Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all 965 articles
Browse latest View live

Tuanku Abdul Halim Berangkat Ke Singapura

$
0
0

29 Mac 2015, Ahad :-

Semalam 28 Mac 2015, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat ke Singapura untuk menghadiri Upacara Pengebumian Negara bekas Perdana Menteri Singapura Mendiang Lee Kuan Yew pada hari ini. Mendiang Lee Kuan Yew meninggal dunia pada hari Isnin, 23 Mac 2015 dalam usia 91 tahun.  Turut mengiringi Tuanku Abdul Halim adalah Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tuanku Abdul Halim dan rombongan berangkat tiba di Singapura pada jam 17:00hrs dan disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob dan para pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Terdahulu pada sebelah paginya, Tuanku Abdul Halim telah berkenaan merasmikan Temasya Sukan Sungai sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Sultan Kedah Ke-87 di Tanjung Chali, Alor Setar, Kedah.


Sumber :- Bernama

Istiadat Kurniaan Darjah dan Pingat Sempena Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar

$
0
0

Click Gambar untuk Imej Yang Lebih Besar


31 Mac 2015, Selasa :-

Semalam telah diadakan Istiadat Kurniaan Darjah dan Pingat sempena Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor ke-5 Era Johor Moden.  Seramai 83 individu telah terpilih untuk menerima darjah dan pingat sempena Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar seperti berikut :-

Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) yang membawa gelaran Dato'.
      • Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
      • Tunku Temenggong Johor Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim
      • Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (Bonda Tuanku)
      • Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim
      • Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim
      • Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim
      • Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar ibni Sultan Ibrahim.
      • Menteri Besar Johor Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin 
      • Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim Ramli 
    Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) yang membawa gelaran Dato'.
      • Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato' Ismail Karim 
      • Pegawai Kewangan Negeri Johor En Marsan Kassim.
    Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.I.J).
      • Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Latiff Yusof
      • Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor Brig Jen (B) Dato' Ali Musa
      • Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) En Amran A. Rahman
    Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (P.S.I II)
      • 69 orang Penerima
    Turut serta dalam istiadat yang diadakan di Dewan Sigahsana Istana Besar Johor Baharu adalah YAM Enche’ Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (bonda Tuanku), YAB Menteri Besar Johor dan Isteri, YAM Tunku Besar Zabedah binti Almarhum Sultan Iskandar, YAM Tunku Kamariah binti Almarhum Sultan Iskandar dan suami, anakanda-anakanda Tuanku serta para jemputan khas.

    Sumber :- Bernama / kemahkotaan.johor.gov.my / MBS 

    Keadaan Kesihatan Tuanku Abdul Halim Tidak Membimbangkan

    $
    0
    0

    04 April 2015, Sabtu :- 

    Semenjak semalam ada khabar angin menyatakan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah  sedang gering (sakit). 

    Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato' Paduka Mohd Puat Mohd Ali dalam kenyataannya hari ini menafikan khabar angin berkenaan. Beliau beranggapan ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil menyebarkan fitnah bahawa Tuanku telah gering dan rebah di istana.

    Tambah beliau :-
    • "ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil menyebarkan fitnah bahawa Tuanku telah gering dan rebah di istana".
    • "Berita ini timbul apabila ada permintaan supaya diadakan majlis bacaan Yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Duli Tuanku di Kedah. Majlis bacaan Yasin ini lazim diadakan di Kedah kerana rakyat Kedah menyayangi Duli Tuanku. Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong sihat dan tidak gering.

    Walau bagaimanapun Menteri Besar Kedah YAM Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dalam kenyataannya hari  ini memaklumkan tahap kesihatan Tuanku Sultan Kedah dan juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah stabil dan tidak membimbangkan. 

