enam manakala Lembaran Mini tidak boleh lebih dari tiga. Syah dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa sesetengah stock sudah habis awal di pejabat pos di kawasan mereka.


Setem yang dibeli tadi perlu dilekatkan sendiri di sampul surat dan Pos Malaysia menyediakan kerusi dan meja serta air untuk tujuan berkenaan.  Setelah selesai, sampul surat berkenaan perlu dicop dikaunter yang disediakan.




Beginilah rupanya daripada sampul kosong, dilekatkan Setam dan Cop Pertabalan yang akan menjadikannya lebih exclusive. Setelah selesai Syah balik ke rumah dan apabila sampai Stesyen LRT ada kawan Syah maklumkan dia tak dapat beli lembaran mini kerana stock telah habis lalu Syah ke Pos Malaysia di Gombak untuk membelikan beliau lembaran mini berkenaan tetapi hampa apabila dimaklumkan stock berkenaan sudah habis. Semasa di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur tadi stock memang banyak tapi dia terlambat inform Syah.

Folder


Yang ini dapat percuma poster berkenaan jualan koleksi Filatli ini.

Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)

$
0
0

Click gambar untuk Imej yang lebih besar.


07 May 2015, Khamis :-


Pagi tadi Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal di Tujuh Kuala Sungai Perak telah diadakan dengan penuh tertib mematuhi adat dan tradisi Istana Perak sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (ke-35). Rombongan yang membawa perkakas istiadat diketuai oleh Toh Seri Nara Diraja Mohd Shah Nong Chik menaiki tujuh buah kenderaan tentera yang dihiasi kain kuning dan diiringi paluan Nobat dengan lagu Nobat Khamis bertolak dari anjung Istana Iskandariah menuju Jeti Majlis Perbandaran Kuala Kangar (MPKK).


Click gambar untuk Imej yang lebih besar.

Setibanya rombongan di Jeti MPKK, Perkakas istiadat kemudiannya dibawa masuk kedalam dua buah bot yang dihiasi kain kuning untuk mengambil air dari tujuh kuala sungai Perak iaitu di Sungai  Kangsar, Sungai Chempias, Sungai Saiyong, Sungai Hitam, Sungai Chermin, Sungai Buaia dan Sungai Menora. 


Click gambar untuk Imej yang lebih besar.


Air yang diambil dimasukkan kedalam bekas yang dipanggil geluk atau buyong. Sebanyak 16 geluk digunakan bagi istiadat ini yang terdiri daripada 8 geluk emas dan 8 geluk perak. Geluk-geluk berkenaan diiringi dengan hiasan daun kelapa muda yang dianyam berbentuk jari lipan, bekas perasap, bekas beras kunyit, bekas beras basah, bekas bertih, bekas tepung tawar, bekas air sintuk, bekas air limau dan bekas air bunga panca bicara.

 

Click gambar untuk Imej yang lebih besar.

Istiadat disempurnakan dalam masa dua jam dan geluk-geluk yang berisi air berkenaan diarak balik ke Istana Iskandariah dengan iringan paluan nobat oleh Kumpulan Nobat Diraja Perak. Sesampainya ke Istana Iskandariah, air berkenaan dibawa ke Panca Persada untuk digunakan bagi Istiadat Bersiram Tabal pada malam ini selepas Istiadat Tabal Pusaka dijalankan.



Click gambar untuk Imej yang lebih besar.


Click gambar untuk Imej yang lebih besar.



Sumber :- Perak Today/ Bernama/TV1/Fairul

Istiadat Tabal Pusaka Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXV (Ke-35) Disempurnakan

$
0
0
Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar



Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Bainun Mohd Ali.


08 May 2015, Jumaat :-

Istiadat Tabal Pusaka Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35) telah disempurnakan malam tadi di Istana Iskandariah. Istiadat Tabal Pusaka merupakan salah satu daripada enam istiadat yang perlu disempurnakan sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXV (Ke-35). Istiadat Tabal Pusaka ini mengandungi beberapa istiadat kecil termasuk Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak, Istiadat Pemulihan Perkakas-Perkakas Kerajaan, Istiadat Bersiram Tabal dan Istiadat Santapan Nasi Berastakona.

Istiadat malam tadi dimulai dengan Istiadat Pemulihan Perkakas-Perkakas Kerajaan dan perkakas Nobat Diraja oleh Raja Chik Muda Pawang Diraja, Raja Rosli Mohamad di Balairung Seri Istana Iskandariah sekitar jam 09:30 malam. Istiadat di Balairung Seri ini dijalankan secara tertutup dalam keadaan gelap dan hanya diterangi cahaya lilin yang dibawa masuk oleh 16 jejawat perempuan.

Setelah selesai istiadat di Balairung Seri, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan berangkat ke Panca Persada yang terletak di perkarangan Istana Iskandariah untuk Istiadat Bersiram Tabal. DYMM Tuanku Nazrin dan Tuanku Zara duduk diatas Panca Persada setinggi 11 tingkat dimana empat orang kerabat diraja wanita memegang sehelai kain putih di empat penjuru ditempat persemayaman (duduk) Tuanku berdua. 

Raja Chik Muda Pawang Diraja, Raja Rosli Mohamad diikuti Toh Seri Nara Diraja, Mohd Shah Nong Chik dan adinda Tuanku Sultan, Raja Datuk Seri Azureen menyurahkan air yang diambil daripada tujuah kuala Sungai Perak keatas kain putih berkenaan dimana DYMM Tuanku berdua berada dibawah kain berkenaan. DYMM Tuanku berdua kelihatan ceria dan gembira ketika istiadat berlangsung yang mengambil masa kira-kira 5 minit.