    Beliau berkata :- 
    • "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak sihat...(ini) biasa sahaja. Tidak seteruk yang digembar-gemburkan melalui SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) yang saya tidak pasti dari mana datangnya." 
    • "Tapi tak perlu sampai tahap panik, kerana kita mempunyai doktor-doktor yang sentiasa menjaga kesihatan baginda."
    • ""Dalam pengetahuan saya, keadaan baginda stabil dan tak membimbangkan," 

    Petang ini Radio Bernama / Bernama melaporkan bahawa Istana Negara dalam kenyataanya memaklumkan Tuanku Abdul Halim sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan dalam keadaan stabil. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman berkata kesihatan baginda adalah baik. Tambah beliau lagi :-
    • "Istana Negara mengucapkan terima kasih atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Seri Paduka Baginda Tuanku.


    Tidak kiralah samada baginda sihat atau gering, Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Tuanku Abdul Halim yang telah berusia 87 tahun itu agar dipanjangkan umur dan diberikan tahap kesihatan yang baik. Amien.

    Sumber :- Bernama.

    Tuanku Hajah Haminah Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Dato' Tan Huat Seang

    $
    0
    0


    07 April 2015, Selasa :-

    Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan mencemar duli memberi penghormatan terakhir kepada Mendiang Dato' Tan Huat Seang yang merupakan salah seorang daripada enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Sungai Lalang, Semenyih pada 04 April 2015. Keberangkatan tiba Tuanku Hajah Haminah ke kediaman mendiang di Taman Golf, Alor Setar, Kedah disambut oleh balu mendiang, Datin Yee Siew Yin. Mendiang Dato' Tan Huat Seang merupakan seorang ahli perniagaan dari Kedah dan ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd.

    Sumber :- Bernama

    Istiadat Perkahwinan Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah

    $
    0
    0
    Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar

    07 April 2015, Selasa :-

    Istiadat Perkahwinan Diraja Diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Istiadat Perkahwinan Diraja bermula pada hari Ahad lepas, 15 Jamadilakhir 1436H hingga 25 Jamadilakhir  1436H bersamaan 05 April 2015 hingga 15 April 2015 seperti berikut :-
    1. 15 Jamadilakhir 1436H bersamaan 05 April 2015 : Majlis Istiadat bersuruh Diraja di Istana Nurul Iman / Jam 14:00hrs / Ahad.
    2. 16 Jamadilakhir 1436H bersamaan 06 April 2015 : Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga di Lapau / Jam 08:30hrs / Isnin.
    3. 17 Jamadilakhir 1436H bersamaan 06 April 2015 : Istiadat Berjaga-Jaga dan persembahan bercorak Keagamaan di Istana Nurul Iman dan persembahan Kebudayaan di Bandar Seri Bagawan / Jam 20:00hrs /Isnin malam Selasa.
    4. 17 Jamadilakhir 1436H bersamaan 07 April 2015 : Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja di Istana Nurul Iman / Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja di Istana Nurul Iman / Jam 14:00hrs / Selasa.
    5. 18 Jamadilakhir 1436H bersamaan 07 April 2015 : Istiadat Berjaga-Jaga dan persembahan bercorak Keagamaan di Istana Nurul Iman dan persembahan Kebudayaan di Bandar Seri Bagawan / Jam 20:00hrs / Selasa malam Rabu.
    6. 19 Jamadilakhir 1436H bersamaan 08 April 2015 : Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Lelaki dan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Perempuan di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman /Jan 19:30hrs / Rabu malam Khamis. Istiadat Berjaga-Jaga dan persembahan bercorak Keagamaan di Istana Nurul Iman dan persembahan Kebudayaan di Bandar Seri Bagawan / Jam 20:00hrs / Rabu Malam Khamis.
    7. 19 Jamadilakhir 1436H bersamaan 09 April 2015 : Majlis Istiadat  Akad Nikah Diraja di Masjid Omar 'Ali Saifuddien / Jam 13:00hrs / Khamis.
    8. 20 Jamadilakhir 1436H bersamaan 09 April 2015 : Istiadat Berjaga-Jaga dan persembahan bercorak Keagamaan di Istana Nurul Iman dan persembahan Kebudayaan di Bandar Seri Bagawan / Jam 20:00hrs / Khamis malam Jumaat.
    9. 21 Jamadilakhir 1436H bersamaan 10 April 2015 : Istiadat Berjaga-Jaga dan persembahan bercorak Keagamaan di Istana Nurul Iman dan persembahan Kebudayaan di Bandar Seri Bagawan / Jam 20:00hrs / Jumaat Malam Sabtu.
    10. 22 Jamadilakhir 1436H bersamaan 11 April 2015 : Majlis Istiadat Berinai Pengantin Diraja di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman / jam 19:30hrs / Sabtu Malam Ahad. / Istiadat Berjaga-Jaga dan persembahan bercorak Keagamaan di Istana Nurul Iman dan persembahan Kebudayaan di Bandar Seri Bagawan / Jam 20:00hrs / Sabtu Malam Ahad.
    11. 22 Jamadilakhir 1436H bersamaan 12 April 2015 : Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman / jam 10:00hrs / Ahad.
    12. 23 Jamadilakhir 1436H bersamaan 12 April 2015 : Majlis Persantapan Diraja di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman / Jam 19:30hrs / Ahad Malam Isnin. Istiadat Berjaga-Jaga dan persembahan bercorak Keagamaan di Istana Nurul Iman dan persembahan Kebudayaan di Bandar Seri Bagawan / Jam 20:00hrs / Ahad Malam Isnin.
    13. 24 Jamadilakhir 1436H bersamaan 13 April 2015 : Istiadat Berjaga-Jaga dan persembahan bercorak Keagamaan di Istana Nurul Iman dan persembahan Kebudayaan di Bandar Seri Bagawan / Jam 20:00hrs / Isnin Malam Selasa.
    14. 25 Jamadilakhir 1436H bersamaan 14 April 2015 : Istiadat Berjaga-Jaga dan persembahan bercorak Keagamaan di Istana Nurul Iman dan persembahan Kebudayaan di Bandar Seri Bagawan / Jam 20:00hrs / Selasa Malam Rabu.
    15. 25 Jamadilakhir 1436H bersamaan 15 April 2015 : Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga di Istana Nurul Iman / Jam 14:00hrs / Hari Rabu.
    Istiadat-Istiadat penting sempena Istiadat Perkahwinan Diraja ini disiarkan secara langsung melalui RTB (Radio dan Televisyen Brunei). Jika anda berminat boleh menyaksikannya secara online di http://www.rtb.gov.bn/ dan pilih Live Streaming. Sila rujuk jadual istiadat diatas sebagai garispanduan untuk menyaksikan siaran secara langsung berkenaan.

    Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Sempena Perkahwinan Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah

    $
    0
    0
    08 April 2015, Rabu :-

    Blog Sedang Dikemaskini


    Saksikan Siaran Rakaman Istiadat Akad Nikah Pengiran Muda 'Abdul Malik

    $
    0
    0
    09 April 2015, Khamis :-


    RALAT - 09:54 hrs .....Kemaskini :- Maaf sebab Syah tersilap Info. Tiada siaran secara langsung Istiadat Akad Nikah Diraja tetapi akan diadakan siaran rakaman Istiadat Akad Nikah Diraja pada jam sembilan malam nanti. Anda masih boleh menggunakan link berkenaan untuk menyaksikannya.

    Hari ini akan berlangsungnya Istiadat Akad Nikah Diraja sempena Istiadat perkahwinan Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah.  Istiadat akan berlangsung di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Bagawan. Istiadat ini akan disiarkan secara langsung bermula jam 13:00hrs atau jam 01:00 petang.

    Kepada yang diluar brunei kita juga boleh menyaksikan siaran secara langsung ini melalui live streaming seperti link dibawah :-



    Sila click Live streaming - Larger dan screen seperti dibawah akan dipaparkan. Pilih Launch Application.


    Dan anda boleh menyaksikannya seperti print-screen dibawah .............. Jika ada buffering atau tersekat-sekat harap bersabarlah yer dan cuba semula.