Paluan Nobat dengan lagu Raja Berangkat (Gendang Berangkat) dan Puteri Mandi Mayang dimainkan oleh Kumpulan Nobat Diraja Perak sepanjang istiadat dijalankan.  Setelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, DYMM Tuanku berdua diselimutkan dengan kain songket bersulam benang emas dan kemudiannya turun dari Panca Persada.

Dari Panca Persada Baginda berdua berangkat ke Istana Iskandariah untuk menukar persalinan bagi menghadiri Istiadat Santapan Nasi Berastakona di Balairung Seri Istana Iskandariah. Setelah selesai Istiadat Santapan Nasi Berastakona maka Istiadat Tabal Pusaka sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35) telah disempurnakan.

Turut berangkat dalam Istiadat ini adalah bonda kepada Tuanku Sultan, YMM Raja Permaisuri Bainun Mohd Ali, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Jaafar bin Raja Muda Musa dan isteri, Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan,  Duli Yang Amat Mulia Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan isteri. Turut serta adalah  Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan para jemputan khas.

Sumber :- Bernama/Utusan/Perak Today

Tuanku Nazrin Dan Tuanku Zara Menziarahi Makam Tok Temong Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)

$
0
0
Sila Click gambar untuk imej yang lebih besar.


08 May 2015, Jumaat :-

Istiadat Menziarahi Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak yang terdahulu bermula pada hari ini sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35). Lokasi pertama ziarah DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri adalah Makam Tok Temong di Katil, Kuala Kangsar sekitar jam 09:00hrs pagi tadi. Adalah menjadi adat bagi setiap Sultan Perak yang baru ditabalkan menziarahi makam-makam berkenaan. Majlis Doa Selamat dan Kenduri Arwah turut diadakan. DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri menyiram air mawar dan menabur bunga di Makam Tok Temong. 

Tok Temong  atau nama sebenarnya Tok Perabu merupakan seorang Pembesar Wanita yang berkuasa memerintah Daerah Temong semasa pemerintahan Sultan Perak 1, Almarhum Sultan  Muzaffar Shah 1 (1528 - 1549) dan dipercayai Tok Temung berkuasa dikawasan berkenaan sebelum Almarhum Sultan Muzaffar Shah 1 dijemput ke Perak sebagai Sultan Perak pertama.

Pada sebelah petang pula DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri dijadualkan menziarahi Makam Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) di Daerah Kampar. DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri dijadualkan menziarahi 35 buah makam dalam Istiadat Ziarah Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak terdahulu sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35).

Sumber :- Perak Today / Jabatan Penerangan Malaysia / Utusan Online

Tuanku Nazrin Tunaikan Solat Jumaat Di Masjid Sultan Azlan Shah

$
0
0
Click Gambar untuk Imej yang lebih besar.

08 May 2015, Jumaat :-

Hari ini Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak.  Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan,  Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria.

Sumber : Zambry Abd Kadir FB / Perak Today.

Tuanku Nazrin Dan Tuanku Zara Menziarahi Makam Raja Bendahara Alang Iskandar atau Marhum Teja Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)

$
0
0
Click gambar untuk imej yang lebih besar



08 May 2015, Jumaat :-

Makam Raja Bendahara Alang Iskandar atau Marhum Teja merupakan lokasi kedua ziarah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan dalam Istiadat Menziarahi Makam-Makam Sultan dan Pemerintah Perak yang terdahulu sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35).  DYMM Tuanku Nazrin dan DYMM Tuanku Zara berangkat tiba kekawasan makam lebih kurang jam 16:00hrs.

Makam ini terletak di Kuala Teja dalam Mukim Gopeng. Raja Bendahara Alang Iskandar merupakan putera kepada Raja Kechil Tengah Ahmad Ibni Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Almarhum dilantik menjadi Raja Bendahara Perak sewaktu era pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad Shah 1 dan Sultan Ja'far Muazzam Shah. Sewaktu menjadi Raja Bendahara Perak di Kuala Teja, Almarhum me­ngutip cukai di atas segala barang-barang yang masuk dan keluar di Kuala Sungai Kinta. Almarhum bersemayam di Kuala Keboi, Kampar dan mangkat di Kuala Teja, Kota Bharu Gopeng.

Sumber :- Utusan.com /Perak Today / Jabatan Penerangan Malaysia

Istiadat Santapan Diraja Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35)

$
0
0
 Click gambar untuk imej yang lebih besar.

 Click gambar untuk imej yang lebih besar.


Click gambar untuk imej yang lebih besar

10 May 2015, Ahad :-

Malam semalam Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim telah berkenan meraikan 570 tetamu jemputan khas dalam Istiadat Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak XXXV (Ke-35). Istiadat Santapan Diraja diadakan di Dewan Santapan, Istana Iskandariah.

Turut berangkat ke istiadat ini adalah Raja-Raja Melayu diantaranya KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri, DYMM Sultan Selangor, KDYMM Al-Sultan Kelantan, KDYMM Sultan Terengganu, KDYMM Sultanah Terengganu, DYMM Raja Perlis, DYMM Raja Perempuan Perlis dan wakil Raja-Raja Melayu. 

Turut serta memeriahkan istiadat ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah, Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, beserta pembesar negeri dan orang kenamaan lain serta pasangan masing-masing.

Sumber:- Bernama / Jabatan Penerangan Malaysia
Viewing all 965 articles
Browse latest View live