    Sultan Pahang Zirah Pusara Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis

    $
    0
    0



    09 April 2015, Khamis:-

    Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli menziarahi pusara Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis di Makam Pahlawan, Masji Negara, Kuala Lumpur. Tuanku Sultan Pahang juga turut menghadiri majlis tahlil yang diadakan di pusara berkenaan. Tuanku Sultan Ahmad Shah mempunyi hubungan yang akrab dengan Allahyarham semasa hayatnya dan Tuanku kelihatan mengesat air mata menahan kesedihan sewaktu menzirahi pusara Allahyarham.

    Turut mengiringi Tuanku Sultan Ahmad Shah adalah Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan Menteri Besar Pahang Dato' Seri Diraja Adnan Yaakub. Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis adalah Ahli Parlimen Rompin, Pahang dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia. Allahyarham juga merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia. Allahyarham terkorban bersama lima yang lain dalam nahas helikopter di Sungai Lalang, Semenyih pada 04 April 2015. 

    Al-Fatihah ..............

    Sumber : FB Hishammuddin Hussein / Syahril A.Kadir

    Istiadat Akad Nikah Diraja Diantara Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah. Selamat Disempurnakan

    $
    0
    0

    09 April 2015, Khamis :-


    Shukur Alhamdulillah sebentar tadi Istiadat Akad Nikah Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah telah selamat disempurnakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Bagawan. Dengan sekali lafaz sahaja lebih kurang jam 14:15hrs (waktu Malaysia), Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik bergelar suami kepada Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah dengan mahar seribu ringgit (BND1,000.00).

    Tahniah kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah.  Semuga Allah Peliharakan Pengantin Diraja.

    Istiadat Akad Nikah Diraja bersiaran secara langsung melalui stesyen Radio Brunei. Malam nanti pula akan ditayangkan Istiadat Akad Nikah Diraja ini melalui siaran TV Brunei jam sembilan malam.

    Sumber : RTB/ILMUKhai/Kristal FM

    Text Lafaz Kabul Akad Nikah Diraja Diantara Pengiran Muda 'Abdul Malik Dan Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah

    $
    0
    0

    10 April 2015, Jumaat :-

    Istiadat akad Nikah Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah telah selamat disempurnakan mengikut adat istiadat diraja Negara Brunei Darussalam di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Bagawan semalam 09 April 2015 bersamaan 19 Jamadilakhir 1436H. 



    Istiadat Akad Nikah dimulakan setelah mendapat titah perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

    Istiadat akad nikah ini disempurnakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Hj Besar dan bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah.

    Syah ada rakaman suara Istiadat Akad Nikah Diraja ini, walau bagaimanapun Syah tak dapat memuat naik rakaman berkenaan kerana ada masalah teknikal. Disini Syah kongsikan text Lafas Kabul berkenaan untuk tatapan bersama. 


    Jurunikah :
    • Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. 
    Pengiran Muda  'Abdul Malik
    • Awu
    Jurunikah : 
    • Hamba Duli Tuanku Nikahkah Duli Tuanku, Hamba Duli Tuanku Kahwinkan Duli Tuanku dengan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah yang walinya iaitu ayahandanya, Pengiran Haji Bolkiah bin Pengiran Haji Jaluddin yang telah berwakil wali kepada Hamba Duli Tuanku bagi menikahkan anaknya itu dengan maharnya seribu ringgit tunai.
    Pengiran Muda 'Abdul Malik:
    • Kaola terima nikahnya Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah dengan maharnya seribu ringgit tunai.
    Setelah Lafas Kabul daripada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik disahkan oleh saksi kedengaran 17 das tembakan Meriam menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah selamat sempurna dilaksanakan.

    Bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam.



    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik kemudiannya menjunjung ziarah kehadapan majlis :-
    • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,  Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
    • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee.
    • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.
    • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.
    • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran  Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik juga menerima junjung ziarah daripada Ayahanda Mertuanya Yang Teramat Mulia Pengiran Haji Bolkiah bin Pengiran Haji Jaluddin sebelum berangkat pulang meninggalkan majlis.

    Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja selesai setelah mendapat titah perkenaan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk Majlis Istiadat ditutup.


    Turut serta dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja ini adalah  YAM Pengiran-Pengeran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli Majlis-Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Menteri, Menteri-Menteri Hulubalang, Menteri-Menteri Pendalaman, Duta-Duta, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta Para jemputan lain.

    Sumber :- Kristal FM / gwalish / BT Instagram/RTB/Jabatan Penerangan

    Tengku Hassanal Hadiri Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

    $
    0
    0

    10 April 2015, Jumaat :- 

    Semalam Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj telah berkenan menghadiri  Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk Anggota Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis. Majlis diadakan selepas solat asar di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin, Pahang.

    Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis adalah Ahli Parlimen Rompin, Pahang dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia. Allahyarham juga merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia. Allahyarham terkorban bersama lima yang lain dalam nahas helikopter di Sungai Lalang, Semenyih pada 04 April 2015. 


    Sumber :- Bernama

    Sultan dan Permaisuri Johor Hadiri Majlis Perkahwinan Anak Menteri Besar Johor

    $
    0
    0
    10 April 2015, Jumaat:- 

    Malam ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anak tunggal Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Akmal Saufi dan pasangannya Noor Shamiza Sayuti di kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana.

    Turut serta dalam majlis malam ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.


    Sumber :- Bernama

    Paduka Seri Sultan Perak Berangkat Ke Majlis Santapan Makan Malam Sempena Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-24

    $
    0
    0

    11 April 2015, Sabtu :-

    Malam tadi Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Makan Malam sempena Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-24 di Ipoh Perak.

    Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-24 sedang berlangsung di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak bermula 05 hingga 12 April 2015. Diantara negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah Malaysia sebagai tuan rumah, Australia, New Zealand, India, Kanada dan Korea Selatan.

    Sumber : Bernama / Wikepedia.

    Sultan Selangor Tidak Berkenan Slogan "Kita Lawan" Kontinjen SUKMA Selangor 2016

    $
    0
    0

    11 April 2015, Sabtu :-

    Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj tidak berkenaan dengan slogan "Kita Lawan" yang akan digunakan oleh kontijen Selangor dalam temasya Sukan Malaysia 2016 atau SUKMA 2016 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak tahun hadapan. Titah ini disampaikan oleh baginda sewaktu berangkat ke  majlis Anugerah Sukan Selangor 2014 di Subang Jaya malam tadi yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali

    Titah baginda lagi, slogan "Kita Lawan" telah digunapakai oleh sebuah parti politik. Baginda tidak mahu semangat kesukanan di Selangor dicemari dengan unsur politik atau perkauman dan mahukan semua pihak mengetepikan fahaman politik dan tidak menerapkannya kedalam pentadbiran sukan.

    Diantara titah baginda malam tadi :-
    • "Justeru, beta tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau menganggap bahawa kontinjen Selangor mencampur-adukkan atau cuba berpolitik di dalam sukan."
    • "Beta berpendapat lebih baik kontinjen Selangor untuk SUKMA 2016 mencari slogan lain lebih bersemangat dan dapat berbangga mewakili Selangor, serta tidak mempunyai kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik atlet, pasukan dan Selangor yang kita kasihi ini."
    • "Beta sentiasa mengambil berat dan mengikuti perkembangan sukan di Selangor. Beta masih ingat pada era 60-an sehingga 80-an, sukan menjadikan Selangor sebuah negeri yang terkenal serta dihormati dan ini hasil usaha bersungguh-sungguh pemimpin serta atlet Selangor dan komitmen mereka yang sangat tinggi untuk mencapai kejayaan bagi negeri ini yang mereka wakili."
    Baginda juga menegur kegagalan kontijen Selangor yang hanya menduduki tempat ke-4 dalam SUKMA lepas dan kegagalan Selangor menjuarai Piala Malaysia kebelakangan ini. Titah baginda lagi, kerajaan Selangor telah menyediakan pelbagai kemudahan sukan disetiap daerah dan sepatutnya Selangor menjadi juara pada setiap kejohanan. Diantara titah baginda berhubung perka ini :-
    • "Mengapa perkara tersebut tidak berlaku (kejayaan), oleh itu pengurus pasukan, pegawai serta atlet perlu membuat 'post-mortem' bagi mencari punca kejatuhan ini."
    • "Apa yang membimbangkan beta ialah akhir-akhir ini, beta dapati pentadbiran dan pengurusan beberapa kelab serta persatuan sukan di Selangor menghadapi masalah dalaman yang mengakibatkan kegagalan dan kemunduran sukan di negeri ini."
    Tuanku Sultan juga menegur pengurusan kewangan sesetengah persatuan sukan yang menimbulkan masalah serius berikutan kurang perancangan jangka panjang dan tidak mempunyai peruntukan kewangan yang seimbang.

    Titah baginda :-
    • "Oleh itu, beta berharap pengurus dan pegawai sukan hendaklah memberi sepenuh komitmen dan bekerja bersungguh-sungguh sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kegemilangan sukan di negeri ini dikekalkan".
    • "Beta suka mengingatkan kepada pegawai persatuan supaya tidak bertelagah sesama sendiri atau menyimpan perasaan hasad dengki serta cuba menjatuhkan antara satu sama lain." 
    Sepertimana yang sebahagian dari kita sedia maklum slogan "Kita Lawan" ini sebenarnya slogan parti politik Parti Keadilan Rakyat atau PKR yang bertujuan membebaskan Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara atas kesalahan liwat.

    Sumber : Bernama

    Ziarah Ke Makam Sultan Tengah

    $
    0
    0

    11 April 2015, Sabtu :-

    Pada 20 hingga 23 Mac lepas Syah telah ke Negeri Sarawak bersama Mus, Haziq, Cd dan Nurul. Semasa di Sarawak Syah mengambil kesempatan menziarahi Makam Sultan Tengah yang merupakan Sultan Pertama dan Terakhir Sarawak. Mungkin ramai yang tidak tahu Sarawak pernah ada Sultan satu ketika dahulu.  Kali terakhir Syah ziarah ke makam ini adalah pada tahun 2012.





    Lokasi Makam ini di Santubung dan jika kita dalam perjalanan ke Kampung Budaya Sarawak kita akan melalui kawasan ini. Iannya terletak diatas bukit kecil ditepi jalan utama sahaja dan mudah untuk menjejakinya tetapi jika kita tidak biasa dengan kawasan ini mungkin kita tidak akan perasan lokasi makam walaupun iannya terletak betul-betul ditepi jalan. Pemandu teksi yang bawa kamipun hampir terlepas kawasan ini sehingga kami maklumkan supaya dia berhenti.


    Shukur Alhamdulillah sampai juga hajat Syah ziarah ke Makam Sultan Tengah. Sempat hadiahkan Al-Fatihah kepada Al-Marhum. Mula-mula Syah terasa seperti hendak melihat bentuk batu yang ditutupi kain kuning ini tetapi akhirnya Syah batalkan niat itu kerana tiba-tiba hati Syah berkata tak perlu melihat batu itu. Anak saudara Syah maklumkan kepada Syah warna kain itu cantik sangat, kuning seperti emas dan Syah senyum sahaja. Selepas ziarah, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Kuching.


    Al-Marhum Sultan Tengah merupakan putera kepada Sultan Muhammad Hasan, Sultan Brunei. Apabila Sultan Muhammad mangkat pada 1598, tahta kerajaan diganti oleh putera sulung baginda, Sultan Abdul Jalilul Akhbar (1598-1659) sebagai Sultan Brunei ke-10. Walau bagaimanapun adinda kepada Sultan Abdul Jalilul iaitu Pengiran Muda Tengah mendakwa beliau yang sepatutnya layak menjadi Sultan atas alasan beliau merupakan putera Sultan kerana dia dilahirkan sewaktu Ayahandanya menjadi Sultan manakala abangnya itu dilahirkan sebelum ayahanda mereka menjadi Sultan. Bermakna kekandanya merupakan putera kepada Pengiran Muda dan bukan putera seorang Sultan sewaktu dilahirkan manakala beliau dilahirkan sebagai putera seorang Sultan.


    Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, Sultan Abdul Jalilul Akhbar telah mendapat satu helah dengan merajakan Pengiran Muda Tengah di Sarawak yang merupakan jajahan Brunei ketika itu. Baginda menggunakan gelaran Sultan Tengah. Mengikut Tarsilah Sambas Sultan Tengah mangkat pada 1641, iaitu selepas 10 tahun putera baginda, Sultan Muhammad Safiuddin I (Radin Sulaiman) menaiki tahta Sambas pada 09.07.1631. Baginda mangkat sewaktu dalam perjalan pulang dari Matan ke Sarawak. Baginda telah dibunuh oleh pengiring baginda ketika baginda hendak ke sungai untuk membuang air besar. Kejadian berlaku di Batu Buaya, Santubung, Sarawak.


    Dengan kemangkatan ini maka berakhirlah Kesultanan Sarawak, tetapi nama gelaran kepada Datu-Datu Sarawak masih tinggal kekal menjadi warisan bangsa. Tiada pengganti Sultan selepas kemangkatan Al-Marhum dan Sebab itulah Al-Marhum Sultan Tengah dikenali sebagai Sultan Pertama dan Terakhir Sarawak.

    Al-Fatihah


    Semuga Rohnya Al-Marhum Sultan Tengah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal Solleh. Amien

    YM Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah Bergelar Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah

    $
    0
    0

    12 April 2015, Ahad :-

    Pagi ini Yang Mulia Dayangku Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah telah dianugerahkan gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah. Pengisytiharaan dibacakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Laila Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dalam Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.

    Sumber : RTB / Ahmad Apong

    Sultan Dan Raja Permaisuri Perak Sertai Kayuhan Muhibbah Bersama Rakyat

    $
    0
    0

    Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah  dengan penuh semangat meneruskan kayuhan walaupun dalam keadaan hujan.

    12 April 2015, Ahad :-

    Malam tadi Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim telah berkenan mencemar duli menyertai Program Kayuhan Muhibbah Bersama Rakyat di Ipoh, Perak. Turut serta dalam program ini adalah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan barisan Exco negeri.

    Program anjuran Majlis Bandaran Ipoh dan Kerajaan Negeri dengan kerjasama PDRM, RELA dan Hospital Tuanku Permaisuri Bainun ini adalah yang julung kalinya diadakan di Ipoh sempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-27 pada 27 Mei nanti. Program ini disertai hampir 1500 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli kelab basikal negeri Perak dan wakil daripada jabatan-jabatan Kerajaan.

    Tuanku Sultan Nazrin dan para peserta lainnya berjaya menamatkan kayuhan sejauh 8km walaupun dalam keadaan hujan.

    Sumber : Perak Today

    Cenderahati Sempena Istiadat Bersanding Diraja Diantara Pengiran Muda 'Abdul Malik Dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul `Adawiyyah

    $
    0
    0

    12 April 2015, Ahad :-

    Inilah dia cenderahati untuk para jemputan sempena Majlis Istiadat Bersanding Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul `Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah yang berlangsung pada pagi ini di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.

    Sumber : MBS

    Majlis Persantapan Diraja Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Pengiran Muda 'Abdul Malik Dan Pengeran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah

    $
    0
    0

    13 April 2015, Isnin :- 

    Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah berlangsung dalam suasana meriah di Istana Nurul Iman malam tadi.

    Turut serta berangkat dalam Majlis Persantapan Diraja adalah kesemua Raja-Raja di Malaysia kecuali KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Al-Sultan Kelantan.  KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei Darussalam dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta Pengantin Diraja berkenan bergambar bersama-sama dengan para tetamu khas baginda termasuklan Raja-Raja di Malaysia. 


    Sumber :- Pelita Brunei/MBS

    Cenderahati Majlis Persantapan Diraja Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Pengiran Muda 'Abdul Malik Dan Pengeran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah

    $
    0
    0



    13 April 2015, Selasa :-

    Inilah dia cenderahati untuk para jemputan ke Majlis Persantapan Diraja Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah yang berlangsung di Istana Nurul Iman malam tadi.


    Viewing all 965 articles
    Browse latest View live